Friday, 25 December 2009

Naik Pelamin Lagi? not...



Berdosa tak baru update sekarang? Padahal dah 2 minggu berlalu jemput menantu kakak aku kat 1Kelantan yang juga tanah tumpah darah kebanggaan Supervisor Final Year Project ku. Huhuh

11 Disember kitorang bertolak dari macam2 tempat. Aku dari Perak, famili yang lain kebanyakannya dari Pahang. Sebuah kereta dari KL. Total kereta rombongan tu 13 kereta.. Hahaha..

Yang pasti trip yang ini, aku rasa sangat jakun, terasa Kelantan itu adalah sebuah negara yang lain.. Huhuh

Mensyuarat driver-driver. Aku mencatat rekod driver termuda dalam rombongan ini.




Aku berasa sangat jakun, rumah keluarga abang ipar sangat besar. Malam semalamnya lagi la, pergi rumah neneknya abang ipar ni, ada swimming pool. Aku dan sepupu aku yang jakun datang dari kampung pun blur2 la tengok swimming pool tersebut. Huhuh.. Takde gambar la plak sbb nak mengelakkan nampak terlalu jaku. :P



Tapi yang peliknya tak ramai pun orang datang kenduri tu. Yang ramai-ramai ni rombongan kitorang je. Masa tengah makan baru la ade 2,3 orang tempatan yang datang. Musykil gak adat negara Kelantan ni.




Baby Julia




Famili Besar


Mak Ayah

Kat pelamin rumah sendiri taknak pulak tangkap gambar. Pelamin rumah orang sibuk2 pulak.


Cousin - Tihah

Oyenk n Tihah


Sangat jakun dengan karpet merah dia. Siap baring2 lagi. Tak Senonoh punya anak dara




Jalan2 kat Pantai Cahaya Bulan aka Pantai Cinta Berahi sambil bergambar


Monday, 21 December 2009

Pencinta Sushi Yang Tak Boleh Hidup Tanpa Asam Tempoyak Patin


Kali ni aku nak perkenalkan makanan tempatan yang menjadi kebanggaan rakyat Pahang, Asam Tempoyak Patin. Kalau sebut tempoyak, mungkin ramai yang tak berapa gemar terutama orang bandar atau orang berlagak bandar. Tapi tempoyak, asam keping dengan ikan patin sememangnya konbinasi yang hebat.

Aku sangat2 recommend kalau Cuti-cuti Negeri Pahang, silalah singgah di Nina Asam Pedas Temerloh. Senang je nak cari restoran tu, betul-betul berhadapan Balai Polis Temerloh. Pedas dia, lemak dia, masam dia, memang cukup rasa. Sekali rasa pasti tak tidur malam. Memang besh~ Restoran tu pun nice, air conditioned semua.. Menu cambes yang lain macam, Asam Pedas ikan tenggiri, ikan merah, ikan talipia.. Macam2 lagi la.

Kat restoran tu boleh makan ikut set. Contoh Nasi Putih + Asam Tempoyak Patin + Ulam-ulam + Sambal = RM8

Harga dia depends pada jenis ikan. Kalau ikan tenggiri RM10. Kalau kepala ikan pun lain harganya.

Terasa macam nak apply kerja kat sini in case aku menganggur lagi walaupun da pergi course IMGLAD tu. Huhuhuh~

Thursday, 17 December 2009

Sea Game Laos 2009 Football - Malaysia Win 1-0


Tahniah pasukan Malaysia menang ke atas Vietnam. Walaupun ialah gol sendiri tapi kita patut bangga kerana ini ialah emas pertama setelah 20 tahun tak dapat emas dalam sukan sea. Tapi sudah tentu 1Malaysia berharap ini ialah permulaan. Jangan la pulak lepas ni Team Malaysia syok sendiri lupa diri pula.

Aku sememangnya tak adalah tahu sangat pasal bola sepak ni. Tapi yang aku tahu dalam Team Malaysia ada 2 orang ikemen. Walaupun sorang tu kahwin. Tapi ibaratnya ada orang kesah Takuya Kimura dah kawin n ada 2 org anak. :P

Wednesday, 16 December 2009

5 Hari, 5 Negeri

Finally I'm home.

Minggu yang penat gila. Sangat buat kerja gila. Nasib baik tak jadi gila lagi.

UTP, Perak - Kelantan - Terengganu - Pahang - Kuala Lumpur - UTP - Kuala Lumpur - Pahang

11 Dis, UTP - Pukul 9.00, pergi block 17 di mana terletaknya pejabat Dr M. Sampai-sampai kat luar office dia, sampai hati N(rakan seSV) masuk jumpa dia dulu. Tak semena2 aku kena tunggu 2 jam lagi... Nasib baik Dr M baik hati bagi terus sign kat certification approval. Walaupun sebenarnya dodol pulut hitam yang aku bawa tu rupa2nya salah. Dodol jenis lain rupanya. Tapi dia cakap habis juga la.. Huhuh..

Thanks to Faiz, tolong hantarkan hardbound.

11-13 Dis, Kelantan - Gara-gara N dah melambatkan perjalanan aku ke Kelantan, rombongan keluarga dan kaum kerabat ke Kelantan terpaksa tunggu aku selama 3 jam kat Gua Musang. Nasib baik ada housemate babe, Oyenk yang sanggup temankan I lalu jalan2 yang penuh liku, onak dan duri.. Kalau Oyenk tak ade agak2 aku da masuk dalam gaung dek jalan yang mengalami tanah runtuh...

huhuh... Kat sana main event, of cause la sebab nak hantar kakak sulung kesayangan aku ni umtuk Majlis Jemput Menantu.

Sepatutnya bermalam kat 1 malam je, tetibe jadi 2 malam sebab semua pon penat shopping. Huhuhu~

13 Dis, Terengganu - Ni lalu je. Tak bermalam. Tapi banyak kali berhenti. Makan-makan, beli-beli keropok lekor sambil menikmati pemandangan indah tepi pantai.

13 Dis, Pahang - yakni kampung halamanku - KAMPUNG SENTOSA, MARAN. In case ada orang tak tahu aku orang kampung sejati... huhuh... blk umah just print resume. Fotokopi sijil2 pastu tidur...

14 Dis, KL - interview IMGLAD. Berjaya je interview tu. Sebab semua orang pun dia amik... Hahaha.. IMGLAD ni macam program Train& Place r. 10 JAN nanti register kat UTM, Skudai. Program tu 3 bulan. So, kat JB la pulak pas ni... Huhuh..

14-15 Dis, UTP again and again and again - Hantar CD sebab hari tu tak sempat.

15-16 Dis, KL - Saje2 lepak. Bajet taknak kacau pengantin baru. Padahal semalam ialah malam 1st kakak ngn new husband berdua-duaan kat umah baru.. Huhuh

16 Dis, Pahang - Finally boleh mulakan kehidupan pengangguran di rumah. Harap tanaman anggurku membuahkan hasil yang lumayan~ Hehehehe


So dengan ini berakhir sudah kehidupan di UTP... Err... Harapnya habislah... Jangan sangkut sudah.. huhuhu. Akan merindui detik2 manis di UTP... Mungkin akan lebeh ingat yang pahit.. Cuma takde la rindu.. Insaf kot.. Hahaha..













Babai UTP~

Friday, 11 December 2009

Pengalaman Naik Pelamin

Rasanya belum terlambat nak update (walaupun da seminggu berlalu, anggap je la tak lambat mana...)

Pengalaman 1st kenduri kawen dlm famili, memang penat. Tambah pula, sekor2 je anak pompuan kesayangan, tak masuk kakak, si pengantin. Tapi, nak cakap aku yang paling penat rasanya tak adil. Sebab aku tahu org lain pun lagi penat. Especially, ayah yang dah jadi macam superman dah, mak walaupun duduk je salam orang tapi penat jugak duduk, abang yang berusaha beli ayamas untuk makanan pengantin walaupun sampai2 pengantin dah siap makan, adek pun hampir jadi superman junior da, makcik-makcik, pakcik-pakcik, orang kampung, budak2 pengakap, sangat membantu dlm menjayakan majlis perkahwinan ni. Zillion ucapan terima kasih daun keladi diucapkan. Hehehe... Lain kali tolong lagi. Tapi aku rasa, orang lain pun lagi senang hati kalau lain kali buat catering je (sebenarnya aku yang paling senang hati)

Aku, agak serabut masa kenduri tu. 4hb akad nikah. Aku bersiap sangat lambat sebab sebelum tu macam2 bende buat, aku pun tak ingat da menda ape aku buat. Sampai orang da tutup semua lampu kat rumah dah, nak pergi masjid untuk akad nikah, aku tak siap2 lagi. Nasib la tudung lilit yang patut pakai 2,3 minit jadi 2,3 saat je. Memang serabai la hasilnya.

5hb reception, lagi r serabut pagi tu. Sampai pecah2 gelas, aku buat air untuk orang berzanji. Buat air secara ekstrem. Tapi aku belajar dari kesilapan semalam. Bersiap awal sikit. Walaupun haritu mmg pakai tudung 2 saat pon. Aish...

Gambar sangat tak banyak, sebab yang pegang kamera ialah jurugambar amatur. Sangat kesian kalau aku post juga. Kakak aku da glam2 da tapi angle macam hampas. So ini je la gambar2 yang ok sket melepasi piawaian s3norit4.blogspot.com. Tapi aku janji akan update bila gambar yang bro kamera lensa panjang yang di'hired' kakak ngn abang ipar aku tu dah dapat.

Space untuk pengapit sangat sikit ok, nak terjatuh I. Lepas ni nak request tmpat pengapit tu luas sket klo boleh letak kerusi sekali :P

Aku ada dalam gambar ni... tengok betul2... Hehehe


Famili besar yang tak besar mana sebab ramai yang masak2 kat masjid n dewan



Dah habis day 1.. Yeay~

Thanks la kengkawan aku yang datang masa 5hb:

Huda n Nat


Imam n Lokman

Next year Lain kali datang lagi tau... hehehe~


Dah habes da majlis, baru la senang nak bergambar ....



Aku tinggalkan dengan 2 gambar berikut. Sila cari perbezaan 2 gambar ni kecuali pose adek aku yang pakai baju hitam tu... Siapa boleh jawab, I belanja dodol kukus~ Heheheh


Doakan perjalananku selamat ke Kelantan untuk jemput menantu jap lagi. Nak drive dari UTP ni... Huhuh

Thursday, 10 December 2009

Sampai Hati Kau Khianati Janji Kita

U tahukan betapa pentingnya U dalam hidup I.

Tanpa U, masa depan I malap.

Tapi kenapa U khianati janji yang kita persetujui bersama.

Kenapa U tak muncul seperti yang U janjikan.

I tahu I taklah sebijak U. I tak ada pun pangkat Prof Madya ke, Ir ke, Dr ke...
Tapi I tak adalah bengap sangat sampai tak boleh beza Thursday dengan Wednesday.

U yang tulis sendiri ni....



I ke yang bersalah???

Tolonglah I nak sign U je kat certification of approval untuk hardbound final report..

Dr M, aku nak graddd!!!


sepatutnya aku dah otw balik pahang... aku da siap beli kopi bekal utk long distance drive... sampai hati dia... T_T



p/s : sorila.. siri final year project aku belom habis2 lagi. Aku pun tak sabar nak habis... huhuh