Thursday, 6 August 2009

H1N1 And Why Are We Happy?

Rabu, 29 Julai (eceh…macam berita pula) UTP dah sahkan, ada pelajar/staff yang dah infected H1N1. Dan apa yang dalam kepala semua orang ialah – CUTI…hehehe… walaupun tak ada official announcement lagi. Tanpa segan silu, aku terus beli tiket balik Khamis petang esoknya. Sekali dengan Saa & Dayah yang memang dah rancang nak balik awal-awal lagi.

Kenapa perlu kita gembira sedangkan ada antara kawan kita sedang tegar melawan virus Influenza A. Sebenarnya, bukanlah niat di hati nak meraikan kesengsaraan mereka yang bernasib malang. Tetapi, setiap kejadian ada hikmahnya.

Sekurang-kurangnya, sepulangnya aku dan sepupu-sepupu yang lain (kebanyakannya pun cuti H1N1) ke kampong dapatlah hilangkan kesunyian Tok Ki(datuk) yang baru kehilangan Tok(nenek).


Dapat jugak main dengan Gindon. Gindon kata beg tu sedap... Hahaha....


Dapat lepak-lepak dengan Najibah. Najibah belanja~ yeay~

Jadi penjaga rumah tatkala pekerja2 Indon baiki rumah.

Bawa mak pergi jalan-jalan.

Err...Tidur...(tidur yang banyak sebenarnya...)

Apa-apa pun kena amik langkah berjaga2...

1st ; Cuci tangan selalu. tak kira bersalaman dengan orang atau tak sebab virus h1n1 ni hanya akan musnah lepas 8jam


2nd ; Pakai mask kalau pergi ke tempat yang ramai orang. Jangan malu atau segan sebab kalau pakai mask mungkin nampak lebih cantik. I experienced it...LOL

3 comments: