Monday, 12 October 2009

Sepetang Di Kampung Bunian

Bila baca tajuk post ini, mungkin anda akan fikir "apalah pula Nor Hanis ni nak mengarut benda karut kali ni?" Aku bukanlah seorang yang psiko yang boleh masuk atau buat-buat boleh masuk ke alam ghaib. Tetapi nak aku tegaskan di sini semamangnya Kampung Bunian bukanlah tempat yang asing bagi aku dan keluargaku. Kalau pulang ke Kampung Sentosa ku (kampung halamanku memang nama Kampung Sentosa, Maran, Pahang), biasanya hujung minggulah sebab cuti, pasti ada dialog seperti berikut di rumah ;

Hanis : Mak, ayah pergi mana pagi-pagi dah keluar?
Mak : Pergi mana lagi, pergi Kampung Bunianlah.
Hanis : o0o0o..(sambil fikir, dah tahu nak masak apa tengah hari ni!)

Dan dah tentu persoalan-persoalan berikut bermain di fikiran anda :
  • Kejadah apa ayah Hanis pergi Kampung Bunian? pergi jumpa puteri bunian yang comel macam Nora Danish ke?
  • Kenapa mak Hanis macam biasa saja ayah dia pergi Kampung Bunian? mak dia psiko juga macam dia ke?
  • Apa kaitan dialog tersebut dengan makan tengah hari keluarga itu?

Biasanya ayah pergi tak lama. Sebelum tengah hari pasti dah sampai rumah (sebab mak memang telefon setiap sejam sekali, tak kiralah ayah pergi mana pun..huhuh) Okay, dekat Kampung Bunian ada line handphone.

Dan sejujurnya aku baru berkesempatan pergi melawat Kampung Bunian yang sering diperkatakan oleh keluarga dan saudara-maraku itu sekali masa cuti raya lepas. Perjalanan dari rumahku tak jauh, cuma dalam 20 minitlah(kalau tak takut kena Ops Sikap), kalau pandu kereta dengan berhemah, dalam 30 minit gitu. Sesampai di kampung bunian petang itu dengan cuaca redup, nyaman, sejuk, bukan kerana kami dah sampai di alam lain, tapi baru lepas hujan masa tu... Rumah-rumah di Kampung Bunian tak banyak beza dengan kampung-kampung yang lain.. Lebih kurang Kampung Sentosa juga..huhuh.. Tapi tak nampak penduduk Kampung Bunian ni. Bukan sebab mereka ghaib, tapi mungkin masa tu memang betul-betul baru lepas hujan, mestilah diorang duduk dalam rumah saja.

Okaylah, Kampung Bunian yang dimaksudkan ialah sebuah Perkampungan Baru Banjir - Kampung Bunian di Mukim Chenor, Daerah Maran, Pahang (memang nama kampung ni Bunian, tak caya tanya En Google). Apa yang ada di sana?

Tada~

Ya, ini adalah tapak pertanian sayur peria kepunyaan sepupu yang jadi kebanggaan Ayah Long sekeluarga~


Inilah yang ayah selalu bawa balik untuk masak makan tengah hari. Err.. biasa malam pun menu peria.. Petik sendiri je. Fresh lagi~

Okay, itu bukan puteri bunian. That's me. Motif pakai baju kurung pergi kebun peria? Sebab baru balik kenduri kahwin saudara... Blend kot dengan peria sebab hijau sangat.. huhuh

Masa raya tu, pemborong tu pun nak raya juga (1Malaysia kaedahnya, walaupun bangsa Cina, nak celebrate raya juga.. ) banyak peria yang dah terlebih masak dan jatuh sendiri. Kesian...

Nasib baik kakak dah sedekah je wedges mutiara dia ni. Kalau tak mesti dah kena carut sebab kotor pijak tanah becak dengan peria buruk.. huhuh

Merasalah belajar macam-macam hidangan peria. Ayah pun dah ade resepi jus peria sendiri. Boleh nak hidang waktu orang datang beraya kat rumah. Dah tentu tak laku nak hidang untuk budak-budak.. Huhuhuh...

Okay, di sini ada sedikit tips memasak atau makan sayur-sayuran dan buah-buahan tak kisahlah anda beli kat Giant ke, Tesco ke, Pasar Besar Selangor ke, Tunas Manja ke, atau kedai Yaakob depan rumah tu, pastikan rendam dulu dengan air garam sekurang-kurangnya 5 minit supaya boleh neutralkan chemical kat buah atau sayur tu.

Akhir kata, bak kata pepatah Hanis ~

"Kalau pergi ke Cameron Highlands, strawberry jangan dilupa,
kalau pergi ke Kampung Bunian, peria buah tangan istimewa~"

V(^_^)V

4 comments:

  1. ko pasti ke ni bukan kg bunian yang sebenar?

    ReplyDelete
  2. err.. tak kot..

    tak pon kalau nak kan kepastian, jom buat homestay ramai-ramai kat kampung bunian tu... huhuh

    ReplyDelete
  3. dalam banyak² kampung... kampung apa paling jauh sekali? kampung new zealand erk... bukan..... kampung bintang, maran....hehhee

    ReplyDelete
  4. heh...

    baru tau maran ade kampung bintang...

    kena explore lagi nih, selaku duta MARAN...

    ;P

    ReplyDelete