Esok ialah 2nd paper aku, Engineers In Society... Subjek yang relevan untuk bakal-bakal engineer. Tapi aku... Belum pasti apa ketentuan masa depanku. Engineerkah aku? Huhuhu...
Jadi student Universiti Teknologi Petronas ni kadang-kadang dalam dilema juga la. Sebab nama Petronas di situ. So, selalu berlaku kejadian seperti sedara-mara, sepupu-sepapat tanya "Nanti Kakteh kerja dengan Petronaslah kan?" Aku pun, "Errr... tak tahu lagi. Ada interview juga, bla.. bla... bla..." Pastu kalau tanya kawan-kawan yang dah kerja "Ada kerja kosong tak kat tempat kau?" Kawan, "Alaa, kau kerja dengan Petronas lah..." Dan jawapan yang samalah aku ulang-ulang...
Tak kisahlah, bukan salah diorang sebab diorang memang tak tahu. Lol...
Jurutera dalam masyarakat belum tentu lagi. Tapi jurutera dalam masakan tu dah pastilah lepas grad ni aku akan jadi maid sepenuh masa di rumah sendiri sementara menganggur. Huhuhu...
Yang penting semalam, aku dah berjaya menyempurnakan 'wishlist sebelum grad' - pergi mapley~. Lol... Sangat jakun okay sebab 1st time semester ni pergi mapley. Bukan tak nak pergi, tapi takda orang ajak.
Last time pun masa Tomok menang OIAM sem lepas.... Macam
kawan aku cakap, mungkin semua orang ingat aku cuma layan sushi je, tak layan mapley. Jadi ini ialah perkara wajib perlu update kat blog membuktikan aku bukan racist dalam memilih makanan.. :D

Megi goreng dengan telur mata goyang-goyang memang menggugat keimanan...
Nak belajarlah camne nak buat telur camni 
Tak kesah lighting tak suka aku sebab telur mata tu memang watak utama... ;P

Rumet deserved lighting sebab
telur kuning dia dah pecah nama dia Hidayah.

Aishah & Pinut yang mengajar aku erti mapley masa 1 rumah sesama satu ketika dulu..
Boleh pulak aku tanya soalan noob kat Pinut, dia order megi goreng ke megi kuah.. Hehehe... Dah tu..
P : Mesti la megi goreng. Megi kuah tu zaman baru nak kenal mapley je..
H : Oh, ko penah ek order megi kuah kat sini... Sedap tak?
P : Eh, ko tak ingat ke kita pergi dengan Hajar dulu. Yang ko habiskan megi aku.
H : Heh, ada ek? 0o0.. Sedap la kot. Hehehe..(memang bukan buat-buat lupa)
As expected, memang aku dedikasi dalam melaksanakan tugas ala DBKL kalau makan dengan member-member.. Huhuhu...

Apalah ane ni letak dalam megi goreng ni.
Kas-kas MSG lebih ke? Huhuhuh
Lepas ni siapa-siapa nak ajak aku gi mapley janganlah segan-segan. Huhuhu...
Kenapa mesti setiap kali saat genting, aku mesti update blog?