Friday, 31 December 2010

Our Cats Fight

Yeah.. Rumahku memang nampak macam wad bersalin. Sekali lagi menyambut kelahiran si comel... Walaupun tak diundang kami tetap memberi perlindungan kepada kucing-kucing pelarian tersebut.


kissu?

nantuk

mummy~

menyusu secara extreme

cho kawaii~

ops, sori terkejut awak~


kissu again?


Pernah seminggu diorang ni hilang. Terpaksa 1 famili lepas rindu tengok Cats 101 kat Animal Planet. Tragis je...

Rutin setiap pagi mesti nak kena tengok 2 ekor baby ni bergusti. Cute sangat2...




Okay, enuff... dah rindu. Nak balik kampung sekarang jumpa the babies~ Tasha dah namakan diorang Cutie & Fruity lepas tengok video ni. Yang mana 1 Cutie, mana 1 Fruity menjadi misteri.



p.s : Post Sayounara 2010 terpaksa ditangguh sebab kat kampung nanti takde tenet. T_T

Khairul Fahmi : Latest World Super Hits Sensation

Khairul Fahmi ke-5 tertinggi di rangkaian Twitter


2010/12/30
KUALA LUMPUR: Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.
Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan ''Support Timnas'', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula. Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan. "Terima kasih kerana mengembalikan ''keseksian'' dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.
Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.
Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi Facebook.
Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan.
Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol.
Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5.
"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus," katanya.
Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta ''tweeters'', ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai ''friends'' Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna. - BERNAMA


Sumber : Berita Harian



*His gf is just so weird. Dia screencaps segala tweet, status facebook, reblog segala link blog yang ada tulis pasal bfnya. Sangat macam insecure psyco gf yang sangat obses kepada bf nya. belum masuk expose semua dialog & sms lagi. dah macam uncle seekers dah. ekekeke~ bf hot kaedahnya. zzzzzz

* ramai tak puas hati Julia Perez tak mengotakan janji

* off topic : dengar hot fm tadi ada penyanyi Black & Meet Uncle Hussain. Black cakap dia sakit tekak. Then salah sorang MUH cakap "Sebab tu semalam kita tak turunkan Black. Kita gantikan dengan S.Kunalan" Ekekeke~

Tengah gigih belek blog awek tercinta kaedahnya... Betul ke? Ke blog Hanis Zalikha? Ekekeke~


We owe u a 1 day cuti~ Thanks btw... hehehe~

Tuesday, 28 December 2010

Bila Aku Kelihatan Seperti Indon Di Dalam Lautan Penyokong Malaysia

Hujung minggu lalu ni aku berkesempatan merasai sendiri kehangatan & semangat penyokong Malaysia & Indonesia pada Final pusingan pertama Piala Suzuki. Tapi bukan dekat stadium la, kat dalam train je. Minggu ni, seperti rutin2 hujung minggu yang biasanya, aku balik ke kampung halaman. For some reason, aku kali ni tak drive sebaliknya naik bus. So, timing sampai stesen bas Titiwangsa memang baik punya, 5.40pm. Memang time tu semua orang, I mean penyokong bola sepak tempatan & negara jiran pun dah bersiap sedia menuju ke medan perjuangan aka Stadium Bukit Jalil. Since aku nak ke Sri Petaling, tak ada pilihan lain, terpaksa kepam bersama-sama. Tetiba aku terasa seperti menyamar sebagai penyokong Indon sebab aku sekor-sekor je baju merah. Nasib baik lepas beberapa stesen ada juga penyokong Indon yang lain naik gerabak yang sama. Tak lah dipandang serong sorang-sorang. Huhuh~

Before



Perasaan, randomly snap gambar random people : Aku harap tak jumpa dah diorang ni walaupun secara random. Malu siot~ Tapi takpe kot, atlis diorang randomly ingat aku pelancong asing kot yang datang semata-mata nak sokong timnas yang main. Ekekeke~



After




Semangat je brader2 ni...



Yeah~ berjaya duduk~ Walaupun 1 stesen je lagi. Huhuh~

Siap sempat bergambar tanpa rasa bersalah.


Some fanfic or fanart yang aku rasa kelakar & kreatif:

Iklan Rayban versi 1Malaysia From Obefiend





Full Credit to Blog Serius



From Polar Bear
Full Credit to Your Profile, Your Status



Lol~


Btw, all the best untuk Final Pusingan ke-2, ofkos untuk Malaysia. :P

Thursday, 16 December 2010

Suami Kantoi Curang, Terima Kasih Saman Ekor!!!

Siapa kata saman ekor patut dimansuhkan. Ada kebaikan kot. Macam cerita di bawah ni:

Cheating hubby exposed thanks to saman ekor
By NG SI HOOI
sihooi@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: A man who was caught on camera for speeding turned out to be having a joyride with his lover.

His wife found out about the affair by accident after she and her husband went to MCA public services and complaints department head Datuk Michael Chong to complain about a saman ekor they had received.

The retired couple, in their 60s from Petaling Jaya, vehemently maintained that the police had mistakenly issued a summons to them, Chong said.

“They claimed they were never on the Karak Highway, so it was impossible for them to have been caught speeding there.

“The wife said they only drove the car to nearby places. Besides that, she was with her husband most of the time,” said Chong yesterday.

Upon hearing their dilemma, Chong advised them to get from the police a photo of the alleged offence although the husband was reluctant to do so.

“However, the wife decided to pay the RM10 that was required to check out the photo,” he said.

Chong said the couple came back to check the photo two weeks later, but the husband quickly grabbed the envelope with the photo.

“The husband refused to open the envelope and said they would open it at home as they did not want to waste my time,” he said.

However, Chong said the wife insisted on opening it in front of him because the wife was confident that there was a mistake in the summons and wanted him to settle the matter for them.

“To the wife’s shock, the photo clearly showed the husband driving the car with another woman sitting beside him,” said Chong.

Chong said the wife was furious and grabbed her umbrella to hit the husband.

“I quickly stood between them and asked the husband to leave. I do not know what happened to them after the incident,” he said.

Ini cerita dah lama. Tapi saja-saja sekarang baru post since dah berkurun dekat draft. Huhuh~



Aih. Malasnya la nak bayar saman ekor nih. Kalau blacklisted baru baya kot.





Kesian mak aku sebab CLK yang aku guna sekarang ni nama dia. Padahal dia tak pernah pun bawa CLK tu keluar kampung pun. Dan yang pasti lagi yang tahun 2007 tu bukan aku sebab aku hanya lulus ujian lesen memandu kelas D pada awal tahun 2008. Huhuh~ Please sesiapa nak sponsor. Errr... Memang tak ada...


p.s : aih, sayangnya buat post ni sebab terpaksa menendang post Tomok ke page sebelah. zzzzz

Wednesday, 15 December 2010

Gambar Waris Mahsuri ke-7, Wan Aishah Latest Yang Super Hot~

Berehat cerita pasal ikemen. Kita nikmati pulak kekacakan seorang wanita kali ni.

Wan Aishah aka Sirintra Yayee aka Nu May ialah waris Mahsuri. Tak pastilah beliau ni waris sebenar atau tak sebab ada juga perdebatan mengenainya. Tapi tak kisahlahkan, Mahsuri ni pun mitos afterall, maybe... Tapi apa yang pasti, beliau ini sangat super hot, cantik, cun melecun.

Enjoy~


Kulit cantik bersih tulus mulus
Teknik selca tahap tinggi

Laki dia juga ikemen Pakej tampan



Kredit untuk FB beliau.

Friday, 10 December 2010

My 2nd Nuffnang Cheque~ Yeay!

Yeah~ I cashed out my Nuffnang's cheque. Tujuan cash out kali ni supaya boleh la tampung sedikit sebanyak kos nak pegi ke...... Haa.. tak leh gitau lagi. Tak tercapai niat nak kumpul earning Nuffnang sampai juta-juta won. eh...eh...


Kredit juga kepada Tasha sebab tak pasal-pasal sedikit sebanyak kehidupan peribadi dia telah aku dedahkan tanpa kerelaan dan pengetahuan beliau. Nanti kakteh belanja Tasha ice cream yer...

Yang pasti not exceeding RM 80,000. zzzzzz... Of courselah kalau Hanis Zalikha punya cek pun tulis camni. Huhuh~



Sempena tahun baru Hijrah ni , nak buat azam :

1. Lebih bersyukur dan tidak mengeluh dengan apa yang ada dan berlaku.

2. Jadi lebih tegar, tough & perkasa.

3. Menjadi kurang poyo.

Sekian. Kalau ada lagi akan sambung untuk tahun baru Masihi 2011. Kalau ada lagi buat azam untuk birthday 10 hari berikutnya pula. Eh, tak ada.. Betul, takda niat apa-apa... Seriusli takda niat pun nak remind ke apa...pasal birthday... :P


p.s : Kalendar Lumba Kuda ialah kalendar paling reliable sekali sebab cuti-cuti umum ke khas ke memang tepat dan padat. Gunalah Kalendar Lumba Kuda~

Thursday, 9 December 2010

iPhone vs Blackberry vs Android

Dedicated to iPhone fag, Android fag & Blackberry fag. Ekekeke~



Lol~

Yeah, I do think Iphone is just fun because a lot of game applications, music & other wierd unique application. So it's looked cool or at least the users themselves think so. :P

While, blackberry users seem to be very busy tweet, facebooking every single things they did discusing something with colleagues using free blackberry messenger or sending emails.

Android... I just played around with by aunty's HTC & it's just complicated & not really user friendly. Or atleast for a noob macam aku. :P

Baru je terfikir dah dapatkan salah satu di atas, KALAU Sony Ericsson Z610i kesayanganku dah tak mampu memberikan khidmat. Tapi setakat ni, prestasi mantap je. Boleh tahan kot lagi 3,4 tahun. zzzzz

Thursday, 2 December 2010

Halal Korean Food in Kuala Lumpur - The Street Cafe @Sunway Pyramid

Dah lama tak buat food review, sejak pengalaman makan di restoran indah yang ada lalat dalam hidangan beberapa bulan dulu.

Review kali ini, ialah pengalaman pertama makan di restoran makanan Korea di KL : The Street Cafe, Asian Avenue, Sunway Pyramid. Asalnya nak try makan Bibimbap hasil pengaruh drama-drama Korea, tapi ter'order' menu lain pula, juga hasil pengaruh drama Korea. Hahaha~


Okay, ni yang kitorang melantak :

Ni yang my friend makan - Korean BBQ Beef Lunchbox. Yang ini sedap. Hahaha~




This is mine - Combo Set Ramen Original flavor katanya



Rasanya, honestly la... aku rasa Maggi Mee Curry is better. Hahaha~ Ntah.


Miso Soup - difinitely rasa Miso Soup


Kimchi - memang 1st time rasa, rasa dia sejuk~ Okay tak membantu. Rasa dia macam masam sikit dan surprisingly tak pedas langsung. Or Maybe lidah aku dah biasa sangat dengan sambal nasi lemak, sambal belacan & sambal tempoyak & wasabi.


BBQ Chicken Stix - Rasanya manis dengan mustard dia atasnya

Air yang sesuai di restoran ini ialah dah tentu Korean Tea sebab ianya free flow. Hehehe~ Tapi still tak puas hati tak selagi tak makan bibimbap. Nak compare makanan kat restoran ni ada gaya tak macam masakan Korea yang sebenar memang tak dapat, sebab belum rasa lagi original Korean Food.

Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba, boleh la pergi ke Asian Avenue di Sunway Pyramid. Dekat situ redah la sampai jumpa restoran nama The Street Cafe. :P




Demi merasai pengalaman seperti di negara Winter Sonata setelah makan di restoran makanan Korea, kami menonton perlawanan Hockey Ice di antara pasukan Tuan Rumah dengan Kelab Hoki Ais Seoul National University, memang bukan. Siapa-siapa ntah yang main, layan je. Lol~








Off topic, ini bokeh kah?

 
It's hard to get portrait 'bokeh'  using compact camera. Somehow, my friend randomly snap & dapat ini. Huhuh~






Annyeonghi jumuseyo~

Thursday, 25 November 2010

When Tasha Said She Likes SNSD wtf

Hujung minggu lalu, aku di dalam bilik. Kedengaran seperti lagu yang agak familiar dari ruang tamu. Lagu yang selalu aku dengar ulang-ulang yang dimainkan oleh roomate masa final year dulu. Rupa-rupanya Tasha tengah tengok video Girl's Generation @ So Nyuh Shi Dae @ SNSD - Gee kat Youtube.. giiiekk~ Aih... rosak...rosak... budak kecik nih... Kecik-kecik dah terjebak. At least aku, 18 tahun baru kenal dunia fandom ni. Yang pasti aku memang tak pernah ajar... Huhuhuh~

Then, I was like

Me : Tasha, mana jumpa nih?

Tasha : Tadi adik tengok Sorry, sorry, pastu adik nampak ni kat tepi. Macam best je, adik klik la. Best kan? (Tasha officially peminat SuJu lepas selalu berlatih menari lagu Sorry, sorry untuk concert dia aritu. Ok, at least fan lagu Sorry,sorry)

Me : . . .

Tasha : Adik suka yang ni~ (Sambil menunjukkan kelibat salah seorang ahli SNSD)

Me : Hah, Yoona? Eiii.... Kenapa suka dia? Kakteh paling tak suka dia... ( Yes, I don't like her just like boys hate Justin Bieber)

Tasha : Kenapa kakteh tak suka?

Me : Sebab semua orang suka dia.

Tasha : o0o0o... Boyfriend kakteh pun suka Yoona ye?

Me : Shut up. Mana ada...

Tasha : Kakteh memang kalah. Yoona jaaauuuuhhh lagi cantik.

Me : (Sambil jeling) Haa... bagus adik. Ni yang kakteh selalu ajar. Kita kena sentiasa berlaku jujur... ^_^ *pat*pat*

Padahal dalam hati !@#$%^&*()


Then, tetiba Tasha ikut nyanyi sekali. Aku pun naik hairan sebab tak kan dengar sekali dah boleh hafal. Nak kata ada lyric, yang aku nampak perkataan bahasa inggeris je macam subtitle. Rupa-rupanya itu ialah lyrics tapi diubah kepada perkataan bahasa inggeris yang ada bunyi ala-ala korea. Dan ia sangat-sangat lawak tak boleh blah dengan perkataan yang tak sesuai untuk kanak-kanak pun ada. Haih.... lagi la rosak...rosak....




Of course aku tak biarkan Tasha terus menonton, tapi aku cari MV Gee yang tak ada lirik je la... errr... I mean selapas aku rolf..

Tuesday, 23 November 2010

Bila Orang Putih Cakap Bahasa Melayu, Comel kot~

Tiba-tiba muncul 3 orang Mat Saleh yang agak kacak sedang popular di internet. Mat Saleh kacak memang ramai bersepah-sepah tapi Mat Saleh kacak yang agak fasih cakap Melayu tak ramai kot. Mereka ialah Ben Bradshaw, Paku dan Belacan. kena cakap yang puji-puji je since diorang ni faham bahasa Melayu. :P

Ben Bradshaw ialah rakyat Amerika yang suka mengajar mengajar Bahasa Inggeris di laman Facebooknya selain buat video di Youtube. Walaupun yang dia ajar tu bukanlah English yang tahap tertinggi tapi simple English yang aku rasa memang berguna.

Paku & Belacan pula sahabat baik yang suka buat video-video kelakar seperti parody P Ramlee dan macam-macam.


Terbaru mereka berkalobarasi dalam 1 video~



Kagum dengan bahasa Melayu diorang yang mungkin ada yang lebih baik daripada rakyat Malaysia sendiri. Ada banyak lagi video-video menarik kat laman youtube diorang.


Ada bermacam juga persepsi pasal diorang ni yang berkebolehan berbahasa Melayu lantaran latar belakang Ben Bradshaw ni yang pernah jadi guru di gereja Kuching.

Tapi bagi aku, yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan. Sekurang-kurangnya contohi kesungguhan mereka belajar bahasa asing.

Memang sempoi dan cute~


p.s: Tak puas hati macam mana Paku ni boleh pakai baju lengan pendek dekat salji. Tak sejuk ke? Kalau aku, dalam aircond, 18deg pon dah menggigil. Huhuh~ Mungkin itu beza orang putih dengan orang melayu. -_-"

p.p.s: Ni lagi satu video kelakar tak boleh blah. Paku dan Belacan berlagak jadi Melayu dan buli kawan orang putih makan durian. ROLF.. klik sini http://www.youtube.com/watch?v=pLdu_KJXHKU

Saturday, 20 November 2010

Post Raya Mesti Nak Kena Ada Versi 10 Zulhijjah 1431

Tak berdosakan baru nak update raya haji punya post. Hehehe~ Walaupun Aidilfitri hari tu tak update apa-apa. :P

Nothing much happened. Aku pun hanya cuti sehari. Macam biasa bersesat dekat highway Karak-Bentong. Tapi still atas dasar kerayaan yang tinggi tegar juga mengharungi. Padahal tidur je dalam kereta sebab tukar drive dengan co-pilot. Lol~

Tak ada cerita menarik. Just spent time dengan family. Pukul 8.00 malam bertolak balik KL semula. Huhuh~


Sesi bergambar tiga bunga dalam keluarga.

Big Sis & Mak




Dahi siapa yang boleh landing kapal terbang?
zzzzzz

Saturday, 13 November 2010

Selendang 1Malaysia wtf


Waa.. Tak sangka selepas klinik 1Malaysia, menara 1Malaysia, kereta 1Malaysia, batik 1Malaysia, karipap 1Malaysia, kambing 1Malaysia, skrew driver 1Malaysia, kini pr0duk baru di pasaran selendang 1Malaysia wtf.

Harga pasaran sebelum sesi tawar menawar RM9.90.

Kalau Yuna pakai tudung,matilah sold out kat kedai-kedai. Mungkin akan diulang cetak beberapa kali.

Aku? Tidak~ kot...

Friday, 12 November 2010

Kalau Bawa Lunchbox Comel Macam Ni, Tengok Pun Dah Kenyang~

Aahh.. Setiap kali tengok drama Jepun, mesti aku rasa sangat lapar bila scene makan. Presentation makanan mereka sangat berseni.

Contoh seperti bekal makanan aka bento diorang. Cute giler kot. Sayang je nak makan.










Sangat-sangat teringin nak bawa bento macam ni.

Biasanya diorang akan pack semula left over yang dinner semalamnya untuk bawah bekal ke sekolah/pejabat pagi tu. Tapi kalau dah dinner patin tempoyak, keli masak pedas, gulai lemak ayam cili padi, tak tahu lah macam mana nak pack bagi nampak cute. Lebih penting memang mustahil la kalau dinner patin ada leftover. Memang selamat dan bersih semuanya dalam masa yang singkat. Huhuh~

Alik-alik beli je nasi lemak bungkus kat depan ofis tu ha.. ngahahah~


Tapi mungkin tak mustahil kalau dah jadi suri rumah mithali. zzzzz

Thursday, 11 November 2010

ROFL Bila Puteri Gunung Ledang Facebook-ing, Memang Lawak Tak Boleh Blah

Memang kreatif manusia yang buat ni.









Banyak lagi status-status facebook yang tak boleh belah seperti P Ramlee's Labu Labi, Batu Belah Batu Bertangkung, Hagemaru, Doraemon, Malaysia's Political History & banyak lagi. Wajib follow kot blog

Your Profile Your Story

untuk awek muda~