Sunday, 31 January 2010

I Just Realised That I'm Hot

Sila jangan muntah lagi sebelum baca sampai habis..huhuh~

Mula hari Selasa aku dah pecah mulut atau ulser mulut. Tapi itu memang dah biasa. Kalau ikut ajaran cikgu Budin masa sekolah rendah; banyak dosa baru pecah mulut.

Rabu malam, dah setat sakit mata, aku bajet eyes infection sebab pakai contact lens lama sangat.

Khamis pagi, mata kanan dah bengkak bahagian atas eyelid macam orang cakap ketumbit yang orang cakap kalau sakit mata ni kuat skodeng. Dah tentu aku kuat skodeng. Huhuhuh Tekak sakit gila. Kumur dengan listerine 3,4 kali pon tak berkesan. Rase nak telan je. Huhuhu... Tapi biasa je kot sakit tekak.

Aku dah cuak dan tak selesa pasal mata aku nih. Takut melarat. So, I decided to go to clinic that morning. Mr Cher, instructor kitorang cakap klinik terdekat ialah kat Giant Kinrara. Huhuhuh... Nasib baik masa tu pukul 9.30. Pizza Hut tak buka lagi. :P

Masuk2 bilik doktor, beria-ria la aku explain mata aku kena infection..bla..bla... Pakai contact lens berapa jam semua. Sekali doktor tu cakap, itu bukan sebab infection. Tapi sebab badan aku panas. Check suhu aku demam rupanye. Kenapa aku langsung tak perasan aku demam. Huhuhuh...

Kalau demam je aku boleh blah lagi sebab macam takde effect pon bg aku. Tapi masalah mata aku ni. Kenapa la time aku nak pergi interview esoknya baru nak bengkak.

Terpaksalah cover dengan spek dengan harapan tak nampak cacat. Huhuhuh~

Tak perasan sangat kot kan... Huhuhuh... Sedapkan hati sendiri..







Last resort - pakai je ni... zzzzzzz


Tuesday, 26 January 2010

Rumah Sewa Baruku Yang Telah Di'ID'kan

I'he been moved to new house. Just for these 2 months.

Susah juga nak cari rumah sewa kat Bukit Jalil nih. Banyak memang la banyak, tapi nak cari yang sesuai dengn bajet tu memang susah. Lol. Plus, orang memang susah nak bagi sewa rumah untuk 2 bulan sebab deposit je 2+1. Apa makna nk dok 2 bulan je. Huhuh...

Tapi kitorang bernasib baik sebab ada Encik ni memula dia buat rumah dia homestay. Satu malam dalam RM100. Tapi kalau nak sewa sebulan, RM700. Aku pun macam blur-blur juga lah sebab tak tahu dia ikut matematik mazhab mana. So, macam biasa peluang keemasan memang hukumnye wajib grab.

Inilah permandangan indah rumah sewa baruku di Pangsapuri Ketitir, Taman Sungai Besi Indah, Serdang Jaya, Seri Kembangan. Aku pun pelik apsal alamat dia panjang sangat. Kalau rumah aku kat kampung pendek je; 104, Kampung Sentosa, Maran, Pahang Darul Makmur. Terpaksa tulis Pahang tu penuh2 supaya alamat nampak panjang... Huhuh...

Ruang menonton TV, I guess. Siap Astro, dvd player, dengan speaker ape2 ntah.


Ruang makan. Yang makanan tapau tu xtermasuk dalam pakej sewa yer.

Kitchen yang memang lengkap. sampai benda yang kitorang tak perlu pun ada


Room 1 - model juga tak termasuk dalam pakej. Ececece... macam pengantin perempuan tengah tunggu pengantin lelaki


Room 2- Bilik ni memang cambes. Sebabnya - lihat gambar di bawah...

.

.

.

.

.


Jang..jang... cermin yang super besar. Hehehe~

Sense of ID tuan rumah ni memang high.zzzzzz


Senang menjalankan aktiviti.

Room3 - macam bilik solat n ampaian towel.

Bath room + water heater

Automatic washing machine

Rumah tu besh la. Tapi halnya, kitorang dah 3 kali dah buat hal dengan tuan rumah tu.

1st, hosmet terkunci pintu bilik dari dalam. Terpaksa call tuan rumah tu dan terpaksa dia datang bawa kunci bilik.

2nd, sehari tu, tuan rumah offer tumpangkan hosmet pergi training kat SIRIM, Bukit Jalil. Nak dijadikan cerita diorang terlambat. Encik tu terpaksa tunggu diorang.

2 peristiwa di atas memang aku tak terlibat. Tapi peristiwa ketiga ni memang aku terlibat secara langsung.

Malam Isnin, tuan rumah ajak kitorang dinner. Kat KL katanya. Separuh naik kereta dia, separuh naik kereta aku. Aku yang sememangnya noob dengan jalan KL, ditambah dengan pemanduan cekap ala2 Fast n Furious, memang baru 2,3 km aku dah tak nampak dah kereta dia. Memang sesat gila2 la nak cari Kg Baru. Dah samai kat Kg Baru tak tahu pula dia kat kedai makan mana. Sampai dia terpaksa suruh kitorang tunggu kat 1 tempat n jemput kitorang. Masa jemput kitorang tu muka dia memang sentap lah. Aku lagi la, rasa nak carut tapi tak keluar je. Huhuhuh. Sampai2 kat kedai nasi lemak 50sen tu, diorang yang naik kereta dengan tuan rumah tu da siap makan 2 bungkus nasi lemak dah pun. Encik tu pun dah siap makan rupenye. Punya la lame kitorang round KL. Huhuh..

Seriously aku serik dah keluar dengan dia. Aku harap pun dia serik jugak keluar dengan kitorang. Tapi janganlah halau kiotang keluar rumah tu pulak.

Susah nak cari tuan rumah yang baik camtu. Dah la rumah full furnished. Tak ada deposit pon. Boleh bayar sewa lepas dapat elaun pulak tu. Memang cool.

Walaupun sebenarnya aku ada pasal nak cari dengan dia; lampu kat dapur tu mentol dia tak ade. So lighting kat dapur memang tak cukup. Tapi aku pospone la dulu pasal tu. Lepas bayar sewa baru cari semula. Hehehehe~

Tuesday, 19 January 2010

Not Heard Of and Not Used At All

Maka bermula kehidupanku di Bukit Jalil.

Aku amik course CAD and Design Simulation. Sebelum ni memang penah belajar CAD sbelom ni. Tapi AutoCAD je la yang ingat pon. CATIA ngan ADAMS haram satu habuk pun tak ingat.

Untuk 1st half ni, belajar Autodesk Inventer. Memang aku jahil la pasal software ni. Memang tak penah dengar langsung.

So self-assessment tu memang senang je la nak isi. Tulis 1 je memanjang. Assessmentnye bukan ni je. Ade 3 muka surat lagi. Huhuh... yang atas2 nih intro je.

Harap semua berjalan2 dgn lancar. :P



Sebahagian daripada kawan2 baru~ Dilla, Diba


Ok, aku berjaya habiskan 2 hari mengatasi rekod 24 jam kat IMGLAD.

Harap dapat bertahan sampai 2 bulan sebab setakat ni training ni best.

Monday, 18 January 2010

Lepak 4 Jam Di Pizza Hut dan Dapat Pizza Percuma

Ini bukan promosi percuma...

Tapi lebih kepada semalam ialah hari bertuah kerana dapat makan tengah hari dan makan malam percuma.

Bermula dengan makan di restoran Lanai Mutiara dekat dengan Nilai iaitu hampir dengan kolej tempat adik aku belajar, MIAT. Itu semua gara-gara terliur dengan iklan ayam penyet kat kain rentang depan kedai tu.

Masuk2 je pelayan restoran tu dengan pelat Melayu Indonesia pun pelawa kami, "Sila pak, ibu, layan diri. Ada jamuan hari ini."

Aku, "percuma ke?"

Pelayan, "ya mbak, percuma"

Aku pun apa lagi dengan tamaknye amik semua lauk pauk dia...huhuh...







Semua pon happy dapat makan free~



Tak sia-sia pergi melawat lil bro jauh di Nilai.. Hehehee~





Petang tu, aku meneruskan destinasi ke Bukit Jalil. Mak ayah dah berangkat pulang ke Kampung Sentosa, kampung halaman. Sepatutnya aku yang menumpang rumah makcik kat Savana , Bukit Jalil sementara training kat SIRIM ni. Dah nak dekat sampai kat Bukit Jalil, makcik kol kata dia ada kat Shah Alam dan Maghrib baru balik. Huhuh.. Masa tu baru pukul 2 lebey. Aku pun yang tak ada tempat berlindung dan mengadu ni terpaksa jalan2 sorang2 kat Giant Kinrara. 3,4 kali pusing dalam Giant tu, dah penat lepak kat Pizza Hut. Nasib baik bawa laptop. Boleh gak layan Facebook. Tapi apa kes dah duduk situ 3,4 jam. Dah la duduk dekat dengan kitchen. Macam2 ragam aku tengok. Paling cuak sekali bila ada kakak waitress tu tiba nangis. Punca tak tahu. Malas nak bz body. Ececece...
Bila da maghrib, aku pun agak2 nak blah tetiba ade adik waiter ni tegur aku kata ada orang nak minta no telpon aku. Aku malas nak layan. Tetiba budak tu cakap, " Ala bagi la kak, abang tu hensem."
Aku yang sensitif dengar perkataan hensem, terus wat muka tak malu tanya, "mana2?" :P Memang tak nampak r sbb bro tu dalam kitchen.
Pastu budak tu bagi pizza regular ni free. Aku grab je la. Tak tahulah itu pizza tersalah buat ke hape. Atau itu salah satu teknik diorang nak halau aku dari situ. Buat gangguan, aku tak layan. Wat degil je. Bagi pizza free baru nak blah. Huhuh...


Pizza tu memang bes~ Lagi bes bila dicicah dengan rendang ayam.. Hehehe~

Kepada abang pizza, terima kasih sebab bagi free pizza. Ada kerja part time kosong tak kat situ bang? Mungkin lepas ni aku lebih suka masakan Itali daripada Jepun, siapa tahu. Kepada orang-orang yang tak sudi temankan aku, juga terima kasih. Kalau korang temankan aku pasti aku tak dapat piza free. Begitu juga kepada makcik aku yang membiarkan aku membunuh masa di Pizza Hut.



Akhir kata terima kasih sekali lagi kepada makcik yang sudi menumpangkan dan memberikan aku internet percuma~
Terima kasih sebab membaca~

Friday, 15 January 2010

I Hate This Nuffnang's Ad


Buat aku rasa lapar malam2... nak g drive thru kt 24hrs KFC memang 200km jauhnya..

Terpaksa siang esok lunch kat KFC...huhuh

Wednesday, 13 January 2010

I'm Glad to be in IMGLAD Program for Just 1 Day

Ya, aku sepatutnya mengikuti program IMGLAD ni selama 3 bulan dekat UTM, Skudai. Tapi aku hanya bertahan tak sampai 24jam pun. Ngahaha~

Entah kenapa sebelum bertolak pun aku rasa separuh hati je nak pergi Johor. Baju pun aku packing untuk seminggu je. Aku pun tinggal je semua binatang peliharaan aku. Aku bawa seekor ni je.

Memang minimize habis la barang2.

Bukan sebab hari daftar tu ialah hari jadi aku yang ke 23. Aku memang tak kisah. Tak berkira pun. Sebab sejak lahir memang tak pernah celebrate pun. Tapi still thanks kat En. Yahya yang menghadiahkan breakfast percuma kat Hotel Seri Malaysia Melaka. Walhal aku memang sedia maklum itu termasuk dalam pakej bilik tu. Terima kasih, ayah~
Terima kasih banyak-banyak juga yang wish, sms, tulis kat dinding Facebook. Aku sangat gembira~

Okay, balik pada topik. Aku blah dari program ni bukan jugak sebab hostel UTM yang tak selesa. Hostel dia memang selesa, best. Kipas laju berdesup-desup. Just cermin dia aku tak berapa suka sebab tinggi gile nampak dahi aku je. Nasib la bedak kat dahi je. Sangat bias di situ, orang yang reka perabut ni.

Nasib baik dekat lobi dia ada cermin BESAARR yang muat dalam 5,6 orang kalau nak bergambar .
Dayah n I - roomate forever... not

with Zahid. Aktiviti membuang masa sambil tunggu Oyenk n Ida jemput pergi tengok AJL kat umah Ida.

Wifi kat hostel ada. Tapi kena ada id n password. Tak sempat nak crack, aku dah blah. Huhuhu...

Bukan juga sebab makanan free dia tak best. Makanan dia memang best dan banyak. Tapi still aku makan separuh je sebab nafsu makan aku juga separuh since aku separuh hati je datang sini.
I'm Glad to have free food...

5 times per day~ Yeay~

Bukan jugak sebab module dia tak best. Aku sempat lah Induction Day. Trainers pun happening. Module padat dan mantap.

Tapi yang sebenarnya, aku dapat offer CAD and Design Simulation Training oleh SIRIM di Bukit Jalil yang start pada 16 Januari ni. Since aku lagi confident dengan skill CAD aku berbanding skil lembut (soft skill) yang dipelajari kat IMGLAD tu. Ecececec... So, aku nak sangat la pergi training SIRIM ni. Plus, SIRIM tu pun ada jugak kursus skil lembut.

Aku sebenarnya rasa terkilan juga tinggalkan IMGLAD ni. Sebab bermakna aku tinggalkan Dayah sorang2. Sorry sangat Dayah~ Aku ingat aku takda jodoh dengan Fizo je kat Johor. Rupa-rupanya jodoh dengan ko pun tak berapa panjang. Tapi takpe, kita still boleh main sama2, makan sushi semua bila ko balik Klang nanti. Zahid, ko jagakanlah Dayah untuk aku. Bagila hiburan kat Dayah juga, selain dia je bagi hiburan kat ko. Oyenk, jadilah anak angkat mak ngan ayah Ida dengan baik seperti mana ko jadi anak angkat mak ngan ayah aku (aku tak patut ingatkan ko kot, sebab ko memang dah pakar). Ida, terima kasih banyak-banyak sebab tumpangkan aku kat rumah ko untuk tengok AJL. Deeba, tak sempat nak jumpa ko, aku da blah. Semua, jaga diri elok2... Huhuhu...

Memang tak sempat nak jalan2 kat JB. Pergi mall pun tak sempat. paling-paling pun drive thru McD je. :P

Aku berdoa, untuk kehidupan 23 tahun ini, aku lebih berjaya, tabah, tidak berputus asa, cool, matang tapi awet muda dan kurus. Amiin~

Tuesday, 5 January 2010

Memang Sentap Kalau Ada Orang Pecahkan Cube 5x5x5 Tanpa Kebenaran

Tambahan tekanan sebab baru berjaya solve sampai 3rd layer. Argh...

Shuh...shuh...

Pergi main jauh-jauh.




Dah tu, jari asyik accident je. Dah dua kali terhiris masa hiris bawang. Tadi terendam dalam minyak panas selama 0.5saat pula.

Bukan aku tak suka memasak tapi memasak yang tak suka aku.

T_T

Friday, 1 January 2010

Sayounara 2009

Setiap tahun mesti kena ada entry macam ni?

Ok, mari review apa yang aku dah lakukan sepanjang 2009 ini.

Januari 2009, aku menamatkan industrial training di BP Chemicals. Maka tamat juga siri kegemukan yang menjadi fobia ke atas diriku sehingga sekarang.


Memulakan tahun akhir. For the 1st half, tak ada apa-apa menarik sangat. Aku juga bermain-main. My batch Jan05, had organized a Sport Carnival. Tak best sebab semua acara yang aku sertai which were netball & volleyball semua kalah. Lol. Expectedlah kan. Walaupun dicaci dan dihina sebab Mechi girls cap ayam oleh budak course lain. Tapi still happy & seronok la kan. Ala.. not a big deal lah. At least ada kenangan ; sepanjang belajar kat UTP, ada orang cakap aku cap ayam. Korang ada? Hasilnya, aku begitu obses dengan cap ayam sampai aku beli baju cap ayam kat gerbang malam Ipoh. Ambik nak. Huhuh

However, aku bersyukur, habis juga pembelajaran aku di Universiti Teknologi Petronas pada akhir tahun 2009.

Percutian bajet:

Pulau Pangkor

Hot Spring Sutun, Sungkai

Dah tahun akhir ni baru pandai nak pergi bercuti sendiri-sendiri. Itu memang saiko~

Sushi King Bonanza RM2 ; berjaya menempuh segala halangan onak duri lautan manusia. Untuk bulan April - 2 hari aku pergi. Untuk Oktober pun 2 kali.
Tapi masa tu tak tahu unagi tu haram. Aku bahan je. Huhuh. Aku rasa sesal dan bertaubat atas berbuatan aku itu.

Fenomena Stepmania ; ini diperkenalkan oleh Saa. Bisnesnya sangat memberangsangkan. Aku juga macam tak percaya. Berat aku selepas intern 45kg. Sekarang dah jadi 39kg. Kembali kepada berat asal. Ececece.. macam testimoni produk pengurusan badan pulak. ekekeke

Final year project - malaslah nak cerita panjang. Sebab aku dah cerita panjang pun dekat entry-entry sebelum ini seperti ini, ini, ini, ini dan ini.

Blog : I actively blogging on August. Kalau perasan, I made this blog as personal blog. And my fandom in Pretty Boys Paradise. But somehow I rarely update Pretty Boys Paradise. Perhaps my love to ikemen has decreased. Ohno T_T

Family : Semuanya berjalan lancar. Emak yang dulu masa sakit 40kg je dah jdi 54kg. wth.. huhuh.. terlebih sihat pulak.

Yang penting sekarang kami ada ahli keluarga baru ; Abang Hafiz yang dah kahwin dengan kakak sulung Hidayah

Myself - Aku rasa 2009 aku menjadi semakin kuat. Bukan kerana muscle biseps dan triseps yang terbonjol tapi aku menjadi semakin tenang dan bersabar walaupun banyak dugaan berlaku. Tapi, keburukannya aku semakin susah nak express perasaan sebenar aku. Huhuhu..

Kalau tahun 2008 orang selalu salah faham aku sebagai budak tingkatan 4, 2009 ni tak sangka aku downgrade pula sebab ada orang ingat aku darjah 4. Huhuhu..

Azam tahun baru : nak jadi rajin dan matang. Harap kelihatan seperti orang nak masuk 24 tahun Tidak menganggur lama sangat.

Happy New Year