Tuesday, 26 January 2010

Rumah Sewa Baruku Yang Telah Di'ID'kan

I'he been moved to new house. Just for these 2 months.

Susah juga nak cari rumah sewa kat Bukit Jalil nih. Banyak memang la banyak, tapi nak cari yang sesuai dengn bajet tu memang susah. Lol. Plus, orang memang susah nak bagi sewa rumah untuk 2 bulan sebab deposit je 2+1. Apa makna nk dok 2 bulan je. Huhuh...

Tapi kitorang bernasib baik sebab ada Encik ni memula dia buat rumah dia homestay. Satu malam dalam RM100. Tapi kalau nak sewa sebulan, RM700. Aku pun macam blur-blur juga lah sebab tak tahu dia ikut matematik mazhab mana. So, macam biasa peluang keemasan memang hukumnye wajib grab.

Inilah permandangan indah rumah sewa baruku di Pangsapuri Ketitir, Taman Sungai Besi Indah, Serdang Jaya, Seri Kembangan. Aku pun pelik apsal alamat dia panjang sangat. Kalau rumah aku kat kampung pendek je; 104, Kampung Sentosa, Maran, Pahang Darul Makmur. Terpaksa tulis Pahang tu penuh2 supaya alamat nampak panjang... Huhuh...

Ruang menonton TV, I guess. Siap Astro, dvd player, dengan speaker ape2 ntah.


Ruang makan. Yang makanan tapau tu xtermasuk dalam pakej sewa yer.

Kitchen yang memang lengkap. sampai benda yang kitorang tak perlu pun ada


Room 1 - model juga tak termasuk dalam pakej. Ececece... macam pengantin perempuan tengah tunggu pengantin lelaki


Room 2- Bilik ni memang cambes. Sebabnya - lihat gambar di bawah...

.

.

.

.

.


Jang..jang... cermin yang super besar. Hehehe~

Sense of ID tuan rumah ni memang high.zzzzzz


Senang menjalankan aktiviti.

Room3 - macam bilik solat n ampaian towel.

Bath room + water heater

Automatic washing machine

Rumah tu besh la. Tapi halnya, kitorang dah 3 kali dah buat hal dengan tuan rumah tu.

1st, hosmet terkunci pintu bilik dari dalam. Terpaksa call tuan rumah tu dan terpaksa dia datang bawa kunci bilik.

2nd, sehari tu, tuan rumah offer tumpangkan hosmet pergi training kat SIRIM, Bukit Jalil. Nak dijadikan cerita diorang terlambat. Encik tu terpaksa tunggu diorang.

2 peristiwa di atas memang aku tak terlibat. Tapi peristiwa ketiga ni memang aku terlibat secara langsung.

Malam Isnin, tuan rumah ajak kitorang dinner. Kat KL katanya. Separuh naik kereta dia, separuh naik kereta aku. Aku yang sememangnya noob dengan jalan KL, ditambah dengan pemanduan cekap ala2 Fast n Furious, memang baru 2,3 km aku dah tak nampak dah kereta dia. Memang sesat gila2 la nak cari Kg Baru. Dah samai kat Kg Baru tak tahu pula dia kat kedai makan mana. Sampai dia terpaksa suruh kitorang tunggu kat 1 tempat n jemput kitorang. Masa jemput kitorang tu muka dia memang sentap lah. Aku lagi la, rasa nak carut tapi tak keluar je. Huhuhuh. Sampai2 kat kedai nasi lemak 50sen tu, diorang yang naik kereta dengan tuan rumah tu da siap makan 2 bungkus nasi lemak dah pun. Encik tu pun dah siap makan rupenye. Punya la lame kitorang round KL. Huhuh..

Seriously aku serik dah keluar dengan dia. Aku harap pun dia serik jugak keluar dengan kitorang. Tapi janganlah halau kiotang keluar rumah tu pulak.

Susah nak cari tuan rumah yang baik camtu. Dah la rumah full furnished. Tak ada deposit pon. Boleh bayar sewa lepas dapat elaun pulak tu. Memang cool.

Walaupun sebenarnya aku ada pasal nak cari dengan dia; lampu kat dapur tu mentol dia tak ade. So lighting kat dapur memang tak cukup. Tapi aku pospone la dulu pasal tu. Lepas bayar sewa baru cari semula. Hehehehe~

18 comments:

  1. suka!nasi lemak stadium ek?
    *hahahaha food comes first*

    ReplyDelete
  2. aku harap boleh jumpa tuan rumah yang pakai mazhab matematik macam ko ni gak masa akan datang...

    ReplyDelete
  3. zaty~ itu panggil nasi lemak stadium ek. kakak panggil tu nasi lemak 50sen. Yang Encik tu panggil nasi lemak ape ntah, tak igt dah.. huhuh

    Tapi mmg suke nasi lemak. Kalau boleh mmg nk terai banyak2 jenis. Hehehe~

    ReplyDelete
  4. maaruf, salah tu..

    itu bukan mazhab aku. itu mazhab Encik tu. Huhuhu...

    Tak kesahlah. Still cool. :P

    ReplyDelete
  5. hanis..SIRIM kat shah alam tuh ke? dekat ngan wetworld?

    ReplyDelete
  6. Oyama~ Bukan kat Shah Alam. Aku training kat SIRIM Advanced Manufacturing Technology Centre (AMTC) kat Bukit Jalil. Sebab training ni pasal CAD. Department CAD/CAM kat Bukit Jalil.

    ReplyDelete
  7. anis, cermin besor kat bilik ko tu bahaya dowh, kot2 ada org disebaliknye..haha.."Pim Pim Pon Pon,jaga2 ada org follow..."

    ReplyDelete
  8. haha try lah nasi lemak antarabangsa pula~;)
    tp dua dua tempat nih susah nk dpt parking>.<

    ReplyDelete
  9. Bob~ termasuk ko da 4 org da ckp camtu. tp xmungkin kot sbb sebelahnye room1 tu..

    huhuh~

    ReplyDelete
  10. zaty~

    encik tu mmg memula dah pg nasi lemak antarabangsa tu tp xde parking. sbb tu pg nasi lemak 50sen tu. huhuh

    punye la lame kitorang sesat. diorg da tuka plan n still kitorang smpai mase diorg dah habis mkn..huhuh~

    ReplyDelete
  11. huhuhuhu....terasa rindu lak kt umah sewa2.......

    ReplyDelete
  12. hahaha nana~

    tak pernah dah lalu kat situ lepas habis trening. sebab fobia jem...huhuh~

    ReplyDelete
  13. hahaha......yeke?
    sj nana singh kt blog k.hanis nie....sj nk gtau yg nana da aktif blog,tp xla secntk blog k.hanis.....tp singgah2 la ye....=)

    ReplyDelete
  14. hye... maaf tetibe menyibuk.. boleh x nak nombor tuan rumah yg awak sewa nie??? harap dapt membantu... terima kasih =)

    ReplyDelete
  15. hai dik....boleh x bg no contact tuan rumah ni...akak tgh mencari umah utk disewa dlm masa sebulan ni skrg ni....hope dik leh tlg yer...pape info send kt email akak yer freideza199@yahoo.com
    thankz a lot!

    ReplyDelete
  16. hi,
    boleh x awak share nom owner rumah ni dgn sy?
    ni contact num sy,017-7626543...
    tqvm.
    anis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry saya tak tahu contact no tuan rumah sbb abang kepada housemate saya dulu yg deal dgn tuan rumah. Huhuh. Sorry...

      Delete
  17. nasi lemak stadium... https://www.youtube.com/watch?v=kSlHA-VRhko

    ReplyDelete