Wednesday, 3 February 2010

When Ayah Write A Blog

Aku sangat kagum dengan ayah. Yelah, bukan senang golongan baby boomers nak belajar sesuatu yang biasanya generasi Y yang guna. Tapi kerana semangat dan rasa tanggungjawab menyebarkan ilmu dan buah fikiran demi kemajuan pendidikan daerah Pekan (kampung halaman Najib mak , ayah sanggup lakukan apa sahaja. Tak sangka ayah seorang Pakar Matematik tapi sangat berbakat dalam penulisan. In fact, ayah memang dah tulis beberapa buah buku. (Ececece... free promotion plak)

Okay cukup sesi puji-memuji anak beranak. :P

zzzzzz


Silalah sokong/follow/singgah blog baru ayahku.




Berharap ayah akan istiqamah dalam mengupdate blog.
walaupun Celcom Broadband telah disonglap olehku

Aku tak pastilah ada tak golongan pendidik yang baca blog aku ni. Tapi aku tau la sorang tu ; Cik Najibah kita.

Aku selalu juga curi-curi dengar perbualan mak dan ayah tentang masalah-masalah sekolah dan perihal guru. Aku berterima kasih kepada guru-guru yang telah banyak bersabar mendidik aku.

Bagi aku, guru ni ada tanggungjawab yang sangat besar. Bukan calang-calang orang yang mampu jadi pendidik. Belakangan, memang ramai yang berebut-rebut jadi cikgu. Itu memang sesuatu yang bagus bila ramai yang sanggup berkorban nak jadi cikgu. Tapi apa yang merisaukan, ramai juga yang nak jadi cikgu ni dengan alasan, senang nak dapat kerja. Takut nanti niat mulia untuk mendidik anak bangsa terpesong. Jadi cikgu lebih kepada kepentingan peribadi ; masa depan selamat sebab confirm confident dapat kerja. Ada juga yang rasa kerja cikgu ni macam tak cool. So, macam malas-malas tak berapa ikhlas gitu nak mengaku cikgu.

Tapi tak semua camtu. Seciput je yang macam tu nya... Nak cakap lebey2 pon tak layak kot. Setakat jadi guru tuisyen amatur kepada anak makcik kat Bukit Jalil ni apa la sangat. Rasa macam belajar sesama dengan diorang laks... :P

5 comments:

  1. Nanged Your Ads
    Nang My Ads Too Please
    http://pretselmaker.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. @kenwooi

    yeah... blogging boleh berjangkit..

    :P

    ReplyDelete
  3. wahaha..ayah kamu best..hrap dpt follow blog die..

    ReplyDelete
  4. adi, follow je ler.. da ade link tu~

    ReplyDelete