Friday, 30 April 2010

I'm Thinking Of Buying My Own Domain

Kenapa nak beli domain sendiri?

Orang kata kalau ada domain sendiri ni macam ada brand sendiri. Demi mempoyokan sekaligus memajukan lagi blog peribadi aku yang terseberapa ni, aku memang dah lama berangan-angan nak beli domain sendiri. Biasanya bila kita buat blog nanti address blog kita akan jadi macam http://s3norit4.blogspot.com

Kira kita macam menumpang la domain blogspot di situ. Kalau kita beli domain sendiri jadi la macam contohnya http://www.s3norit4.com
Dah tak ada blogspot tu. Macam unik la website kita. Ahhh... apa-apa laa... Itu yang aku faham. Kalau ada domain sendiri, address yang unik, lagi senang orang nak ingat lagi banyak traffic. Sonang cerita...


Tapi taknak la kot guna s3norit4 tu. Payah bebenar nak mengingatnya. Kalau orang-orang yang short term memory cam aku mesti susah nak ingat. Nasib baik blog ni aku punya, terpaksa ingat juga.

So isunya di sini aku sedang memikirkan domain yang sesuai.

I was thinking like nak bagi nama macam

www.norhanis.com

or www.haniskiut.com

or www.haniscute.com

or www.haniscomel.com

or www.hanistomey.com

or www.haniskawaii.com


Okay, aku tahu aku tak boleh buat keputusan sendiri kerana mungkin mendatangkan bencana kepada alam dek kebajetan diri sendiri.

So tolong la tolong aku cadangkan domain yang sesuai jika tidak aku terpaksa gunakan idea sendiri yang terlebih genius ini.

Kalau boleh nak beli sebelum 3 May sebab ada promotion kat Exabytes


Some info about top-level domain

.com as for commercial - any person can register

.net as for network - any person can register

.org as for organization - any person can register

.info as for information - any person can register

.biz as for business - any person can register

.my as for website from Malaysia - must be registered with a company in Malaysia

.gov as for government - limited to government agencies

.edu as for education - limited to education institution


Sekadar gambar hiasan. Tak ada niat nak melobi supaya setuju dengan idea aku sendiri. :P

zzzzzzz

Wednesday, 28 April 2010

Pengantin Baru... 5 bulan kot...

Walaupun dah 5 bulan majlis berlalu, for some reason kakak baru amik gambar kawen dia last week. Aku agak membebel la sebab harga pakej photography dia agak mahal ribu riban. Bagi aku la yang miskin ni aku anggap membazir.

Tapi lepas tengok hasilnya baru rasa berbaloi2 juga la...

Terus rasa tergugat pendirian aku yang konon-konon nak berjimat untuk wedding aku nanti. Eh...eh... sejak bila pula ada rancangan ni. Ni semua Bro Syah la sedap-sedap je plan kan untuk aku bulan 7 ni nak suh prepare kawen. Padahal calon pon tak prepare lagi. Ececececece~

Sila layan diri~



Akad nikah di Masjid Kampung Sentosa

Seriously, tak perasan pon drama nih. Nasib baik kameraman perasan. Hehehe~


Bersanding di rumah. Merasa naik pelamin. :P


Mak happy gile dapat menanti. Ekekeke~


Famili besar yang hadir. Ramai lagi sebenarnya tapi ramai still kat masjid buat preparation untuk esoknya. Huhuh~


Suka gambar ni sebab aku sama beso dengan akak. Plus semua pegang aksesoris



Haa... Suka la tu dapat berdua-duaan in the end lepas guests dah balik.
zzzzzzz


The Rings~


Proses andaman sebelum resepsi.


Berarak masuk dalam dewan~


Takda askar pegang pedang. Ada pengakap sekolah menengah je. Nasib baik tak pegang

Fokus~


Sorvenir untuk tetamu~ Aku yang ikat riben sampai krem. Huhuhu...




No komen.


"Yeay, abang! Dah habis dah kenduri. Akhirnya kita boleh buat aktiviti bebas~" Mungkin itu diucapkan oleh kakak.




Outdoor Photography.





Okey, dah-dah. Bukan aku punya wedding pun, tak kuasa nak post banyak-banyak kat sini. Kalau nak tengok lagi boleh la klik

SINI

SINI

dan SINI

Kalau nak tengok hasil kerja photographer ni yang lain kat sini

http://shasmanizam.fotopages.com/


atau

http://mysample.fotopages.com/

Sesuai untuk berangan.

zzzzzz

*info - brader tu guna kamera Nikon D300. Apa tu? Ntah...

Monday, 26 April 2010

Hanis, Apa Cer???

xx/12/2009

Saudara/saudari X: Hanis, pe cer sekarang?

Hanis : Aku baru abes belajar. Huhuh~


xx/01/2010

Saudara/saudari X: Hanis, pe cer sekarang?

Hanis : Aku pergi training CAD n Design Simulation kat Sirim Bukit Jalil. Huhuh~


xx/03/2010

Saudara/saudari X: Hanis, pe cer sekarang?

Hanis : Aku full time job hunter, part time penanam anggur. Huhuh~


xx/04/2010

Saudara/saudari X: Hanis, pe cer sekarang?

Hanis : Aku baru kerja kat m&e consulting firm kat Sri Petaling. Huhuh~


Actually kalau dulu, I mean sebelum tarikh-tarikh di atas, kalau orang tanya aku soalan macam ni, aku akan jawab contohnya, "Sekarang aku layan cerita Proposal Daisakusen, Yamapi berlakon," tak pon, "Aku tengok cerita Mei-chan no Shitsuji sekarang, Kamen Rider Kabuto ngan Kamen Rider Den-O jadi Butler. Tapi aku lagi suke Kamen Rider Den-0 sebab dia suwiit~"

Ok, it means cerita aku,



Tasha


and the fishes

tak berakhir lagi. Since rumah makcik aku dengan ofis baruku tersangat la dekatnya. Tak sempat nak panas enjin. Huhuh~

Ini semua thanks to Cik Ain yang tak nak doakan aku cepat dapat kerja masa kat Mekah tapi nak doa aku cepat dapat kerja area-area rumah Bukit Jalil. Huhuh~



Tapi aku tetap bersyukur, Alhamdulillah. Walaupun macam terlalu awal nak cakap bes ke tak. Tapi yang pasti setakat ni aku ok je.

Ini juga berkat doa mak dan ayah yang tak pernah putus.

Ayah, Kakteh janji tak akan buka blog, Facebook, Twitter, Myspace (walaupun Kakteh tak ada pun Twitter & Myspace) atau apa-apa yang boleh mendatangkan atau menghampiri perkara lagha. Kakteh hanya akan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut selepas office hours sahaja. Kakteh juga berjanji akan sampai ke pejabat selawat-lewatnya 10 minit sebelum bermula waktu pejabat dan bersarapan setiap pagi. Untuk itu Kakteh tak boleh melakukan aktiviti yang lagha dan tak berfaedah sehingga lewat malam sepertimana pesan ayah. Insya-Allah~


*Senang la korang nak belanja aku cendol pulut, since aku dah ada kat KL


Sekian, Terima Kasih.

zzzzzzz

Thursday, 22 April 2010

Teknik Urutan Dalaman: Terbukti Berkesan~

Aku pernah pergi ke satu pusat rawatan alternatif Tabib Cina dekat Tiram, Johor. Mak nak try rawatan alternatif sebab selama ni hanya lakukan rawatan kat hospital kerajaan. Kedai tu memang macam best sebab ada banyak gambar dan poster-poster menarik. Dan hasil paparazi aku dapat ini, dengan harapan dapat buat rawatan sendiri kat rumah.


(klik pada gambar untuk besarkan)

Sori, ini je termampu sebab poster tu tinggi sangat bukan aku yang pendek

Aku tak ada sakit apa pun. Paling-paling pun sakit perut. So, aku urut la sendiri kat tempat yang berkaitan dengan perut dan terbukti selepas tu on the spot keluar angin-angin ikut atas, bawah semua. Senang pulak nak lawas. Logo raso :P

Cubalah. Ada beran??

*Ada lagi rawatan yang pelik Tabib ni buat kat mak aku. Masa first-first tengok rasa nak nangis pun ada sebab tak sampai hati. Until the next post.

Wednesday, 21 April 2010

Bercanda Di Tepian Pantai~

When I got a letter from SPA to take exam for PTD at The Legend Resort Cherating, I felt very happy. Bukan sebab nak sangat kerja gomen, tapi sebab kalau aku pergi situ means it's my 1st date with by bf, LX3 kat beach. :D









Seriously lonely pergi pantai sorang2... Hahaha~

Dan waktu tu jugak aku decide (sorang-sorang jugak) nak honeymoon kat island supaya boleh tengok sunrise & sunset~ -_-"

zzzzzz

Monday, 19 April 2010

It's Harajuku, Baby!

I am not a big fan of perfume macam abang ipar yang ada collection minyak wangi mengalahkan skincare collection kakak :P. I just have one eau de toilette. Itu pun orang bagi as my 21st birthday present. Tak sure apa beza isipadu perfume tu sekarang dengan masa mula-mula dapat dulu.

Dan nak dijadikan cerita, pada suatu hari aku tolong jagakan Tasha sementara nak tunggu mak Tasha solat dekat KLIA masa nak hantar diorang pergi umrah. So, to kill the time aku masuklah Eraman shop yang jual make-up & perfumes. Masuk-masuk kedai tu, terus ter'alert' dengan satu jenama called Harajuku Lovers. Aku sememangnya sensitif dengan menda-menda kejepunan ni pun test la satu persatu series dia, dari Love, Angel, Music, G sampai Baby. Masa try Baby tu, tetiba aku rasa bau yang sangat nostalgik seperti mengimbau kenangan ....



zaman di mana setiap masa membawa baby doll bersama-sama


zaman nak cepat-cepat 4 tahun supaya dapat celebrate birthday sambil pakai handkerchief dekat leher macam abang. Walaupun hakikatnya tak pernah pun celebrate birthday dan mungkin boleh berharap untuk birthday yang ke 24 tahun depan -_-"


zaman akak masih mampu nak mem'piggy' back. Mampu ke?


zaman meronta-ronta berebut dengan abang nak jadi baby panda yang akhirnya abang menang dan jadi baby panda. Kakak muka selesa je sebab menang tanpa bertanding jadi mak panda.


zaman main beskal tayar satu yang bukan unicycle while akak henshin sebagai watak.... tak tahu apa. Topeng superheroes yang pelik-pelik memang popular masa tu dekat Felda Purun; kampung arwah tok belah ayah.



Okay sebenarnya semua memori tu aku tak ingat pun. Yang aku ingat paling-paling pun masa first time ribakan adik yang muda empat tahun dari aku ni.

Apa yang aku nak sampaikan, bau perfume tu macam bau product baby macam baby wash, lotion, shampoo, talcum yang sangat familiar masa kecik-kecik dulu. Sampai salesgirl tu tanya aku nak beli untuk aku or Tasha. Huhuhu~

Tapi aku tak terburu-buru beli sebab nak usha kat tempat lain kot kot lagi murah. Tapi sangat susah nak cari series ni maybe sebab ni product dah lama, launched tahun 2005. Aku pernah jumpa kat Sogo je, itu pun ada yang 30ml je. Harga slightly mahal daripada yang kat KLIA.

Dan akhirnya aku beli juga Eau de Toillete Harajuku Lovers Baby 10ml kat Eraman, KLIA masa nak jemput Tasha & family balik. Hahaha~


Harajuku Lovers Baby





Aku pun terkejut bottle dia sangat cute. Masa test dulu bottle tester nya simple je. ^.^



Bottle perfumenya kecik je. Penutupnya 3 kali ganda beso.




Tiba-tiba rasa tergugat bila mak Tasha keluar-keluar dari arrival hall bawa Lancome Perfumes Miniature Set yang super cute~ Apa-apalah...




Some info about perfumes


  • Perfume, also called extract or extrait perfume, can include 15-40% perfume concentrates. This is the purest form of scented product and is the most expensive as a result.

  • Eau de parfum contains about 7-15% perfume concentrates. This is the most popular and common form of perfume. It provides a long-lasting fragrance and generally doesn't cost as much as extract perfume.

  • Eau de toilette has around 1-6% perfume concentrates. This makes for a light scent that doesn't linger as long as the more intense versions. It was originally intended to be a refreshing body splash to help people wake up in the morning.

  • Eau de cologne is sometimes used interchangeably with the term eau de toilette. However, the concoction began as the name of a light, fresh fragrance mixed with citrus oils and was made popular by Napoleon. Some perfumers today have a version of this called eau fraiche.

Wednesday, 14 April 2010

What The Fish~

Okay, sebenarnya aku dah berazam tak nak menunjukkan ke'emo'an di mana-mana laman blog, facebook, gtalk, google buzz atau apa-apa saja. Tapi aku hanyalah manusia biasa yang selalu dipengaruhi oleh perasaan.

Again pasal ikan. Errr..bukan sashimi atau patin masak tempoyak. Tapi pasal ikan akuarium kepunyaan makcik sekeluarga di Bukit Jalil.

Aku dah pun berterus-terang kat makcik sekeluarga tentang pemergian ikan-ikannya sebaik diorang pulang dari umrah. Nasib baik Tasha suka ikan-ikan baru tu. Kalau tak mesti aku kena hukuman gomol-gomol. Huhuhuh~






Di suatu weekend, sepulangnya aku dari kampung halaman, perkara 1st sekali aku tanya Tasha, "Ikan hidup lagi tak?". Tasha cakap, "Yang kecik dah mati..."
Huhuhuh...

Ikan puyu pulak asyik bergocoh sesama sendiri. Sampai ikan puyu yang lama ni injured. Ayah aku punya cadangan suruh bawa ikan2 tu pergi klinik ikan. T_T



Tak faham ikan-ikan lumut zaman sekarang, pendek sangat umur. Tak reti la nak jaga ikan lumut... Huhuh~ or pet memang tak suka aku...


Ikan lumut dalam kenangan. Semoga rohnya dicucuri rahmat~