Wednesday, 30 June 2010

Beautifully Imperfection

Iklan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang memenangi Gold Lion award di 57th International Advertising Festival in Cannes, France.

Iklan penuh makna yang menyentuh perasaan.

Amaran!!! Sediakan tisu sebelum nonton~




Ya, memang betul semua orang tak ada yang sempurna. Terimalah dia, mereka, saya seadanya kerana kau tak akan pernah tahu apa yang kau miliki hingga nanti kau kehilangan.

Monday, 28 June 2010

33 June 2010

Aku berhasrat untuk update blog. Tetapi seperti biasa menggunakan alasan sejuk, niatku seakan-akan terbantut sebabnya aku lebih selesa mentelungkupkan pipi atau muka di atas laptop tukun yang panas ini. Dwi fungsi gitu : laptop-tukun-yang-hanya-boleh-surf-tenet-&-nonton-muvi-jauh-sekali-install-AutoCAD-atau-Photoshop + alat pemanas. Huhuhuh~

Tapi aku kalau boleh, nak hari ini lebih baik dari hari semalam. Bulan ini juga lebih baik dari bulan lepas. So, aku sebenarnya dah berazam, at least nak update blog tu, bulan ni nak la lebih banyak or sama dengan bulan sebelumnya. Baru la ada peningkatan. Tak suam-suam kuku gitu... So aku jeling-jeling la 2010 school calendar milik Ain belakang laptop ni, tinggal berapa hari lagi aku boleh update blog untuk bulan ni. Hari ni 28hb pastu 29, 30, 31, 32, 33. 5 hari lagi. Haaa... sempat2...




Tahun lompat galah ke lompat kijang ni... wtf

Seperti yang dikeluarkan oleh BAHAGIAN KEBINET, PERLEMBAGAAN DAN PERHUBUNGAN ANTARA KERAJAAN, JABATAN PERDANA MENTERI, Putrajaya & KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

(-_-)"



p/s : Happy Birtday Nabila aka Kakak~ Sweet 15 <3

Sunday, 27 June 2010

Bunyi Macam Lalat!!!


Bila da kalah dalam persaingan nak nonton cerekarama, bunyi sorakan pun dah macam bunyi lalat.

Tapi kalau dengar betul-betul memang bunyi macam lalat pun.huhuh

Friday, 25 June 2010

Tag : Kisah Perut Saya Dari A Sampai Z

Rajinnya aku buat tag daripada anak ikan murid, Saleh

Tag 1
Misi: Buat Satu Cerita Yang Ada A Sampai Z

Tajuk cerita : Kisah Perut Saya


Saya mempunyai spesis perut yang sangat rare. Dari


Aiskrim Paddle Pop Raibow


Udang Butter



Roti Canai dengan Dal


Epal Crumble


dan Fillet O' Fish

semuanya saya baham je.

Tapi apa yang lebih rare lagi saya disahkan Gastrik oleh doktor dan selalulah juga kena serangan tak terduka. Tapi belumlah ke tahap kena tahan kat hospital. Natijah daripada penyakit saya ini, saya lebih senang terkena keracunan makanan berbanding orang lain. T_T

Walau bagaimanapun kerana sikap degil dan selalu ingin mencuba yang membuak-buak tak dapat lagi menahan nafsu makan untuk makanan seperti

KFC Hot Rods




Ikan Patin Masak Tempoyak


Jagung Bakar dan


Kurma Ayam


Baked Lobster (0k tipu, tak pernah makan pun...huhuhuh)



& Manggo Sherbet.


Aish... Dulu masa kat UTP, perut saya selalu meronta-ronta nak kan variety makanan setiap hari. Asyik-asyik mengadap sajian sama di cafe V5. Tapi sekarang, perut saya mula rindu nak pekena



Nasi Lemak Kukus dengan Teh O Ais kat gerai Pak Qudus. Yes... I saved 4 alphabet for 1 dish.. fuhhh~


Yang pasti sekarang petang-petang di ofis perut saya suka Rocky sebagai kudap-kudapan.


Ok, I save S for this

My all time favorite Salmon~


ok, end...





Eh belum kot... huhuh...

Okay la make it simple since perut saya juga jenis simple. Perut saya memang alergik berkerjasama dengan mata bila nampak

Telur separuh masak


Tempura Udang


Vanilla Cream Puff


Water melon Juice


memang terus rembat je tanpa pikir panjang~



Okay, enuff... enufff....

Post ini sangat menyiksa perut. Rasa Xlarat dah... Nak tido~ Aku nak tidur dan harap dapat rasa jumpa



My Dortor Love, Yamashita Tomohisa aka Yamapi


My Hugging bear, Yuya Tegoshi





My little brother complex, Yamada Ryosuke


My kitty, Yuri Chinen




My little vampire, Yuma Nakayama



omg, after all listkan ikemen ikut alphabet lagi senang....


Zzzzzzz.....


Tag 3 persons- PASS~



Tag yang lain tu...lenkali je la...huhuh

Tuesday, 22 June 2010

Tasha's Cute Quote of The Day 2

Bilik ini sangat sejuk. Selimut ialah tempat paling selesa. Tapi demi tidak mengganggu ketenteraman awam dengan berlakunya reformasi, tunjuk perasaan, berpiket di depan rumah atau ofis aku dek ketidakpuasan hati fans-fans yang dah 5 hari tunggu aku mengapdet blog picisan ini, aku gagahkan diri walaupun terketar-ketar menahan sejuk pada suhu bawah paras beku ini.

Okey, cukup rasalah kepoyoan itu.


Berbalik kepada cerita.

Aku dan makcik tengah meng'clear'kan meja makan dengan cara menghabiskan lauk-lauk yang tinggal untuk mengelakkan pembaziran sekaligus memudahkan kerja pembersihan pinggan. Itu memang kerja rutin kami. Sedang Tasha terkinja-kinja tepi sofa sambil tengok iklan TV. Tiba, KEBABOM.... Tasha jatuh rupanya, tak ada apa-apa yang meletup. Okay, bunyi dia macam pelepek gitu je. Aku dengan sopan, I mean spontan tergelak tengok aksi spontan yang cute itu.

Tapi Tasha tak bangun-bangun dari situ sampailah ayahnya ajak dia tidur. Ibu Tasha cakap, "merajuk kot sebab kita tak tolong dia bangun"

Then ibu Tasha kiss dia n say sorry.

Tapi

Tasha : Adik bukan marah ibu, adik marah kakteh sebab gelakkan adik.

Me : Hah, ada ke kakteh gelakkan? (cuba sembunyikan fakta)

Tasha : Ye la tadi...

Me : Ala sori la...

Tasha : Tak ada sori, tak ada pujuk, tak ada belikan mainan.....

Me : . . . (ada aku sebut pasal mainan ke tadi?huhuhuh)


Then Tasha berlalu masuk bilik.


N



*actually i'm working on AtoZ tag post. but it takes very long time. aku sangat sejuk~

Tuesday, 15 June 2010

Tasha's Cute Quote of The Day 1

Tasha yang merajuk dengan ayahnya

"Adik mengadu dekat isteri ayah...

Ibu.. jangan cakap dengan ayah kalau ibu cakap juga, Tasha suruh semua tokey kedai emas tutup kedai untuk ibu..."

Ibu Tasha terpaksa akur dengan ugutan keras...

Me : (-_-)"

Sunday, 13 June 2010

Kuman Seberang Laut Dah Tentu Tak Nampak


Dah lama tak mobile blogging means da lama juga tak bergambar  guna handphone camera. :-P

Sejak belakangan ni penglihatan aku semakin kabur walaupun dah pakai spek or contact lens. So aku pergi la test mata kat optometris bawah ofis tu.

Aku sangat terkezut rupa-rupanya power mata aku sekarang

Kiri: 400
Kanan: 375

Padahal power spek yang aku pakai

Kiri: 300
Kanan: 275

Naik 100 tu. Power contact lens memang yang selalu aku pakai 275 untuk dua-dua mata.

No wonder la aku selalu sesat sebab salah tengok sign board rupanya. Heheh

Perlu beli contact lens baru or buat spek baru supaya boleh kembali ke jalan yang benar. B-)

*ulasan gambar : ini bukan teknik stalk brader optometris tapi semua gambar yg bergambar  kat situ pun ada dia.huhu

Friday, 11 June 2010

Bila Almari Kasut Kelihatan Seperti Rumah Bidan

As I said before, I never have a pet. But somehow they kept coming to our home. And the favorite port is the shoe cabinet.

Kalau sebelum ni ada cubaan sepasang ayam dua sejoli yang cuba bertelur di atas almari tersebut tapi sempat dihalau oleh aku. But still ayam tersebut berjaya bertelur di kawasan sekitarnya.

Dan baru-baru ni, almari kasut tersebut sekali lagi menjadi tempat kelahiran 3 ekor bayi kucing yang sangat comel. Tahniah~ Ibu kucing sangat sesuka hati layan diri buka dan tutup pintu almari tu buat macam wad bersalin sendiri. Mak sangat meroyan tengok kucing tu beranak atas kasut-kasut dia. Nak buat macam mana mungkin bau-bau kat dalam almari tu sangat familiar dan buatkan kucing tu rasa selesa. Tapi lepas melahirkan mungkin tak tahan dengan bebelan mak, kucing tu mengambil inisiatif sendiri untuk berpindah bersama baby2 nya ke back yard.

Macam tu ok lah lagi. At least emak ada teman masa jemur kain belakang rumah. Emak dalam marah2 selalu je jenguk kucing2 tu. Hehehe~

Somehow last 2 weeks aku balik kampung, seekor anak dia tersepit di antara genting2 atap. Masa aku selamatkan tu, dia jadi sangat kurus dan kesian. Mungkin dah berapa hari terperangkap tapi tak ada siapa yang perasan. Tapi malam tu dia hilang mungkin ibu dia dah amik ntah bawa pergi mana.

Lepas tu aku hanya nampak 2 ekor je anak kucing tu. Sekor yang kesian tu tak jumpa2 dah. Tak tahulah nasib hidup atau mati...



Wednesday, 9 June 2010

Friend's Weddings;

2 hujung minggu berturut-turut aku menghadiri kenduri kahwin member-member. Minggu lepas; 29/5 was my 1st schoolmate wedding, Eyfa Mahfuza just a day after the reunion. Eyfa ni dulu Naib Pengerusi Baiah kat sekolah dulu. Baiah tu macam badan agama la. So, kalau siapa budak perempuan kuat dating selalu la kena jumpa dengan dia kena tazkirah ke hape. Macam aku selalu jugaklah jumpa dia tapi jangan salah faham, aku selalu jumpa dia bukan sebab kuat dating, tapi sebab aku sekelas dan dorm pon sebelah2, terpaksa jumpa la hari-hari.. zzzzzz Tup...tup... dia yang kawen paling awal. Bagus Eyfa... Elakkan maksiat kaedahnya. Tak baik dating2 selalu... Ececece... Apsal aku pulak yang bagi tazkirah. :P



Tapi yang tak bestnya baru snap beberapa gambar, bateri habis daaa...


Ini je gambar yang last. Ex-roomate UTP jadi pengapit~


Terpaksa menumpang kamera orang lain untuk bergambar  atas pelamin orang.




List yang single n available bergambar bersama Puan Eyfa dan suami...




Last weekend, 6 Jun, my 1st office mate, Kak Lyana pulak kawen. Basically yang first masa aku masuk keje la. Yang dah kawen tu sebelum aku keja kt situ tak kira.



Ini 1st time aku pergi kenduri kawen kat KL. Huhuhuh~ Jakun sikit-sikit... Rasa macam tengah tengok Nona segmen perkahwinan pilihan pulak sebab grant dan cantik~




Dan bila tiba saat-saat begini, ada sahajalah pertanyaan-pertanyaan seperti;

"Hanis tak lama lagi kan?"

"Lepas ni Hanis lah pula kan?"

"When's your turn, Hanis?"

"Hanis bila lagi?"

dari mak-mak saudara (mak sendiri pun)... cikgu-cikgu... member-member... bos-bos... eh sorang je bos...

Aku dah setat dengar benda-benda macam ni dari kawen akak lagi.

Somehow aku rasa happy sebab macam semua mendoakan aku. Ecececece... Walaupun calon pun tak ada lagi. :P padahal semua pun nak psyco

Yang pasti photographer dengan tempat honeymoon dah decide sendiri.

zzzzzzz


BTW congratz Eyfa and Kak Lyana~


*tak sabar nak bergambar  & reu @my 1st housemate/collage mate, Anis Atiqah's wedding neswik. Kyaa~

Thursday, 3 June 2010

Sehari Sebuah Lawak 1

Aku memang sedar, hidup aku ni boleh dikatakan setiap hari ada je perkara-perkara lawak yang terjadi disebabkan sisi gelap aku yang sangat sesuai jadi bahan gelakan rakyat jelata. Lebih adil kalau aku kongsi dengan orang ramai supaya kalian juga dapat hiburan-hiburan sampingan. Huhuhuh~

Nak dijadikan cerita kelmarin tanggal 1 Jun 2010, aku yang berazam ingin menjimatkan elektrik di rumah makcik aku telah mengambil inisiatif untuk charge battery handphone di office. Ini pertama kali aku lakukan. Tapi officemates lain memang selalu buat kerja-kerja macam tu. Aku pun nak cucukla ke plug extension yang ada atas meja aku. Extension tu ada dicucuk dengan monitor aku dan monitor member sebelah.

Dan-dan masa aku switch on charger aku satu dentuman kuat berbunyi sekali gus monitor aku dan member sebelah terpadam sendiri. Aku cuak. Bos pun dah bergegas ke tempat aku. dan mula la angkat-angkat meja, tertonggeng celah-celah meja kerusi cabut plug segala. Yang aku berdiri tercegat sambil terkebil-kebil dan pasti hanya tolong tengok je.

Nasib baik monitor tak short circuit sekali. Just extension dengan plug yg dicucuk extension tu 'jer' yang rosak. :P Bos suruh aku test charger aku, tapi aku dah fobia sebab taknak merugikan lagi company dia. So dia suruh aku test kat plug yang tak guna untuk apa2 appliance. Dan charger aku elok je. So, memang charger aku tak bersalah tapi still aku la penyebab short circuit sana sini. Huhuhuh~

Siri lawak tidak berakhir di situ.

Aku mengaku, aku dah dapat gaji Khamis minggu lepas yang dibayar guna cek. Dan dah tentu aku aku depositkan cek tu serta-merta petang tu jugak lepas balik ofis. Sepatutnya 3 hari bekerja dah boleh clear iaitu semalam.

Dan nak dijadikan cerita lagi, aku dapat call dari bank yang bagitau nama yang tertulis depan cek tu lain. Jadi NOR HANIS BINTI ABDULLAH. Wth aku tak perasaan akauntan tu salah tulis nama ayah aku masa dapat cek tu. Sorry sangat En Yahya T_T. Memang lawak agung lah. Ni semua sebab aku nampak nilai total kat cek tu je betul. Lain-lain tak nampak dah. Tak pasal-pasal orang bank tu kena pulangkan semula ceknya.

Dah lah banknya kat Maran, nak pos ke Sri Petaling lagi. Walaupun aku agak berkira nak suruh orang bank tu pos sebab dia akan charge RM1.50, tapi bila dikenangkan aku dah pun merugikan syarikat semalamnya dengan merosakkan plug dan extension, aku redha je lah. Huhuh~

Disebabkan rekod bersih aku sebagai pekerja contoh lagi jujur di syarikat tu, bos dengan lajunya telah menulis cek yang baru kepada aku walaupun cek yang asal tu tak dipulangkan lagi. Huhuhuh~ Tapi still aku.... sedey la sebab tak dapat nak berfoya-foya seperti ofismates yang lain lambat bayar saman. Huhuhuh~

Sekian cerita sisi gelapku...