Kalau sebelum ni ada cubaan sepasang ayam dua sejoli yang cuba bertelur di atas almari tersebut tapi sempat dihalau oleh aku. But still ayam tersebut berjaya bertelur di kawasan sekitarnya.
Dan baru-baru ni, almari kasut tersebut sekali lagi menjadi tempat kelahiran 3 ekor bayi kucing yang sangat comel. Tahniah~ Ibu kucing sangat sesuka hati layan diri buka dan tutup pintu almari tu buat macam wad bersalin sendiri. Mak sangat meroyan tengok kucing tu beranak atas kasut-kasut dia. Nak buat macam mana mungkin bau-bau kat dalam almari tu sangat familiar dan buatkan kucing tu rasa selesa. Tapi lepas melahirkan mungkin tak tahan dengan bebelan mak, kucing tu mengambil inisiatif sendiri untuk berpindah bersama baby2 nya ke back yard.
Macam tu ok lah lagi. At least emak ada teman masa jemur kain belakang rumah. Emak dalam marah2 selalu je jenguk kucing2 tu. Hehehe~
Somehow last 2 weeks aku balik kampung, seekor anak dia tersepit di antara genting2 atap. Masa aku selamatkan tu, dia jadi sangat kurus dan kesian. Mungkin dah berapa hari terperangkap tapi tak ada siapa yang perasan. Tapi malam tu dia hilang mungkin ibu dia dah amik ntah bawa pergi mana.
Lepas tu aku hanya nampak 2 ekor je anak kucing tu. Sekor yang kesian tu tak jumpa2 dah. Tak tahulah nasib hidup atau mati...
seb bek dieorg ade mak angkat yg penyayang cm ko kan.hehe
ReplyDeletekucing comel blom hebat posing maut depan camera :D
ReplyDeleteeee....comelnyer.....gerammm....hehe
ReplyDeletekamil, mane ade... aku mak tiri je laa... aku selalu halau kalau dia nak dekati pintu rumah.. huhuhuh~
ReplyDeletenana, kucing tu sangat naif. belom di'poison' dengan aktiviti camwhore. lepas gambar ketiga tu terus dia lari. sangat takut kat saya. huhuhuh~
ReplyDeletekak lyana, bela la satu. kucing nanti leh kenan, baby mata jadi biru cam kucing, macam kes kat Kuching tu.... hehehe~
ReplyDelete