Iftar Gathering ShahPekan 2000-2004 yang dirancang secara spontan tanpa disangka mendapat sambutan di luar jangkaan. Okay, ye iftar. Kutuklah aku yang pemalas. Dah nak abes raya baru nak update. HuhuhuH~ Ini, reunion yang kedua terbesar yang pernah aku hadiri selepas reunion bermalam di pantai balok nan indah permai yang menyeronokkan + konvoi walimatulurus schoolmate kami Eyfa, yang alim lagi cun itu.
Tak sangka, kerana status facebook aku yang topiknya berkaitan dengan errrr ibu mengandung, tiba-tiba membawa kepada kesepakatan untuk mengadakan perjumpaan member-meber lama. Huhuh~ Seperti biasa, aku support je.
Since, cadangan dilaku secara spontan iaitu hari selasa, 30/8, nak reu nya 4/9, aku expect tak ramai la yang sanggup datang. Ramai juga yang dah balik kampung nak raya maklumlah dah akhir2 ramadan.
Lokasi - R&R Awan Besar. Kenapa R&R? Haaa... Soalan paling popular yang selalu sangat dipersoal. Aku pun mula-mula nak persoalkan juga, tapi disebabkan R&R Awan Besar tu 2km je dari rumah makcik aku kat Bukit Jalil yang aku menumpang selama ni, so aku hanya sokong 100%. Tapi, aku tak pernah reveal alasan aku, sehingga sekarang di blog ini sebab jelas-jelas pemilihan lokasi nampak bias pada aku sebab mula-mula kami nak pilih tempat yang tengah2 dengan semua orang means sama jauh la dari tempat tinggal peserta lain. Tak sangka pulak tempat yang tengah2 itu dekat pulak dengan tempat tinggal aku. Aku buat diam je la. Hehehe~
Okay, teruskan dengan laporan bergambar. Huda yang dipaksa oleh aku untuk join reunion telah memaksa orang kampung yang juga pernah satu dorm dengan aku selama dua tahun berturut-turut, Masyitah untuk turut serta. Aku yang memenuhi rutin yang sememangnya menghabiskan setiap hujung minggu di Kampung Sentosa, Maran sekali lagi bertindak sebagai teksi sapu memdrive sekali Masyitah yang aku amik dia kat stesen bas Temerloh. Merasa dipandang serong oleh Mak, sebab tak pernah-pernah pakai baju kurung tetiba pakai pulak. :P So, dalam perjalanan lebih kurang 2 jam ke KL kitorang dah setat la kupaskan
Mayitah & me. Ahli Hilton 10 tahun 2000-2001. Yeah~
Ahli kedua yang sampai, Huda aku amik kat train Seri Petaling. Sementara tunggu peserta perempuan terakhir, Sahidah yang lama bebeno nak sampai, sempat bergambar .
Sesampai je dah nampak sekumpulan jejaka-jejaka
Awal-awal pertemuan, semua macam kaget je. Yelah ada yang dah 6 tahun tak jumpa. Berdebar-debar pun ada. Hehehe~
Dah kenyang melantak, kitorang pun menunaikan solat Maghrib dekat surau R&R.
Tak sah reunion kalau tak bergambar kat cermin. Ini versi suci sebab dalam surau. Biasa kat toilet. ekekeke~
Kitorang sambung bergambar kat tepian tangga secara berjemaah.
Subhan
Khir
Safiee
Ab Jalal
Azhar
Rahman Nurahim
Kamil
Farid
Zulfadhli
Hanif
Najmie
Masyitah
Huda
Hanis
Shida
Fariruddin
Azlan
Rahman Rahim
Hakimin
Firdaus
Membe Azhar
Errr... Geng Bukan Baiah.
Lepas puas bergambar , kami sambung lagi melantak. Tapi aku teruskan perkhidmatan prebet sapu sebab penumpang tak nak balik lambat sangat. Ada curfew katanya.
Secara keseluruhan, aku rasa berpuas hati dengan reunion kali ni. Ada orang kesah?
Tapi apa aku nak cakap, memang rugi la korang yang tak datang. Sebab kitorang makan free~ Hahahah~ Terima kasih sangat kat Hamba Allah yang kirim duit untuk belanja tu. Semoga Allah murahkan rezeki dan panjangkan umur mereka. Amiin~
Aku berharap selepas ini, lebih ramai yang dapat join. Kenangan itu dah lama tinggalkan kita. Tapi persahabatan kita akan kekal selamanya~
Arashi - To Be Free
We admired the flowing clouds
Nothing at all obstructing them
The colors of the sky we engraved in our memories
Are like that day and we hope it won't change
(Where should we go? To a place we haven't seen yet)
Time won't stop Reach out your hand
We started running even though we were thirsty
Because we realized we wouldn't let our hearts be deceived
Without enhancing anything, just as we are
Simply going where the wind takes us, to be free
We laughed together in the sunlight
Our innocent voices are resounding even now
An overflowing amount of wishes that face tomorrow
Hoping they will shine, hoping they won't change
(You're not alone, so wipe your tears)
I think you'll realize what's important
We painted dreams even though we'd become transparent
Because we'll shine brighter than the unfaltering sun
Even leaving our sweat as it is
Simply searching for the light, to be free
Unable to look over our shoulders
We ran through to the end
Repeatedly going up and down, yeah
Those times were sometimes sweet, sometimes bittersweet
We started running even though we were thirsty
Because we realized we wouldn't let our hearts be deceived
Without enhancing anything, just as we are, to be free
We painted dreams even though we'd become transparent
Because we'll shine brighter than the unfaltering sun
Even leaving our sweat as it is
We started running even though we were thirsty
Because we realized we wouldn't let our hearts be deceived
Without enhancing anything, just as we are
Simply going where the wind takes us, to be free
To be free
To be free
p.s : just in the mood of it. ^_^