Sunday, 19 September 2010

Restoran Cantik, Makanan Sedap, Tapi Ada....

Hari Malaysia memang memberi erti dan kesan pada rakyat Malaysia termasuk aku kerana telah diumumkan sebagai cuti umum bermula tahun ini. Yeah~

Since cuti 16 September tahun ni jatuh pada hari khamis, aku berpeluanglah merasa cuti di KL sebab biasanya weekends memanglah aku pulang ke kampung halaman.

Rupa-rupanya langit tak selalunya cerah. Niat nak jalan-jalan cari makan. Tapi banyak pulak restoran yang still lagi cuti raya. Aih... Last-last jumpalah satu restoran yang cambes di tengah-tengah ibukota.

Suasana luar dan dalam restoran tu memang cantik dan cozy~



Konsep ala English style kaedahnya.




Apa yang kitorang makan?


My friend - Pineapple Fried Rice

Fancy kan?


Mine- Spicy Seafood Olio Spaghetti


Rasanya memang sedap ditambah lagi dengan suasana romantik di restoran cantik yang ada kitorang je customer kat situ. Hahaha~

Tapi malangnya suasana bahagia itu sekejapnya sebab aku terjumpa benda yang paling taknak jumpa dalam spageti yang dah separuh pinggan aku makan iaitu LALAT! TIDAKK!!!!

Spoil.. Spoil.. mood romantikku...

Lepas complaint, waiter tu pon buatlah yang baru untuk aku. Sementara tukang masak tu masak yang baru, aku sempatlah kena ceramah ngn member aku tu. Seperti, "Hah, tu la. Nak sangat makan kat tempat pelik2. Lain kali kali tengok ada orang ramai kat gerai tepi jalan kita berenti je"

T_T

Aku yang dah down tak nak dah makan spageti yang baru waiter tu bawa walaupun dah dipaksa member supaya mengelak pembaziran. Tapi sebab aku dah mengalami trauma, aku pun sangat prejudis terhadap spageti tu takut ada lagi makhluk2 asing.

Mungkin terdengar argument kitorang, waiter tu bagi kitorang chocolate brownies for free.



Aku tibai je la brownies tu. Last2 member aku yang makan spageti tu.

Betul, kadang2 benda macam ni memang berlaku. Tapi still aku rasa terkilan dengan restoran tu yang cantik dari luar, agak popular sebab ada banyak company, artist buat event kat situ. Harga pun agak boleh tahan, tapi kebersihan kat dapur? Teng.. teng.. teng... Mungkin nasib tak menyebelahi aku.

Bukan nak burukkan restoran ni since aku pun tak bagitau nama restoran ni kan. Tapi yang pasti aku banned la restoran ni.


Last-last aku yang tak puas hati dan perut, singgah pula kat Nasi Lemak Kampung Baru 50sen yang dah jadi 70sen.

Lagi sweet, sebab ada 2 orang bro yang busking betul-betul depan aku. Okay, aku yang duduk kat meja yang betul-betul depan diorang.






Mungkin kerana trauma dan selepas diceramah, jangan terkejut kalau aku review makanan mapley dan r&r. zzzzzzz

12 comments:

  1. uit..terkejut gak aku tgk~ sebab owner restoren tuh kenalan aku jugak..

    ReplyDelete
  2. nana penah kene gak camnih.makanan tinggal dua,tiga sudu jumpa LALAT.ewww~ kembang kembang tekak.even dorang bagi yang baru plus makanan siap melimpah ruah still tak lalu nak makan dah.
    * restaurant kene take note laa bab bab kebersihan ni kan..

    ReplyDelete
  3. @oYaMa

    ye r.. aku penah tgk kt blog ko ritu. korg mkn kt sini kn.

    haa... sila complaint kt member ko tu.. ritu waiter dia je yg minta maaf. aku malas la nak meroyan sgt. nnt ilang keayuan aku sebagai gadis melayu sejati. :P tp aku just kutuk kt blog je r.. huhuh~

    ReplyDelete
  4. @♥ nana i am ♥

    setuju sangat~ kita as customer mesti la expect yg terbaikkan. bila menda macam ni jadi. memang la lagi terkejut daripada beruk. huhuh~

    ReplyDelete
  5. rest ni kat mana erk...mcm pnh tgk....adakah ia kat jln yap kwan seng dan bermula dgn huruf S? hehe...

    ReplyDelete
  6. kak @ELLY

    tidak syak lagi~

    jgn gtau org len. hehehe~

    ReplyDelete
  7. boring ar blog nih!

    ReplyDelete
  8. macam x puas aje makan nasi goreng tue.....
    ish..ish...
    nasi lemak juga mampu menawan perut kan..kan....
    terbaikla..

    ReplyDelete
  9. k lah tu,lalat je. kalu kena benda2 lain mcm mn? like ba alif ba yeee. !!!! amcm ?

    ReplyDelete
  10. ade gak gambar aku kt snie haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana 1? Yg main gitar tu ke yg dlm nenas tu? :-P

      Delete
  11. salam,
    i nak tau nama restoran ni boleh tak? maybe boleh PM me through fb?http://www.facebook.com/mianazatulsukma :)

    ReplyDelete