Hi, I'm back from hiatus~ Okay, memang pun aku update macam sekali seminggu je. Tak dapat nak beza hiatus ke tidak. Tapi keadaan perutku semakin stabil. Cuba sekarang aku kurangkanlah hobi suka bersosial dan berkenalan dengan makanan-makanan baru atau pelik-pelik supaya perutku tidak lagi terkena kejutan budaya. At least dalam masa terdekat ni.
And finally, seperti yang ditunggu-tunggu oleh para peminat semua, gambar konvokesyen yang penuh kontroversi aku released~ Yeay~ Ok, aku dengar bunyi burung gagak tu...
Tanggal 17 Oktober 2010 maka lengkaplah kalendar hidupku sebagai manusia normal yang hidup di alaf ke 21 menghadiahkan segulung ijazah kepada ibubapaku. Yeah, I meant it.
Dan aku juga tak lepaskan peluang menggunakan peluang ini untuk berjumpa semula dengan kawan-kawan yang dah 10 bulan tak jumpa. Tapi apa yang disangka taklah semuanya menjadi. Disebabkan aku pun datang ke Perak hari Sabtu sebelumnya tu, dengan famili. So, tak sempat nak hangout dengan member2. Dah tu, masa konvo tu pula, semua pun banyak spend time dengan family & nak rush juga. So, tak sempat sangat nak bertegur sapa. Apa lagi bergambar bersama. Huhuh~
Okay, cepat-cepat layan koleksi bergambar tak seberapa.

We were hoping
Tun yang bagi scroll, tapi memang tak adalah. Yang ada just, pro chancelor iaitu CEO Petronas yang baru, Datuk Shamsul Azhar Abbas diiringi
Datuk Z jer.

After the ceromony with
Encik Yahya &
Puan Wan Abzan; merasa bergambar dalam chancellor hall sebelum dihalau sebab Chancellor Award je yang boleh stay dalam tu bergambar dengan press atas stage kat belakang tu. Hahaha~

Lil bro dah tunggu kat luar dengan jambangan bunga Daisy kot. Ye, serius aku tak paksa dia beli bunga ni. Aku just paksa dia beli bunga lily je tapi tak layan kot... zzzz
With friends yang sempat bergambar bersama.
Saa. Bff comolot harapan bangsa. Dialah teman gelak, teman argue, kaunter aduan, peminjam esemen,
penyelamat dunia.
Oyenk babe,
anak angkat mak ayah aku

Dayah Kassim, salah satu Hidayah dalam hidup aku, kebetulan dia je geng yang dok dekat2 masa q. Huhuhuh~

Another Hidayah, ex-roomate juga
ex-shahian juga,
Dayah Hassan with Fatimah & friends.
Sorang lagi roomate yang juga Hidayah tak sempat nak bergambar iaitu
Dayah Awal. Huhuh~ Takpe...takpe... Januari tahun depan kita bergambar puas-puas. Errr... lambat lagi kot. zzzzz

Ex-housemate - Sabreena

Iklan Skor A. Bukan. Shahpekan 2000-2004, Hafiz & Pamie. Nak juga. :P

Bersama penyelamat dunia,
Bob.

Haa... korang mesti nak tengok apa yang terkandung dalam scroll aku ni kan? CGPA ke kelas ke berapa. Eksklusif aku bagi tengok kat norhanis.com je.
Jeng.. jeng... jeng....

Memang tak ada apa-apa. Scroll kosong semata-mata. Sebab degree cert dengan full transcript kena ambil 18hb iaitu esoknya selepas konvo. Memang aku tak pergi amik la sebab petang tu kan aku terus nak balik berkejar nak tengok konvo
Tasha pula sebelah malamnya. So aku dah merasuah Saa untuk tolong ambilkan transkrip aku. Mungkin dalam minggu ni kami aku hangout dan berfoya-foya. Aku pun tak sabar sebab setiap hari bos tanya kot bila nak register board. Huhuh~
Okay, cerita konvo belum habis lagi. Since aku nak balik cepat-cepat dan laju-laju, aku pun nak pulangkan terus robe dan mortar board kepada pihak berkenaan. Sepatutnya mengikut website konvo dan surat jemputan konvo menyatakan yang kitorang dah boleh setat pulangkan robe pukul 2.30petang sampai seminggu selepas konvo. So, ramailah yang dah beratur kat luar pintu bilik robe tu pukul 2.30 petang. Tapi dah 5 minit, 10 minit, tak muncul-muncul pun staf yang bertugas. Siapa entah, dah tentu aku tak kenal. Dah 15 minit tunggu, hati dan ketiak pun dah jadi panas.

Tiba-tiba perasaan yang dah 10 bulan aku tak alami tetiba muncul semula iaitu perasaan rasa nak mencarut kat UTP. Aku macam, management UTP kalau tak suck sekali memang tak sah ke? Tak lama pastu ada sorang kakak ni datang sambil sibuk dengan henfon mendail ke sana sini, n cakap, "Sorilah adik, kitorang tak cukup staf, yang incharge robe ni pun busy dengan nak handle session konvo sekarang." Aku macam !@#$%^&*.... Tak masuk akal langsung. Harap nama je gah, bangunan je canggih tesergam indah tapi management memang hampeh. Aku sure semua student UTP or ex-student tak akan tak setuju dengan aku. Okay, malas nak tambahkan dosa carutan aku lagi. Terpaksalah aku menghubungi penyelamat dunia, Saa, nak minta tolong pulangkan robe aku juga. Huhuh~ Rasa sedih sebab tak nak dah menyusahkan orang lain tapi terpaksa juga. Terasa sangat loser. Huhuh~
Okay, enough~
Berakhirlah sebuah episod. Next, enjoy life & tunggu je kot. Tunggu orang masuk meminang. zzzz
p.s : regarding the title, bukan bermaksud akan ada 2nd degree, advance diploma, master or phd. Tak ada plan lagi buat masa ni. Just sebenarnya nak post gambar graduation masa tadika demi nak lawan
Tasha punya graduation siapa lagi comel. zzzzzz Tapi tak jumpa pula gambar-gambar tu sorok kat mana. :P