Saturday, 16 October 2010

Weekend Yang Dinanti~

Hujung minggu ni atau lebih spesifik, Ahad 17 Oktober 2010, ialah hari yang dinanti-nanti kerana akhirnya hari konvokesyenku tiba. Yeah~

Sangat excited sejak sebulan yang lalu. Lol. Since dah 10 bulan habis belajar baru nak konvo. Bak status facebookku beberapa bulan lalu - kalau mengandung ni, dah beranak abes pantang baru nak konvo. Huhuh~ Okaylah kot daripada tak ada langsung.

Ah, sangat excited untuk melihat senyuman rakan-rakan yang dirindui!!

Errr... selain merindui Nasi Lemak Kukus Al-Quds


Minute Steak Zolaris


dan Megi Goreng Ameeth


semuanya di Universiti kesayanganku University of Toronto Universiti Teknologi Petronas atau kawasan berhampiran.

Tapi tak tahulah terealisasi ke tak. Sebab dah sampai Perak pukul 3 petang tadi. Mak menang dalam persaingan memilih tempat makan dan kitorang makan kat Mee Rebus Ramli. T_T



Perut pun dah kenyang. Nasi Lemak kukus memang tak ada harapan. Paling2 pun yang ada harapan mapley Ameeth, itu pun kalau lapar lagi dan berjaya pengaruhi lil bro untuk teman sekali. Huhuh~

Ops, sebelum tu terima kasih sangat-sangat kat schoolmate merangkap collage-mate, Bob
yang sudi tolong amikkan robe aku dan delivery terus ke Mee Rebus Ramli ditemani oleh Hafiz

Tak lupa mak Tasha yang bersusah payah jahit manik last minute kat baju aku walaupun berkali-kali aku cakap tak perlulah sebab takut tak sempat. :P Pagi tadi baru siap jahit. Giri-giri.


Cantik~ Nasib baik lengan robe ni singkat sikit dan menampakkan hasil titik peluh mak Tasha. Berbalaoi bersengkang mata. Huhuh~



BONUS~

Tasha's Graduation juga pada 17 Oktober jam 7 malam. Ini lebih menarik dan ditunggu2.

First sebab Tasha akan bagi speech dalam bahasa Mandarin.

Second, Tasha akan menari medley lagu Sorry, sorry by Super Junior, Nobody by Wondergirls & Poker Face by Lady Gaga. Haaa... jauh lebih menarik daripada konvokesyen aku rasanya. Hahaha~

Aku dah siap beli tripod nak record performance dia. Mesti korang pun lebih excited nak tunggu update pasal graduation Tasha berbanding Graduation aku kan? Sebab aku pun camtu. zzzzzz

p.s : megi goreng Ameeth checked~ @10.15pm


thanks lil bro~

7 comments:

  1. congratulations on your graduation hanis..
    sekarang nana baru nak menyesal nape tak jadi mintak tolong kat hanis je haritu T___T
    ehh, manik kat baju tu macam comel.oke excited nak tengok both of you ;) tolong hapdate cepat cepat.hehe.

    ReplyDelete
  2. Daripada banyak2 makanan , saya paling tergoda dengan megi goreng tu aahh telur sunny side up itu sangat menggoda..

    ReplyDelete
  3. i demand tasha dancing video

    pls upload later

    ReplyDelete
  4. @♥ nana i am ♥

    thanks~
    tp xnampak pon cik abang awak ritu. huhuh~

    akan berusaha update secepat mungkin~

    ReplyDelete
  5. @almutarjimah

    kan... telur cair goyang2 memang menggugat iman~

    ReplyDelete
  6. @Faiz Rev

    pasni terpaksa jadi fanboy tasha.. keh..keh..

    ReplyDelete
  7. owh tak nampak ekk die haritu.time amik scroll die bukan dekat dekat ngn hanis ke?die berdating dgn 'bff' die kot =P

    i'm waiting for that~ ^_^

    ReplyDelete