Monday, 19 December 2011

Winter Vacation : Seoul - Day 7 &Finale : Shopping~

Annyong~

Akhirnya dah sampai post yang terakhir. Oh ye nak wrap-up sikit pasal post-post sebelum ni. 

Untuk checklist barang yang nak bawa~ 

Untuk tips persiapan percutian musim sejuk-

Hari ke-2 - Insadong & CoEx

Hari ke-3 - Seharian di amusement park - LOTTE WORLD~

Hari ke 4 - Field trip ke Universiti Seoul yang cantik & lorong-lorong berahi

Hari ke-5 - Nami Island

Hari ke 6 - Changdeokgung Palace, Cheonggyecheon & Myeongdong


Dan pada hari kedua terakhir kami teruskan misi shopping ke Namdaemun & sekali lagi Myeongdong. lol

Namdaemun ni ialah tempat wajib shopping. Sebab sinilah tempat murah-murah nak beli ole-ole nak bawa balik Malaysia.





Namdaemun Market - kalau dekat street ni macam mahal sikit barang-barang dia. Kalau nak yang murah sikit, haaa...ikut Sarini kat mana.



Alamak, singgah kedai kamera dulu la..

Klik untuk baca sepenuhnya

Saturday, 17 December 2011

Winter Vacation : Seoul - Day 6 ; Changdeokgung Palace, Cheonggyecheon & Myeongdong

Annyong~

Perancangan asal ialah menghabiskan semua baki cerita di dalam 1 post. Tapi tiba-tiba rasa banyak sangatlah pula gambar ni. Jadi, ini post yang kedua terakhir la kot.
Pada hari ke-6, Sarini bawa kami pergi brunch dekat restoran Bonjuk porridge yang pernah menjadi lokasi pengambaran cerita 'Boys Over Flowers'. Alaa.. tempat Guem Jan Di kerja part time tu. Errr..siapa yang layan cerita tu tahu la kot. Masa hari ke-4 dulu kitorang tengok dari luar je sementara tunggu bas. Kali dapat makan. Yeay~

So, kepada peminat Lee Minho & Boys over Flowers umumnya, please enjoy the pics. Ngahahaha~


Yam & Dayah

Me & Sarini



Tuna Porridge

Monday, 12 December 2011

Winter Vacation : Seoul - Day 5 ; Nami Island

Annyong~ 

Ok, kenapa baru sekarang nak update kisah 11 bulan lalu? Sebab nak cukupkan syarat, asal update. Sebab tadi ada peminat kawan tanya bila nak update blog. Sebab memang nak abadikan memori dekat tempat yang tak akan misplace kot. Sebab ramai juga tanya pasal tips bercuti ke Korea. Dan sebab sekarang dah WINTER...yeay~ Mari berangan!!!

Malam yang selepas field trip ke universiti Sarini tu, kami sempatlah menyediakan bekal nak picnic konon-kononnya di Pulau Nami. Walaupun sebenarnya Sarini aje yang buat. orang lain tolong belajar daripada pemerhatian sambil memberi sokongan moral.

Rupa-rupanya Pulau Nami ni pulau dekat sungai Han. Ingatkan dekat laut macam Pulau Jeju tu. Hahaha~
Ianya menjadi tarikan pelancong yang terkenal sejak drama Winter Sonata yang meletup-letup kira-kira 10 tahun dulu buat pengambaran kat situ...

Sekarang blogger dah ada feature baru kan. Kalau klik kat gambar, nanti akan pop-up gambar tu. Pastu boleh tekan next je untuk tengok gambar seterusnya. Alaa... Macam facebook lah pendek cerita.

So, enjoy the pics~

Sarini in pyjamas in action~

Oh sebelum tu, hari ke-5 ni lebih istimewa sebab ada ahli baru iaitu Dalila~ Housemate Sarini~ Yeay~


Untuk sampai ke Pulau Nami dari rumah sewa Sarini, kami perlu menaiki beberapa jenis kenderaan awam.




1 - Subway
Me, Dalila & Dayah

2- Bas
Mariam, me & Sarini


3- Teksi


4- Jalan kaki


Sempat usha stesen minyak dia. Harga petrol 1 liter = 1859won. Lebih kurang RM5 lebih kalu convert.

Back to basic - Jagung bakar & Kentang madu bakar~


Sampai jeti terus nampak makanan. As expected...



Thursday, 1 December 2011

Snippet : Autumn Vacation 2011 Nippon Yokoso!

19-28 Nov 2011
Day 1- Nagasaki Thanksgiving Matsuri

Day 2 - Roti Canai & Teh Tarik di Nagasaki

Day 3 - Joget lambak sambil menyamar sebagai pelajar sekolah menengah rendah~

Day 4- Changing leaves ; Daizaifu Shrine


Day 5 - Purikura di Fukuoka JR Hakata Station

Day 6 : Asobo ; USJ Osaka

Day 7 : Osaka Jou

Day 8 : Tokyo Tower

Day 9 : Kaiten Sushi @ Namba Walk, Osaka

Day 10 : Sayounara!


Tanoshikatta desu~

Full report, soro-soro ne~

Tuesday, 1 November 2011

Snippet : Backpacking Jakarta 2011

Another reunion, maybe....








Berusaha menghabiskan semua travelog sebelum pergi.... Haaa... takleh gtau lagi.

Buletin SHAHPEKAN 00-04 : Edisi Iftar Ramadhan 1432H

Dan sekali lagi penulis membiarkan blog ini bersawang tanpa sebarang update selama sebulan. Alasan demi alasan diberikan kepada diri sendiri. Seperti berjuang dengan dengan mental sendiri, malam ini penulis gagahkan juga mata & jari-jemari menulis entri ini walaupun sejak 16 Ogos 2011 lagi dah terperap dalam Draft. Kadang-kadang ada juga jenguk blog sendiri, manalah tau tetiba ada surprise blog yang bersawang dikemaskini seperti mana bilik penulis yang bersawang dikemas oleh sahabat yang selalu bersantai di rumah penulis minggu lepas. >_< malu~ Tapi memang mustahil la...

 Okey, back to topic. Walaupun sudah lebih 2 bulan berlalu iftar tahunan ni, bukan kata raya puasa, dah nak raya haji dah pun. Well, at least bukan Ramadhan tahun depan. Hahahah... Okay, dah habis positif la tu kononnya. Penulis nak sampaikan sebenarnya, walaupun dah lebih 2 bulan berlalu aktiviti ini, tapi ianya masih segar dalam ingatan penulis. Ye lah, memori 10 tahun lepas pun kita tak dapat lupakan, ini pula baru 2 bulan berlalu. Walaupun ianya pertemuan singkat tapi manis.

Seperti biasa sebelum membuat keputusan apa, di mana, bila aktiviti Alumni ShahPekan 2000-2004 diadakan, kita akan bermusyawarah dahulu. Dan sebulat suara bersetuju mengadakan Iftar edisi 1432H pada

Jumaat, 12 Ogos 2011 bertempat di Saujana Impian Golf & Country Club, Kajang

Haaa... upgrade kot dari iftar tahun lepas. Well... kat mana-mana pun terbaik, asalkan matlamat tercapai.

Jadi, penulis seperti biasa bertindak sebagai teksi sapu. Mengikut perancangan awal, Alia & Masyitah bersetuju nak pergi sama-sama ke Kajang. Tapi kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Nak dijadikan cerita hujan rahmat tersangatlah lebat petang tu. Masyitah yang dah balik awal dari ofis di Sentul dah sebab nak join reunion, terpaksa juga batalkan rancangan sebab terperangkap dalam hujan. Tak boleh nak pergi train station, sbb kitorang janji nak meet-up kat lrt Sri Petaling. Nasib baik Alia berjaya meredah segala onak & duri untuk sampai ke LRT Sri Petaling. Maka dalam pukul 6 petang macam tu, kami pun bertolak la dalam CLK penulis. Nak dipanjangkan cerita, trafik sangat...sangat...sangat.... jammmmm.... Bilanya KL tak jam haaa????? Nasib baik puasa. Bolehlah bersabar. Ececece~ Cikgu Najibah yang dah sampai awal-awal, dah siap mengugut kitorang nih alamatnya akan berbuka dalam kereta & pukul 10 malam baru smpai Kajang sebab pukul 6.30pm masih lagi kat Mines. Tidaaaaak~

Tapi memang taklah sampai pukul 10 malam. Kitorang sampai tepat2 azan Maghrib. Alhamdulillah. So, jamahlah apa yang patut. Then, agak-agak 15 minit lepas tu Cik Sarini pun sampai. Woi, kitorang reu 4 orang je ke? Memanglah tak sebab 4 orang je perempuan yang datang. Budak2 laki memang dah lama dah sampai~

Next, tak yah cite panjang, kitorang memang melantak2 berkonsep buffet, gosip2 cerita-cerita, bergambar2

lepas maghrib, sempat lagi anak2 dara nih~



Lepas maghrib, harus hukumnya sambung makan balik

Well, Jalal memang boleh dapat anugerah ahli paling bersemangat 1ShahPekan~

Geng oksigen~


Geng Surau. zzzzzzzzzz 
Nak cakap Alia tu. :P


Kapten wooo


Memang respect Cikgu Sunoy sebab still datang walaupun tangan berbedung.


Elee...buat-buat jakun


Reu 1 Jasa~


Reu 1 Jasa lagi~


Dan ini ahli yang hadir. Wajib bergambar di tangga kaedahnya;

Dari Kiri:

Sarini
Najibah
Zulfadli
Azhar
Safiee
Fadzil
Aizat Anuar
Hanis
Alia
Amizi
Syazwan
Farhan
Firdaus Yazid
Jalal
Firdaus Abd Rahman
Hanif
Lokman
Rahman Norahim
Kusyairi
Idham~

Oh, tak lupa tiada dalam gambar Arif Akmal yang pulang awal.

Sekali lagi penulis nak kabor ni, memang rugi r korang yang tak g.... Ada orang belanja weeeiiiii...... Sedaknye..... Alhamdulillah~ Semoga Allah panjangkan umur & murahkan rezeki. Terima kasih kepada hamba Allah identiti dirahsiakan yang pemurah itu.

Tahniah kepada muka-muka baru yang sudi hadir, juga syabas kepada muka lama yang istiqomah memeriahkan reunion kita kali ini.

Next aktiviti, telah pun diputuskan malah dah terlaksana pun iaitu Potluck Raya Gathering pada 25 September lepas. Malangnya penulis tidak dapat menghadirkan diri kerana komitmen dengan keluarga. Walau bagaimana pun dengar cerita, aktiviti tersebut seperti biasa berjaya & sangat meriah.


Rindu~
Alia~

Najibah~

Sarini~

Kalau tahun lepas penulis, tinggal dengan lirik lagu Arashi - To Be Free. Kali ni penulis tinggalkan pula dengan video lagu favorite koi pasal kita~

Enjoy~

Friday, 23 September 2011

Halal Supersized Burger in Kuala Lumpur : German Deli Imbiss, Ampang Jaya

Hari ini merupakan hari kolestrol sedunia bagi daku~

Dah lama sebenarnya daku usha restoran ini melalui fanpage Facebook, tapi baru dinner tadi berkesempatan makan di situ. Basically menu makanan di restoran ni berkonsepkan makanan barat terutama burger & sausage. Macam biasa je bunyinyakan? Kelainan burger & sausage di sini, selain saiznya yang luar biasa besar, ramuan daging burger & sausage di sini di buat sendiri oleh chef mereka. Kiranya tak boleh la didapati di mana2 pasar raya atau kedai runcit...

Kali ini daku date dengan Najibah. Kalau sebelum ni Najibah yang rekemen kedai makanan cina dekat Kampung Pandan, kali ni aku pulak yang suggest makan kat sini.



Kitorang makan kat bahagian luar sebab masa tu ramai sangat jejaki, segan pulak la anak2 dara nak melantak macam pak lahap. Padahal dah duduk kat luar lagi la ramai orang lalu lalang. huhuh~

Buat kunjungan yang pertama ni, kami nak try la menu paling special di sini iaitu Megaton 500 Wiggy. Ya, burger terbesar pernah aku lihat. Berat daging patty nya saje dah 500gram. Fuuu

Watak utama - MEGATON 500 WIGGY ftw - RM16.50


Daku add on fries & air coke - RM3
Fries dia macam McD punya kalau letak McShaker tu




Najibah dengan Megaton beliau

Daku beraksi bersama Megaton

Nat buat-buat beraksi
Rasa burger dia memang terbaik pernah aku rasa. Jus daging dia sangat manis & segar. Walaupun dagingnya teramatlah tebal, tapi ianya sedang elok je masak, tak terlebih atau terkurang masak. Sangat lembut & juicy. Tapi yg kureng sket, kengkadang rasa agak masin.
.
.
.
.
.
.

1 jam kemudian....


Cikgu Najibah mengaku kalah..

....sementara daku....

Naturally, makan megaton seperti 'sepotong kek' LOL

Well, apa lagi kawan-kawan, ada berani tak nak challenge 1/2kg supersized burger. :P

Tapi don't worry bagi yang diet atau tak makan seperti pak lamat macam daku, ada banyak je menu yang bersaiz normal. Usha-usha meja sebelah steak, hotdog & beef noodle pon macam besh jugak.


Bagi yang teringin challenge burger & hotdog kat sini boleh la ikut map kat bawah nih. Senang je nak cari tempat nih. Betul2 dalam Petronas Ampang Jaya. Belakang McDonalds. Pendek kata satu bangunan dengan Aeon Maxvalu~


Sementara tu silalah usha menu-menu lain kat FANPAGE GERMAN DELI IMBISS nih~

Kredit gambar kedai & map juga untuk fanpage GermanDeli Imbiss.

*kenyang perut, tak boleh tidur. zzzzz

My 2nd Visit - German Deli Imbiss : Another Attempt 






GERMAN DELI IMBISS : 2ND VISIT