Friday, 28 January 2011

Winter Vacation : Seoul - Preparation & Departure Day

Yeah~ Here we go. Finally the full report. Baru betul nak buat travel log. Setakat Snippet ada gambar 2,3 keping, macam melepaskan batuk di ekskulator je... Huhuh~

Sebagai seorang gadis miskin yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bercuti ke luar negara dengan menggunakan duit poket sendiri adalah satu angan-angan yang sangat tinggi. Tapi segalanya berubah, tatkala aku blogwalking ternampak iklan Nuffnang AirAsia destinasi baru ke Icheon, Seoul dengan harga RM99 sehala. Kyaaa~ Kalau naik bas pergi balik ke Kelantan pun tak semurah tu... Aku pun terus teringatkan ex-roomate juga K-Pop fangirl kat UTP, Dayah Minho & juga ex-schoolmate comolot, Sarini Pastels yang belajar kat Korea. Sejurus dapat tahu mereka juga available, laju-laju aku book ticket.

The ticket

AirAsia X
LCCT -> Incheon - 1.55pm, 15 Jan 2011
Icheon -> LCCT - 11.20pm, 22 Jan 2011

Harga tiket pergi balik - RM448

Termasuk tax segala insuran, lain charge adalah dalam RM600 lebih.

Tapi harus diingat, aku book tu ialah pada hari pertama promosi AirAsia launch destinasi baru Korea iaitu pada bulan Ogos 2010. Amik ko ada masa 6 bulan untuk mengikat perut.

Tips : sentiasalah alert bila AirAsia buat promotion. Kalau ada rezeki boleh dapat yang murah gila. Tapi still kalau beli harga biasa bukan promosi, separuh harga tiket Mas atau Korean Air kot.

Semua orang boleh terbang~
Ececece~

Pakaian

Disebabkan kami pergi musim sejuk, suhu boleh mencapai -20 deg C, perlingungan maksimum sangat penting. Kalau tak boleh jatuh sakit kot.

Alhamdullilah sepanjang kat sana kitorang sihat sejahtera sahaja. Cuma kalau air hidung meleleh tanpa disedari itu adalah perkara biasa. Ekekeke~

Rahsianya, bukan rahsia sangatlah semua orang pun kena pakai 4 lapis pakaian.

1st layer - long john. Long john ni ialah sejenis pakaian dalam ketat yang diperbuat daripada kapas. Aku beli saiz L kanak-kanak sebab murah sket kat Universal Traveler. Memang muat kot. Harga dalam RM100. Long John yang aku beli tu sekali dengan seluar atau legging. Warna sama je baju dengan seluar. Kalau pakai tu je memang huduh gila. Dekat Uniqlo pun ada jual heat tech punya thermal wear harga RM49. Beli 1 pasang je cukup sebab kat Seoul memang murah gila-gila thermal wear. Jual lambak je.


2nd Layer - tshirt biasa. Tak payah yang over-over sangat sebab bukan nampak pun dalam gambar nanti.

3rd Layer - Sweater / Fleece Jacket. Yang aku punya fleece beli kat Uniqlo harga promosi RM79. Memang tak sejuk~

4th Layer - Winter Coat. Aku beli kat Universal Traveler punya warehouse sale kat Times Square masa Bonanza RM2.  jumpa je aku. RM99 je.

Memang perfect punya protection. Boleh berpeluh kot walaupun dalam salji.

Muffler - Sangat penting sebab mulut & hidung nanti sangat sejuk

Glove - Aku rekemen guna mitten sebab nanti senang nak letak hot pack dalam tu. Boleh genggam-genggam nanti

Heat Pack - Penting-penting~ Beli kat Daiso, yang saiz kecil RM5 dapat 8 keping.

Stokin & Boot Bulu-bulu- boot bulu-bulu sila beli kat korea sebab kat sini mahal tahap gaban harga beratus-ratus. Kat Korea tak sampai RM30 pun.

Duit

Aku telah mengenal pasti money changer yang paling murah sekali di KL iaitu di The Summit USJ, dekat dengan KFC.

1000won = RM2.77

memang tak dapat kat tempat lain. Biasanya money changer jual RM2.83, RM2.85. Ada yang lebih RM2.90. Kalau tukar kat LCCT lagilah RM3.30. Huhuh~

Rahsia, makcik aku telah call setiap money changer kat KL tanya rate.


Ok, tak sabar-sabar.

The departing day.



Ahli rombongan dari kiri - Me, Dayah, Mariam rakan sekolah Dayah juga K-pop fangirl.


My Pre-book meal - Smokey BBQ Chicken - kali terakhir makan ayam dalam masa seminggu akan datang.


Dayah's & Yam's - Uncle Chin Nasi Ayam


Yam beli entertainment set apa ntah. Tapi tengok tak sampai sejam pun sebab pening.


Last-last... zzzzzz je


Bangun tidur lapar lagi.  Aku beli Chicken Foccacia - RM12


Dayah - Mix Sandwiches




Dah sampai Icheon. Kena naik train nak ke arrival hall.




Sangat gembira dapat jumpa Sarini seperti terjumpa sinar harapan.  Sebelum naik bus, kitorang minum Latte dulu kat Dunkin Donut. Sarini cute~ Rasa nak minum Sarini....



Merasa sejuk beku sementara tunggu bas. Adalah dalam 10 minit tunggu. Siap Yam sempat tumpah kopi kat coat lagi.

Yeah~ Dah naik bus. Otai kena duduk seat belakang sekali...  Padahal ada kitorang je dalam bas tu. Ekekeke~
Tiket bas dari Incheon Airport ke Seoul beharga 10 000won. Masa perjalanan lebih kurang sejam.


Rumah Sarini ialah berhampiran kawasan Sungshin Women's University. Malam tu sangat sejuk -18 deg C. Memang mencabar pertama kali berjalan heret bag dalam ais-ais. Terpaksa jalan laju-laju pulak tu sebab tak tahan sejuk. Memang thrill tapi seronok..

Sampai rumah Sarini, tak boleh tidur sebab excited. Sempat Sarini masak megi yang aku bawa khas dari Malaysia untuk Sarini. Makan lagi....

Oh.. oh... excited~


Nantikan episod seterusnya percutian Winter Sonata full report~

Tuesday, 25 January 2011

Snippet : Winter Sonata Vacation - Day 8 Finale

The very last minute shopping before going back home~







* Ini hanya sedutan. Laporan penuh & tips akan menyusul hari-hari selepas ini~

Monday, 24 January 2011

Snippet : Winter Sonata Vacation - Day 7

Shopping day~




Saturday, 22 January 2011

Snippet : Winter Sonata Vacation - Day 6

Mak, ayah, kelmarin kakteh...

makan di kedai bubur 'Boys Over Flower'


melawat palace (istana kat Pekan pun tak pernah melawat)


tengok sungai ke dua tebersih di dunia,


melihat budaya membaca yang diterap sedari kecil di kedai buku terbesar di Seoul,


& window shopping jer kat Myeong Dong... betul....

Friday, 21 January 2011

Snippet : Winter Sonata Vacation - Day 5

Mak, ayah, kakteh pergi Nami Island semalam.





Tempat wajib melawat kaedahnya sebab scene Winter Sonata buat kat situ walaupun tak pernah tengok pun drama nya. Tapi cantik~

Wednesday, 19 January 2011

Snippet : Winter Sonata Vacation - Day 4

Mak, ayah, kami melawat universiti Sarini, Korea University semalam~







Cantik macam kat oversea. zzzzzz

Tuesday, 18 January 2011

Snippet : Winter Sonata Vacation - Day 3

Mak, ayah, kakteh pergi taman tema.








Sakit kaki & tekak sebab banyak jalan & jerit... -_-"

Snippet : Winter Sonata Vacation - Day 2

Mak, ayah, I'm doing fine here~





Cuma jejari tangan je beku. huhuh~

Sunday, 16 January 2011

Snippet : Winter Sonata Vacation - Day 1

Mak, ayah kakteh dah selamat sampai malam semalam~


Sejuk gell~

Bersama rakan sekolah cum tourist guide~ Identiti dirahsiakan~ Kalau terer sila teka

Friday, 14 January 2011

Complete Winter Vacation Checklist

The items listed are suggestions specifically for a winter holiday and in addition to general
items you may need to pack that can be found in the What to Pack checklist.

The lists below are intended as a general guide only but actual items should be packed according
to specific needs, mode of travel, destination, climate, etc.  Check on the luggage weight
allowances for your airline as they do vary and hefty charges can be incurred if you go over the
maximum per bag.   Check with them also regarding their policy on winter sports equipment.

Note:  Please also be aware that most airlines will not allow you to go over the weight allowance
per bag/suitcase because you have packed for two people in one case!   You could be subject to
additional charges.


To View & Download Complete Winter Vacation Checklist Please Click Here

To View & Download Complete Winter Vacation Checklist Please Click Here


Fully credit to www.travel-adive.net



p.s : mungkin akan bertukar menjadi travel blog untuk beberapa hari atau beberapa minggu, harap bukan beberapa bulan.. zzzzz

Thursday, 13 January 2011

One of The Reason Why Oprah's Show Is So Amazing~

Awal-awal aku tengok, terfikir, apasal mat saleh ni tengok concert Black Eyed Peas macam tengok Orchestra? Sopan yang amat. Kat Malaysia pun lebih jauh terkinja-kinja. Sekali diorang buat mob dance yang sangat cool gila. Satu bandar Chicago tu in sync.





Diorang ni semua bukan profesional dancer tapi semangat gila. Ye la.. Profesional dancers kat US pun tak sampai puluh-puluh ribu kot kalau nak kumpul.


Awesome! Itu je...

Wednesday, 12 January 2011

Oh, Ada Rupa-rupanya Sambutan Hari Jadi~ ^o^

Yeah, kali terakhir aku meniup lilin kek hari jadi ialah pada ulang tahun ke-17, sweet 17 gitu dekat sekolah asrama. Hahaha~ Ye la, memang nasib orang lahir awal-awal tahun, biasanya cuti semester tak habis lagi. So memang tak pernah pun celebrate birthday dengan rakan seuniversiti. Kat rumah pulak, jujur aku tak pernah ada kek hari jadi sejak lahir, jauh sekali menjemput rakan-rakan jiran meraikan bersama berbeza dengan adik beradik yang lain. Maaa... Since aku lahir awal bulan 1 & konon2 matang, so aku tak pernah kisah & tak terasa hati, sangat. Cukuplah at least orang tersayang di sekeliling aku yang ingat. Kalau tak ingat lagi tak tahu lah, sebab aku dah buat reminder dekat setiap henfon diorang... Hehehe~

Tapi, tak sangka selepas 7 tahun berlalu aku dapat tiup lilin semula.

Sampai je rumah, dah ada kek atas meja. Adehlah.. Napelah Tasha & Family ni sweet sangat. Boleh tak korang bayangkan betapa aku terharu padahal aku selalu rasa aku menyusahkan mereka sebab menumpang free kat situ dekat setahun kot. Tak cukup dengan tu, diorang sangat considerate celebrate hari ni sebab diorang ingat aku akan celebrate dengan orang tersayang dekat luar malam semalam, so postpone hari ni. Padahal, takde orang ajak aku keluar pun pada malam hari jadi. T_T zzzzzz~


The cake~

Fuu~

The girls~
Mak Tasha aka Tokta, Nabila, Me, Tasha, Ain

Sesi suap menyuap

Nyummy~

Sesi suap menyuap bukan penamat sebab lepas tu, pergi makan kat Johnny's pulak... Aih





Kejutan berganda-ganda bila Tasha bagi hadiah paling comel & special.

Kalau semalam aku dapat hadiah BONUS daripada bos, tapi hari ni aku dapat tabung daripada Tasha. Nice follow~
Tasha cakap tabung tu hadiah untuk aku, tapi duit dalam tabung tu nanti dia punya. Siap see through lagi tu sebab senang nak tengok berapa dah duit dia.

Idea paling genius pernah aku dengar daripada seorang kanak-kanak mata duitan. Ekekeke~ Cute gile..



*Atas apa yang terjadi, aku hanya mampu terharu dan bersyukur dimurahkan rezeki. Aku berusaha membalas segala jasa dengan memenuhkan tabung tersebut. :P


Alhamdulillah~