Friday, 28 January 2011

Winter Vacation : Seoul - Preparation & Departure Day

Yeah~ Here we go. Finally the full report. Baru betul nak buat travel log. Setakat Snippet ada gambar 2,3 keping, macam melepaskan batuk di ekskulator je... Huhuh~

Sebagai seorang gadis miskin yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bercuti ke luar negara dengan menggunakan duit poket sendiri adalah satu angan-angan yang sangat tinggi. Tapi segalanya berubah, tatkala aku blogwalking ternampak iklan Nuffnang AirAsia destinasi baru ke Icheon, Seoul dengan harga RM99 sehala. Kyaaa~ Kalau naik bas pergi balik ke Kelantan pun tak semurah tu... Aku pun terus teringatkan ex-roomate juga K-Pop fangirl kat UTP, Dayah Minho & juga ex-schoolmate comolot, Sarini Pastels yang belajar kat Korea. Sejurus dapat tahu mereka juga available, laju-laju aku book ticket.

The ticket

AirAsia X
LCCT -> Incheon - 1.55pm, 15 Jan 2011
Icheon -> LCCT - 11.20pm, 22 Jan 2011

Harga tiket pergi balik - RM448

Termasuk tax segala insuran, lain charge adalah dalam RM600 lebih.

Tapi harus diingat, aku book tu ialah pada hari pertama promosi AirAsia launch destinasi baru Korea iaitu pada bulan Ogos 2010. Amik ko ada masa 6 bulan untuk mengikat perut.

Tips : sentiasalah alert bila AirAsia buat promotion. Kalau ada rezeki boleh dapat yang murah gila. Tapi still kalau beli harga biasa bukan promosi, separuh harga tiket Mas atau Korean Air kot.

Semua orang boleh terbang~
Ececece~

Pakaian

Disebabkan kami pergi musim sejuk, suhu boleh mencapai -20 deg C, perlingungan maksimum sangat penting. Kalau tak boleh jatuh sakit kot.

Alhamdullilah sepanjang kat sana kitorang sihat sejahtera sahaja. Cuma kalau air hidung meleleh tanpa disedari itu adalah perkara biasa. Ekekeke~

Rahsianya, bukan rahsia sangatlah semua orang pun kena pakai 4 lapis pakaian.

1st layer - long john. Long john ni ialah sejenis pakaian dalam ketat yang diperbuat daripada kapas. Aku beli saiz L kanak-kanak sebab murah sket kat Universal Traveler. Memang muat kot. Harga dalam RM100. Long John yang aku beli tu sekali dengan seluar atau legging. Warna sama je baju dengan seluar. Kalau pakai tu je memang huduh gila. Dekat Uniqlo pun ada jual heat tech punya thermal wear harga RM49. Beli 1 pasang je cukup sebab kat Seoul memang murah gila-gila thermal wear. Jual lambak je.


2nd Layer - tshirt biasa. Tak payah yang over-over sangat sebab bukan nampak pun dalam gambar nanti.

3rd Layer - Sweater / Fleece Jacket. Yang aku punya fleece beli kat Uniqlo harga promosi RM79. Memang tak sejuk~

4th Layer - Winter Coat. Aku beli kat Universal Traveler punya warehouse sale kat Times Square masa Bonanza RM2.  jumpa je aku. RM99 je.

Memang perfect punya protection. Boleh berpeluh kot walaupun dalam salji.

Muffler - Sangat penting sebab mulut & hidung nanti sangat sejuk

Glove - Aku rekemen guna mitten sebab nanti senang nak letak hot pack dalam tu. Boleh genggam-genggam nanti

Heat Pack - Penting-penting~ Beli kat Daiso, yang saiz kecil RM5 dapat 8 keping.

Stokin & Boot Bulu-bulu- boot bulu-bulu sila beli kat korea sebab kat sini mahal tahap gaban harga beratus-ratus. Kat Korea tak sampai RM30 pun.

Duit

Aku telah mengenal pasti money changer yang paling murah sekali di KL iaitu di The Summit USJ, dekat dengan KFC.

1000won = RM2.77

memang tak dapat kat tempat lain. Biasanya money changer jual RM2.83, RM2.85. Ada yang lebih RM2.90. Kalau tukar kat LCCT lagilah RM3.30. Huhuh~

Rahsia, makcik aku telah call setiap money changer kat KL tanya rate.


Ok, tak sabar-sabar.

The departing day.



Ahli rombongan dari kiri - Me, Dayah, Mariam rakan sekolah Dayah juga K-pop fangirl.


My Pre-book meal - Smokey BBQ Chicken - kali terakhir makan ayam dalam masa seminggu akan datang.


Dayah's & Yam's - Uncle Chin Nasi Ayam


Yam beli entertainment set apa ntah. Tapi tengok tak sampai sejam pun sebab pening.


Last-last... zzzzzz je


Bangun tidur lapar lagi.  Aku beli Chicken Foccacia - RM12


Dayah - Mix Sandwiches




Dah sampai Icheon. Kena naik train nak ke arrival hall.




Sangat gembira dapat jumpa Sarini seperti terjumpa sinar harapan.  Sebelum naik bus, kitorang minum Latte dulu kat Dunkin Donut. Sarini cute~ Rasa nak minum Sarini....



Merasa sejuk beku sementara tunggu bas. Adalah dalam 10 minit tunggu. Siap Yam sempat tumpah kopi kat coat lagi.

Yeah~ Dah naik bus. Otai kena duduk seat belakang sekali...  Padahal ada kitorang je dalam bas tu. Ekekeke~
Tiket bas dari Incheon Airport ke Seoul beharga 10 000won. Masa perjalanan lebih kurang sejam.


Rumah Sarini ialah berhampiran kawasan Sungshin Women's University. Malam tu sangat sejuk -18 deg C. Memang mencabar pertama kali berjalan heret bag dalam ais-ais. Terpaksa jalan laju-laju pulak tu sebab tak tahan sejuk. Memang thrill tapi seronok..

Sampai rumah Sarini, tak boleh tidur sebab excited. Sempat Sarini masak megi yang aku bawa khas dari Malaysia untuk Sarini. Makan lagi....

Oh.. oh... excited~


Nantikan episod seterusnya percutian Winter Sonata full report~

9 comments:

  1. sarini cute~ aku pon rase nak minum sarini..ahahahaha~

    ReplyDelete
  2. super duper syiokkkk punye holiday ^_^

    ReplyDelete
  3. salam..dtg sini from lowyat.net. Best je baca ur story ttg travelling ke korea ni. Sbb sy pon rancang nak ke korea winter tahun depan dalam bulan feb camtu..hehe. Oh bdw, i'm kpop (mainly =SS501 is my fav grup) & kdrama fans jugak=D

    ReplyDelete
  4. @nat

    yeay~ itu dia.. fangirl sarini~ ekekek

    ReplyDelete
  5. @nadia-ady

    korea winter vacation mmg best. berbaloi2.. sangat nk pg lagi..

    btw, im jpop freak actually. kawan 2 org tu yg kpop fan sgt2.. hehehe~

    thanks for visiting me. visit me back for more tips soon. ^_^

    ReplyDelete
  6. Best best Hanis vacation ko.
    Sangat tips yang padot.

    Tapi tu la, kena g visit Japan patutnya. hihi.

    ReplyDelete
  7. Rasa nak pergi ke korea jugak la..boleh tak suruh sarini jadi pemandu pelancong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarini dah balik & kerja kat Malaysia hampir setahun dah. huhuh~

      Delete