Yeah, saya kembali dari berkabung setelah seminggu
kematian anak kucing kesayangan. Lupakan sementara sebab nak sambung balik tugasan sebagai laman web rasmi
percutian Winter Sonata. Walaupun dah 2 minggu berlalu. zzzzz
Hari kedua, aku sangat-sangat excited & permulalah hari kejakunan sedunia. Hehehe~
Disebabkan semalamnya ialah seharian perjalanan, semuanya penat, kami pun keluar rumah agak lewat gak. Dalam dekat-dekat tengah hari camtu.
Permandangan dari luar rumah Sarini.
1st, kitorang pergi convenience store terdekat untuk beli T-money,
susu
dan ice cream? Ok, ice cream tak berani lagi nak attempt. Hehehe~
T-money ialah sejenis kad yang lebih kurang macam Touch n Go untuk naik pengankutan awam macam bas, subway/train & taxi. Convenience kan? Satu kad boleh guna untuk semua kenderaan. Memang tu yang patut implement kat Malaysia jugak. Barulah rakyat keluar mengundi. zzzzz
Then, kami menuju ke shopping mall yang terdekat. Dah shopping? Huhuh~
Kitorang pergi SPAO. SPAO ni macam Uniqlo la tapi versi Korea punya. Pendek kata SPAO ni memang tiru dua jibik dua jibam konsep Uniqlo lah. Just of cause lah lagi murah.
Kitorang bukan sengaja nak shopping. Tapi Sarini kata, kasut kitorang tak sesuai nak jalan dalam ais. So, rembatlah sepasang. Murah je. 9900won je. Kalau convert tak sampai RM30 pun. Kalau beli kat Universal Traveller adalah kena RM200 lebih. Hahaha~
Next, our tourist guide bawa kitorang pergi
Insadong. Insadong ni macam culture street la. Jual & pamer barang-barang tradisional & macam-macam.
Next enjoy the pics~
Ada orang tu nak test power boot baru, jalan atas ais, lepas tu nice landing atas ais. Ekekeke~ Siapa? Terpulang kepada imaginasi anda nak teka siapa diantara makhluk pelik di atas. :P
Motif, mula-mula dah tertarik nak masuk kedai kosmetik. Hehehe~ Perempuan kot.
Lee Hyori - ratu eye liner. Terasa bogel kalau keluar tak pakai eyeliner katanya.
Bersama mask pelik.
Yeay, tahun rabbit~
Dah gigil jalan kat luar, masuk dalam kedai kuih tradisional Korea.

Haa.. satu-satunya Starbuck dalam dunia ni signboard dia tulis dalam Hangul. Pelik tak? Pelik tak?
Sarini dengan
OwhOwl nya... Ahjusshi tu cakap takleh amik gambar. Tapi dah tersnap nak buat cane. Huhuh~
Ayah cakap aku macam dorobo. T_T
Tourism guys yang nak bergambar dengan kitorang. Foreigners kot. Dapat free hot pack.
Bangunan ni sangat cantik & unik.
Koridor walkway tepi-tepi kedai ni slope. So, tak perlu naik tangga nak ke level atas. Errr.. boleh faham tak? Huhuh~
Satu perkara yang mengejutkan kat Insadong nih, kitorang tengah jalan sambil skipping keriangan tetiba ada bro-bro yang jual street food kat situ jerit ke arah kami cakap "Terima kasih.. terima kasih". Aku blur... Then dia yang jawab sendiri "Sama-sama" LOL.
Belum lagi kes, ahjuma yang jual souviner kat situ, siap bagitau harga barang dia, "Tiga ribu... empat ribu..."
Jelas pelancong Malaysia bersepah-sepah & muka eksotik senang nak cam.. Hahaha~
Bermain di luar kedai cermin mata murah.
Terimalah gabungan kami berempat. Eh, kenapa berempat? Ada lelaki misteri pulak interframe kat belakang. -_-"
Sebenarnya aku juga punya special talent. zzzzzzz
Waaa.. Jumpe idol. zzzzz
Benda yang pelik di Korea ni ialah, menconteng dinding seperti tidak dianggap vandalisme. Pelik2~
Melawat art muzium. Merupakan satu-satunya muzium yang kitorang lawati sepanjang seminggu kat Seoul. :P
Dekat sini kalau kita nak buat sendiri kraft pun boleh. Contoh macam kat bawah.
Somehow aku rasa budaya kat Seoul ni agak sweet sebab banyak aktiviti offer untuk or sesuai dilakukan oleh couple. Contoh,
menconteng melukis & mewarna kat mug guna alat pelik-pelik bersama-sama. Tak rasa sweet ke? Nanti tengok mug tu kat atas meja study pastu senyum sorang-sorang. Sweet kan???? Baru macam dalam cerita Korea. :P
Another art
Yeah~ Express urself~
Dah dari hujung ke hujung kami jalan dalam kesejukan. Nak buat aktiviti indoor pulak.
Naik subway~ Subway dia ada 14 line okay~ BUKAN EMPAT~ zzzzz
CoEx ni ialah shopping complex antara yang terbesar kat Seoul.
Kitorang hanya masuk kat kedai yang ramai orang je sebab curious. :P
Suasana dalam kedai buku pun jauh beza dengan kat Malaysia. Orang ramai macam ada jualan penghabisan stok. Di situ dah tahu macam mana budaya membaca diorang.
Yeah, Dayah cikgu Korea. Tak payah guna translator pun tak pe. Kelulusan Bachelor of Engineering Mechanical major in K-pop kaedahnya. Ekekeke~

Bergambar dengan 3 lelaki misteri otw g subway station. Sempat...
Sangat tertarik dengan ni. Alat khas untuk OKU untuk naik tangga. Jakun~
Balik dengan hasil tangkapan tak seberapa....
Next Winter Vacation : Seoul - Day 2 - Food Part
N