Saturday, 26 February 2011

Nasi Lemak Sedap @Kuala Lumpur : Mali's Corner

Yeah, kali ni aku nak share nasi lemak yang aku rasa paling best dekat KL. Memperkenalkan Nasi Lemak Mali's Corner~ Okey, aku tahu dah ramai yang dah tahu. Since Mali's Corner ni dah otai dah kat KL. Plus ada juga cawangan lain kat KL. Yang aku selalu pergi ialah dekat Taman Bunga Raya, Setapak. Betul-betul dalam dalam taman perumahan. Aku pun terpikir, kalaulah aku duk kat sini sure besh, setiap malam boleh makan sik mak. Tapi orang yang duk kat sekeliling Mali's Corner ni sure bengang sebab kereta banyak block pintu gate rumah diorang. Hahaha~

Kakak aku yang perkenalkan Mali's Corner ni. So, aku setiap kali balik kampung atau balik dari kampung mesti nak singgah Mali's Corner dinner, dekat je dengan MRR2.

Menu dekat Mali's Corner ni ada 2 je; Nasi Lemak & Char Kuey Tiau. Tapi dua-dua terbaik punya. Personally aku lebih suka nasi lemak. Hehehe~




Orang beratur panjang tahap gaban. Nak angkat kamera pun segan. Dah la duduk depan kaunter. Situ je yang kosong. Huhuh~

Q char kuey tiau. Ada la dalam 5, 6 orang tukang masak char kuey tiau nya.



1Malaysia lah kaedahnya yang vote Nasi Lemak Mali's Corner.
Err... Abang, janganlah pandang saya, seganlah saya. :P


Watak utama :


Sambal dia memang mengancam. Ayam rempah juga cukup rasa. Terbaik~


Motif, makan 2 orang je tapi order 3 pinggan. Hahaha~



Jalan Malinja 2,
Taman Bunga Raya,
Setapak. 

Sila google map sendiri. :P

Ada satu lagi cawangan Mali's Corner ni. Biasa aku pergi kalau hujan. Sebab cawangan satu lagi ni memang lot kedai. Lawa sikit la. Tapi rasa memang sama kat ;

Platinum Walk,
Danau Kota, Setapak.


Okey, since aku cakap ini ialah nasi lemak terbaik di Kuala Lumpur, sila cadangkan nasi lemak best yang lain. Nak pergi challenge. Hehehe~

12 comments:

  1. tgk gambar pon rase cam nak pergi sekarang:)

    ReplyDelete
  2. aku pnah g tempat ni skali...nk beli charkueyteow pon kne beratur...beratur panjang teruk!

    skadar nk mrase jer

    ReplyDelete
  3. @Faiz Rev

    kan... orang2 tegar je yang sanggup beratur macam nak bayar saman sebelum 28hb Feb. Hehehe~ Penangan Mali's Corner.

    ReplyDelete
  4. meleleh tgk nasi lemak ngan ayam...
    peh xbleh thn;p

    blog apisv2

    ReplyDelete
  5. dkt je dgn umah aku...slalu sgt pegi..,hahha

    ReplyDelete
  6. bukak dr kul bpe smp kul bpe?

    ReplyDelete
  7. wah..hujan2...nie
    baca pulak entry nasi lemak..
    gegar iman dah nie....

    ReplyDelete
  8. yup..situ memang sedap..terkenal dgn nma nasi lemak malinja

    ReplyDelete
  9. Dah try nasi lemak Ujang kat Taman Greenwood, Gombak.Aku rasa nasi lemak dia lagi best dari male.Location last bus station.....

    ReplyDelete
  10. Memang pun Nasi lemak ujang best lagi......

    ReplyDelete