Okay, perenggan pertama yang tak memberi apa-apa makna kepada cerita sebenar.
Cerita bermula. Aku yang memandu kereta antik ayah, nak keluar dari simpang Kampung Sentosa ke jalan besar menuju ke Temerloh. Ada motor ni laju ke dari arah Maran. Aku pun selaku pemandu berhemah, aku tunggula dulu motor tu lepas lalu, baru aku keluar dari simpang. Ada lah dalam 200 meter aku memandu, tak pasal-pasal motor yang depan aku tadi langgar kereta Proton Saga lama dari arah bertentangan yang nak masuk simpang ke kampung aku jugak tapi depan sikit dari simpang aku keluar tadi. Motor tu tercampak terus ke tepi jalan lane sebelah. Boleh faham tak? Untuk gambaran yang lebih jelas, seperti biasa sila rujuk gambar rajah di bawah.
Macam biasa aku panik selaku antara saksi utama kemalangan. Terus refleks call 999. Punyalah lama nak sambung ke hospital. Adalah lebih 5 minit. Dah bagi maklumat segala, pastu tetiba ada macam pick-up yang nak bawakan mangsa. Then aku cakap "Takpelah Encik, dah ada orang nak tolong bawakan mangsa ni." Ceh, takpalah, at least Klinik Kesihatan Maran tu boleh stand by kan. Huhuh~
Pakcik Proton Saga meribakan mangsa. Kalau tak dia nak bawa mangsa naik kereta dia. Tapi sebab mangsa tu macam dah patah riuk dah. Susah nak bawa masuk kereta.
Tak dapat bayang, dah lah cedera parah camtu. Naik pulak belakang pick-up. Then, aku tak tahulah apa nasib dia. Harapnya selamat & cepat sembuh.
Pakcik Proton Saga beria-ia menceritakan semula bagaimana tragedi berlaku.
Aku sebenarnya sangat insaf. Selepas macam-macam berlaku ke atas diri aku. Kena saman trafik secara bertubi-tubi dengan pelbagai kesalahan. Ada accident depan mata. Kes ragut depan mata yang juga berlaku di jalan raya. Semua tu aku anggap Allah nak tunjuk depan mata aku supaya aku lebih berhati-hati. Memang aku tak pernah bawa lebih 90km/j. Malah prinsip hidup aku di jalan raya juga ialah "Biar Lambat Asalkan Selamat"
So, pengajaran daripada cerita di atas ialah :
1. Kalau nak ikut, mungkin ada orang cakap "Padan muka Mat Rempit, sape suruh bawa laju!" Tapi sebenarnya bagi orang yang tak biasa rempit, ketahuilah, kalau naik motor memang TAK BOLEH BREK EMERGENCY! Nanti diorang akan drift melilau-lilau. So kalau nak masuk simpang ke, keluar simpang ke kalau nampak motor, bagilah dia lalu dulu. Memanglah kecil je motor tu, tapi nilai nyawa dia besar.
2. Kepada pemandu motosikal, tolonglah ikat tali topi keladar anda.
3. Kepada pemandu, janganlah bawa laju sangat.
4. Takyah gedik-gedik nak keluar mengeteh kat kawasan yang ada pilihan raya kecil. Pasti jem teperangkap & semua kedai makan penuh. Fuuu.. ada hikmah tak jadi gi Temerloh. huhuh
5. Sila tambah di ruangan komen...
Huhuh~ Semoga kita semua menjadi pengguna jalan raya yang lebih sabar.
motor xsalah..die jln stret..laju x laju die punye hal la..tp cmne pakcik 2 nk masuk gak simpang 2..da nmpk ade motor, nk gak masuk simpang...btw, xnk apply keje wartawan kat astro awani ke?
ReplyDelete@Sarsir
ReplyDeletekan.. menakutkan jer pakcik tu. ntah2 rabun.
err... tak cukup intelek kot nk jd wartawan. jd pemerhati bebas je sebagai rakyat jelata. huhuh~
yes, ikut gambarajah n crite mmg motor tu x slh. ksian dia -.-"
ReplyDeletetp nseb baek pkcik kereta saga tu agk btggungjwb tlg mgsa.
@SURAYA
ReplyDeletekan... momentum pelanggaran tersebut sangat kuat. sampai tercampak jauh. huhuh~
1st of all...metropolitan temerloh....hahaha....
ReplyDeleteok2...xnak komen psl tu :D
tu la, motor tu x salah...tu mmg jln dia...ksian la plak...ngeri btul kaki smpai ke kepala tu...klo akak yg tgk mesti dah muntah2 dulu...syabas coz call 999 tu...tindakan yg bijak ;)
@ELLY
ReplyDeletehahah~ majukan metropolitan temerloh. :P
jgn muntah kak lyana, nnt ambulans konfius nak angkut org eksiden ke akak. ekekeke~
alamak!..seram la tgk eksiden ni..
ReplyDeletekalau pegi metropolitan temerloh, macam dah takde tempat lain kitorang pegi.secret recipe,old town.tapi ade orang cakap,old town tak dapat sijil halal? T__T lepasni dok tepi sungai laa pulak .HAHA
ReplyDelete* nana perasan zaman sekarang orang bawak motor ni macam tak takot langsung.kita yang bawak kereta/van/lori/bus ni yang takotkan dorang.haiyakkk~
** pandu dengan selamat, ingatlah orang tersayang! ^_^
kesian... kemalangan dan malang tak berbau... berbau pon selepas kena langgar... bau hangit tayar... ekeke
ReplyDelete