Semua gara-gara kegersangan tak ada talian internet kat rumah. Bosan. Seperti mana orang yang masuk blog aku tapi tak update, seperti itulah kehidupan aku yang bosan. Lebih tertekan bila tak boleh tengok PV baru Yamapi feat Namie Amuro. Argh... Tak boleh terima... Terpaksa
Ok, kembali kepada hari-hari jakun sedunia. Hari paling excited; pergi theme park, LOTTE WORLD. Yeay~
Kalau ikut plan mula-mula beberapa bulan sebelum berangkat, kitorang plan nak pergi Lotte World. Lepas tu rajin la pulak buat-buat research kat forum segala, ada pulak orang cakap Lotte World tu lagi kecil dari Genting Theme Park. Pergh macam tak percaya. Takkanlah Korea lagi kuno dari Malaysia. Tak mungkin.... Tapi atas keyakinan yang diberikan oleh tourist guide kami yang berwibawa, Sarini, kami sampai juga ke Lotte World.
Basically Lotte ni ialah satu empire perniagaan yang besar di Korea & Jepun. Di Korea saja, dah macam semua jenis perniagaan ada; Lotte World, Lotte Ria, Lotte Mart, Lotte Duty Free, macam-macam Lotte lagi lah. Tapi aku paling familiar dengan chewing gum Lotte yang iklan dia mesti ada Sato Takeru aka Kamen Rider Den-O yang menari terkinja-kinja tu, comel. :P
Kata bercuti, haruslah bersenang-lenang. Sampaikan pukul 11pagi baru kitorang keluar rumah. Hahaha~
Hari tu kurang sejuk daripada hari sebelumnya.
Tapi still sungai dia tak cair. -_-
Sebelum masuk Lotte World, wajiblah 'brunch' dulu. Kitorang tapau kat fast food Lotte; Lotte Ria. Haaaa... Lotte Ria ni aku boleh kata, konsep dia memang hampir sejibik plagiat McD. Tapi memang success. Jauh lebih popular daripada McD.
Tiket 1 day pass beharga 32 400won untuk seorang dewasa. Itu ialah harga selepas diskaun menggunakan kad ahli Lotte Sarini. Kalau harga bukan ahli dalam 38 000 won gitu. Terima kasih, Sarini atas penjimatan~
Sebenarnya nak masuk Lotte World tak boleh bawa makanan luar, tapi since kitorang
Dayah menolak makan burger Lotte World demi sentiasa merasai suasana Korea, so beli tri-kimbab kat convenience store. Ekekeke~
Sebenarnya ada 1 je benda boleh makan kat Lotte Ria ni ; Burger Udang.
Sarini yang dah breakfast sebab keluar dulu sebab urusan bisnes killing the time snapping the ice ring.
Yeay~ Dah kenyang.
Baru boleh bermain-main
Ada juga live performance.
Hari itu sangat cemas menjerit sana-sini. Memang tak banyak camwhore sebenarnya.
Rides & Attraction dia adalah dalam 40 lebih jenis which kitorang rasa sangatlah mencabar dengan bersaing dengan kanak-kanak sekolah lagi. So, kamera memang simpan dalam beg aja kala detik-detik cemas.
Haruslah yang paling express diri ialah aku. Menjerit tak hingat. Habis keluar segala datuk nenek.
Seperti biasa, kalau nak naik rides tu mestilah beratur panjang. Sekali lagi budaya pelik orang korea teserlah macam yang aku ada mention sebelum ni iaitu suka menconteng dinding, palang-paling, lampu, siling, tv lcd, segala yang boleh dicontenglah. Dan biasanya diorang akan tulis macam nama-nama K-Pop idol. So, aku dapat simpulkan idol yang paling popular kat Lotte World ialah Big Bang. Ok, kesimpulan aku tak boleh pakai sebab dalam banyak-banyak tu aku faham Big Bang je sebab tu je yang tulis roman. Yang lain seme tulis Hangul. Ekekeke~
Macam dah malam, ada konsert pulak kat indoor punya theme park tu. Mula-mula nampak ada 5 orang mamat tengah menari kat pentas dari jauh ni. Adalah dalam 200meter. Dayah dah ingat tu Shinee. Kitorang dok la lari-lari sebab takut habis performance diorang. Sekali bukan Shinee da, trainee je. Ekekeek~
Tapi ada la group yang boleh tahan, T-Blue. Yang kanan tu cute. :P
Baby : Omma, dah nantuk sangat ni.... Jom la balik..
Omma : Ala, omma nak tengok idol jap ni.. Tidurla dulu. Ni oppa T-Blue tolong lullaby kan...
zzzzzzzzz
Ok, pukul 7 malam kitorang dah pancit sebab terlalu banyak berjalan, berlari & menjerit termasuk menjerit oppa.. oppa... kat T-Blue .. Masalah lebih besar bila pemandu pelancong yang pancit dulu. Ekekeke~ Terpaksa perkena Latte kat Pub Cafe. Hahaha~ Pub tu...
Apa boleh aku katakan, memang tipulah siapa yang cakap Lotte World lagi kecik dari Genting. Nasib baik keputusan yang bijak, ikut nasihat genius Sarini. Lotte World macam berpuluh kali ganda kot best. Memang fully recommended pergi Lotte World kalau pergi Korea.
Kitorang lucky sebenarnya cuaca hari tu sangat baik sebab semua ride boleh main. Biasanya kalau suhu terlalu rendah ada ride yang tutup, tak boleh main.
Sampai bertemu lagi di hari ke-4. Harapnya bukan bulan depan. Setahun baru habis kalau macam ni.
zzzzzz
nice contect..i will go to korea around january...excited plak ble bce blog u ni..haha
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteThanks~ Seronoknya dapat pergi Korea musim sejuk~