Friday, 29 April 2011

Bieberlicious~ Live in KL

Post ini didedikasikan semata-mata untuk semua Bielibers yang tak dapat pergi ke konsert Justin Bieber My World Tour @Stadium Merdeka minggu lepas. HAHAHAHA~ Walaupun dah lama. Kira okey la aku update seminggu selepas. Daripada winter vacation punya report tak habis2 lagi. :P

Tak perlu kot nak buat laporan pasal konsert ni. Sebab semua paper & tv pun memang cover. Tapi apa yang aku boleh cakap, personally, ini ialah 1st time aku pergi konsert yang aku bayar sendiri & ianya sangat berbaloi. Despite being a 17-year-old boy, Bieber is just so profesional. The girls not shout for nothing. Setiap dose jeritan fans tu yang membuatkan Bieber semakin menjadi-jadi. Frekuensi paling langsing pernah aku dengar.

Petang tu, hujan tersangat lebat dengan ribut petirnya seakan tak merestui konsert Justin Bieber. Errr... Tapi taklah, sebab seminggu sebelum tu aku dah tengok forecast, petang memang ribut petir, malam cerah. Errr... I mean, tak hujan. Hehehe~


Foods & drinks memang tak boleh bawa masuk dalam stadium. Dah tu, boleh pula ada booth Coffee Bean. Memang untung riban-ribanlah. Mana taknya, air mineral sebotol yang 500ml tu pun jual RM5. Huhuh~ Ke memang kat Coffee Bean harga camtu? Tak tahu sebab tak pernah beli air mineral kat Coffee Bean. zzzzz


Semua sebangat fashion JB dengan hoody nya. Memang tak, hujan lebat tak hingat semua pun pakai baju hujan. Kental. Kalau aku dari JB, aku nangis kot tengok fan macam ni, tunggu berjam-jam dalam hujan. Huhuh~

Dan kitorang, memang buat keputasan yang bijak. Duduk kat tempat berbumbung. Hahah~ Walaupun masa beli tiket Januari lagi, memang tak boleh nak tilik hujan ke tak malam tu.


Baju hujan Tune Talk buat souviner je la. Ekekeke~


- Boleh kata 70% daripada 17000 yang datang ialah budak sekolah, selebihnya ialah penjaga mereka. Aku pun boleh dikategori budak sekolah. zzzzz

- Masa encore, ada vocalist band Good Charlotte, Joel Madden. Masa dia keluar & nyanyi 1 lagu, semua pun macam, "Siapa pakcik ni?" Termasuk aku. Ironinya 5 tahun lepas aku pernah tengok konsert Good Charlotte kat Bukit Jalil sebab dapat tiket free dari Digi. Hahaha.

- Dan tak pasal-pasal juga, Joel Madden jadi trending kat Twitter esoknya sebab share stage dengan JB. Mesti budak2 nak cari, siapa pakcik Joel Madden ni. Termasuk aku. Ececece~


Yeah, the concert was just like extreamly fun. Walaupun rasanya tak berapa kebah pun Bieber Fever sebab tak puas!!! Oklah, dah dah la tu.

Ok, aku tinggalkan dengan video fancam lagu One Less Lonely Girl yang paling annoying sekali demi merasai sendiri pengalaman seperti berada di concert Justin Bieber. :P Tak tertanding dengan jeritan aku yang annoying. Tidak~

AMARAN : SILA JANGAN NANGIS LEPAS TENGOK VIDEO NI.


(sori kualiti video ala kadar sebab seat murah)

Bagilah can minah tu nak fefeling Selena Gomez untuk beberapa saat walaupun pegang glove je. zzzzz



* ok, enuff sesi berfoya untuk 1st half year selain bajet keraian yang dah dipontong sebab petronas dah bagi surat chenta, boleh tumpukan untuk perkara yang lebih berfaedah pula. Still, in terms of 'me'.

2 comments: