Tuesday, 31 May 2011

Kyaaa~ Panda & The Carrots Dah Jadi Uncle/Aunty di Usia 5 Minggu!!!

Akira Shock~ Last weekend, kakak sulung Fruity, Panda & The Carrots dah selamat melahirkan 2 bayi. Rasanya kakak sulung yang tak bernama tu masih muda remaja lagi. Baru 2 tahun kot. -_-" Tak tahu pun bila dia bunting. Huhuh~ Nasib baik 2 ekor je. Kalau lagi empat, memang nak kena lelong la. zzzz

Tak terfikir lagi nama untuk diorang. Any suggestion?


Yang pasti Mummy Panda & The Carrots dah jadi nenek yang HOT~



p.s : Im gonna be on a hiatus again for at least 2 weeks. Di kesempatan ini, nak minta maaf atas segala keterlanjuran kata, perbuatan dan segala yang ada menyusahkan atau menyinggung perasaan. Halalkan makan, minum, pakai & segalanya... (^_^)


another travelog? dont know yet.

Friday, 27 May 2011

Dan Bila Tanggungan Ayah Bertambah di Usia 56 Tahun....

< Yeah, lagi dan lagi kami menjadi tempat perlindungan kepada bayi-bayi pelarian selapas kakak sulung yang tak ada nama then tahun lepas, Cutie & Fruity. Cutie dah rip sebab kna demam virus T_T. Nasib baik Fruity survive bila bawa g vaterinar baru tau rupanya kucing kena vaksin. huhuh noob.

Tapi kali ni bukan 2, 3 tapi EMPATTT... Sangat banyak... At first macam, banyaknya. Nak buat apa lah dengan diorang ni. Masak lemak cili padi best ke? Tapi mereka sangat-sangat kiuuut~ Biasalah orang cakap baby memang ada aura. :P








Setuju tak???

I already named them tanpa bantuan Tasha. Perkenalkan Panda & the Carrots. Yeah~


Tapi apa yang curious, the Carrots logiklah warna oren macam Fruity kat bawah ni sebab bapak diorang sama kan.


Tapi panda tu, logik ek dapat warna cam tu? Dahlah paws dia warna hitam. Rare

Carrot 1

Carrot 1 & panda at the back



Carrot 1 & Panda


Carrot 2 & Carrot 3 yang nak masuk celah kerusi.

Yeah, betul, terpaksa namakan diorang carrot sebab confuse tak dapat beza antara diorang. Hahaha.. Tapi nanti kena bagi nama lain2 kot nak tulis dalam kad kesihatan supaya Vet pun tak confuse sama nanti~

Tak sabar nak balik kampung!!!



It's Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend,
Fun, fun, fun, fun
Lookin' forward to the weekend 

Wednesday, 25 May 2011

When a Wonderful Thing is no longer Wonderful...

& it's become lame, colorless & BORING

.

.

.

.

.

.

.

.


Well, only BORING people get BORED~

zzzzzz

Tuesday, 24 May 2011

Buletin SHAHPEKAN 00-04 : Edisi Safwa-san, Kekkon Omedetou~

In previous issue ; Iftar yang rancang secara santai dan random di status FB, berjaya dihadiri lebih 20 orang alumni ShahPekan 2000-2004. Rugi korang tak datang sebab ada hamba Allah murah hati yang belanja.

That's what u missed on Buletin ShahPekan 00-04.

Ececece.. Bajet tengok drama bersiri.

Ya, seperti tajuk, kali ini penulis akan cover tentang perkahwinan salah seorang alumni ShahPekan. Aku kira ini ialah Walimatulurus kedualah yang berlaku selepas perkahwinan Naib Pengerusi Baiah, tahun lepas.

Walimatulurus Safwa Rosli dengan pasangannya. Kalau nak menyingkap semula memori penulis dengan si Pengantin perempuan memang banyak. Kami tak pernah sekelas atau se'rumah sukan', tapi memori paling aku ingat ialah masa SPM, Safwa satu dorm dengan aku & kitorang selalu buat aktiviti-aktiviti sengal study bersama-sama dengan beberapa lagi geng yang juga sengal bersama. Dan paling tak boleh lupa, Safwa sangat kipas susah mati Adam. Okay, itu kisah lama, sekarang beliau dah pun ada idol pujaan mutlak di hati. Heheheh~

Maaa... since post ini dah macam berkurun kat draft, cepat-cepatlah kite layan gambar supaya boleh aku publish malam ini juga, bukannya bulan depan. Huhuh~




Berkumpul dekat luar Dewan Jerantut dah buat kecoh ANAK-ANAK DARA ni.


Guest Book




Skodeng pengantin dari dalam kereta.




Kusyuk dengar cerita-cerita terkini yang mengejutkan dari ahli majlis SHAHPEKAN.




Isu serius yang dibincangkan. Pasal ape? Haaa... Siapa yang ada kat situ je tau. EKekekek~

With Dr Alia yang dah 5 tahun tak jumpa. . Oh, akhirnya beliau bermalam juga kat rumah aku @Kampung Sentosa setelah 10 tahun mempengaruhi. Huhuhu. Merasalah orang KL makan Patin Temerloh.



Yeah.. yang ditunggu-tunggu


Sang pengantin - Safwa & Khairul





Sori Sabrina & Pija, ko nampak separuh. Tapi korang sukakan sebab nampak lagi kurus dari aku & Sapek. Ekekekeke~




Suka gambar gedik nih. Sangat buat macam dewan atok nenek kita kan... Hehehe~


Satu benda yang aku perasan sifat-sifat terpuji anak-anak dara sunti SHAHPEKAN ni yang tak akan hilang ialah :

Tudung nak kena muncung

Balance

dan Sempurna...

Tapi aku?
bela kening? zzzzzzz

Inilah manusia yang dapat dikumpulkan di Jerantut ;

Berdiri : Rahman, Anaz, Kawan Itot, Itot Khalidah, Husna, Nat (muka wajib ;P), Hajar, Safwa dah tentu sebab pengantin, Sabrina, Penulis, Pija, Redhvan, Idin, Kuchai, Nashriq.
Duduk : Imam, Halim Sabki, Deqna, Angreni, Emy, Alia, Jalal, Firdaus Yazid.

Yeah~ Perut pun dah kenyang, bergambar pon dah puas, so kitorang pun baliklah ke destinasi masing-masing.

Tapi memang taklah, sebab mesti ada post-party. Destinasi seterusnya ialah kediaman Encik Hamidon aka ayah Husna. Ingat jalan siap-siap senang next kenduri nanti. :P



Kat situ kitorang sambung lagu mengupaskan isu-isu semasa tapi dengan lebih ilmiah lah. Ah... Seronok jumpa kawan lama. Sangat tak terasa 6 tahun waktu itu berlalu. Semua sangat tak berubah. 

Somehow aku rasa macam.. Alaaa.. kalau Sapek ada mesti dapat menambahkan lagi kesengalan kami time-time camni. Tapi itu memang mustahillahkan.  Takpelah Safwa pun dah mengharungi fasa yang lain dengan kita. Dah takleh hua-hua... Ada banyak misi yang lebih mulia patut dia buat. Heheheh~

Btw, beliau sekarang tengah bahagia bermadu kasih nun jauh di negara Matahari Terbit. Safwa ikut suami yang kerja di sana. Dan kengkawan, pe lagi, jom reu kat Jepun laks. zzzzzzz


ps: yes berjaya publish akhirnya
pps: next walimatulurus dr Subhan lak. Doalah bukan bulan depan update. T_T

Wednesday, 4 May 2011

Kate Middleton's Wedding Dress yang Ala Kebaya~

Bukan aku sorang je kan yang rasa camtu?


Kate's Wedding Dress:


Close up.


Yeah, I mean the upper top sangat ala our kebaya.



Kalau orang Malaysia tak perlu susah-susah nak cari replica wedding dress macam Kate. Kat kedai pengantin mesti ada punyalah yang lebih kurang camtu. Ekekeke~

Semua orang akui beliau sangat gorgeouskan...

Plus lepas tengok natural look make up beliau terus terasa orang yang memakai bulu mata palsu adalah hazab. T_T


Tapi still, aku macam blur-blur tengok her second wedding dress at night reception party. Even cardigan looked fashionable on her. Lol



Ok, still in the mood of wedding. Another wedding post after this.