Friday, 29 July 2011

Buletin SHAHPEKAN 00-04 : Walimatulurus Dr Subhan

Walaupun sudah lebih 2 bulan berlalu majlis Walimatulurus alumni Shahpekan 00-04, Subhan & isteri, penulis percaya pasangan pengantin ni masih lagi dalam fasa bulan madu. Ececece. Tau-tau je. Jadi belum terlambat rasanya nak mengucapkan tahniah dan liputan sedikit sebanyak tentang majlis resepsi sebelah pengantin lelaki di Felda Mempaga merangkap reunion SHAHPEKAN 00-04 yang tak kurang ramainya juga yang hadir pada 7 Mei 2011. Zzzzzz...okey dah lama.

Menyingkap kembali kenangan 7 tahun lalu, Subhan ni terkenal sebagai Kapten Rumah Suka Aminudin dan juga exco Badan Agama Islam & Dakwah SHAH (BAIAH). Pendek kata personaliti beliau ni ialah seorang yang disenangi, berpengaruh & alim. Kenangan penulis dengan pengantin beliau pulak... ermmm.. Since beliau kini laki orang, so TIADA kenangan. Lol... Takde r. Yang penulis ingat kami tak pernah 1 kelas atau 1 rumah sukan tapi pernah 1 group buat projek kitar semula untuk pertandingan kitar semula dengan beberapa orang lagi yang tak sure Cikgu Hisham sebenarnya submit ke tak pernyertaan tersebut masa form 4...kot. Yang pasti masa tu baru tau yang 50 tin minuman bikarbonat aluminium tu lebih mahal daripada himpunan surat khabar 25 kelas dari form 1 sampai form 5 selama setengah tahun kalau jual untuk dikitar semula. huhuh...Okey, tak ada kaitan.

Berbalik kepada topik, Subhan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan bernama Adila yang sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan perubatan. Kesimpulannya mereka ni ialah pasangan Doktor~ Uwwaaah~ Sekarang diorang dah posting kerja kot. Kat hospital mana? tak sure pulak. Kalau pasangan ni terbaca entry ni, boleh la share perkembangan terbaru korang ek. Nanti senang kalau pergi hospital yang tempat korang kerja, boleh beratur sekejap je. :P Eh, tak boleh ek?

Now, enjoy the pics~

 Ini rombongan dari pantai timur yang sampai awal. Dah siap makan dah pun masa ni. To kill the time terpaksa bergambar dengan pengantin dulu tanpa menunggu rombongan dari KL sampai. Nana mesti suka gambar ni.

Dari kiri : Azlan, Othman, Redhvan, Fahmi, Anaz, Dr Subhan, Dr Adila, Dr Izati, Dr Aima & Dr Hanis. Nak juga....

The doctors. Izzati & Aima. 7 tahun tak jumpa~
Aima kebetulan cuti time tu. Dia sekarang houseman kat hospital nun jauh di seberang Jakarta sana. Kami bertolak sesama ngn CLK dari Maran.


Izzati dengan pengantin, Adila & Subhan ni 1 universiti rupanya. o0o0o...

Dah puas dah kitorang bergambar di dalam & di luar rumah, baru la rombongan dari jauh ni datang. Aih~



 Ini anak-anak dara yang hadir; Dr Hanis, Aima, Izzati, Mashitah, ERNY!!, Sabrina, Najibah(muka wajib), Husna(muka wajib), Humaira.

Errr... aku terai cari shot yang paling anggun...zzzz


 Korang suka sangat la. Korang tu bila lagi? zzzzz

Sang teruna pula bergambar dengan pasangan pengantin. Errr... 3 pakcik misteri yang kat depan tu tak pasti la teruna ke tak. zzzzzz

Dari kiri ; Syarul Fahmi, Farid Daud, Safiee, Miju, Hasnan, Taufik, Farahan, Aus, Redhvan, Idin, Najmi, Lokman, Azlan, Azhar, Pengantin, Hizir, Fadzil, Kuchai, Sunoy, Jalal, Iwan, Kimin, Amizi, Aizat Pardi, Rahman Soot, Othman, Fahmi, Bob, Anip, Imam & Anaz.


Geng Aminuddin. Nak jugak...
Fakta : tak ada wakil Aminudin dari pihak perempuan. Ermm.. kalau Safwa tak gi Jepun lagi time ni, mesti jadi wakil tunggal. :P



Yang paling surprise sekali.... Aku telah dipertemukan dengan kawan yang dah 9 tahun tak jumpa. 
ERNY!!!!
Thanks Nat yang cekap lagi genius yang telah menjejak kasihkan kami. Tapi terkilan sangat-sangat sebab sekejap sangat jumpa. Tak puas. Lain kali kita kena hang out lagi, babe. Tak sempat nak diskas pasal Tomok. zzzzzz


Yes... Aku membesar. Heheheh :P Jangan jeles Erny...



Dan lepas habis sesi bergambar, semua pun pulang ke asal-usul memasing..... Memang tak lah. Bebudak ni kalau dah berkumpul memang tak sah kalau tak ada post party. Dengarnya post party kali ni kat Janda Baik. Pergh.... Tapi penulis tak berkesempatan nak join sebab nak janji dengan mak nak celebrate Mother's Day. So, tak adalah gambar-gambar terlampau dalam entry ni. :P

Okay, next siapa pulak. Menurut sumber facebook, dah ada 3 orang yang dah bertunang. Tak lama lagi la tu...

Btw, Selamat Melayari Bahtera Rumah Tangga kepada Subhan & Adila. Semoga bahagia ke akhir hayat~

8 comments:

  1. ramainye yang sporting dtg kenduri kwn kwn kan..owh ye laa bile sampai level skang, masing2 kene la rajen bjln kenduri kwn2 takot nnt kenduri sndiri sunyi sepi plak :P

    owh sy terasa mcm nak kenal dgn salah sorang rombongan dari pantai timur laa :D

    selamat pengantin lama buat subhan & adila.

    * hanis, bile nana boleh makan nasi minyak free dekat maran ni? ^_^

    ReplyDelete
  2. @♥ nana i am ♥

    alaa... lupa nak link kn ke blog nana. :P

    Masa jumpa orang pantai timur tu ari tu, dia kata lepas ni, korang punya turn dulu kot. :B hehehhe~

    ReplyDelete
  3. ehhh dah terlink dah tu.HAHA.gamba tu nana dah cilok lame dah :P opssss~

    owh yeke dia cakap camtu.amin kan je la ;) hehe.nak sewa hanis jadi bridemaid terus boley?tapi tak boleh comel comel sgt taw.nanti orang tak pandang nana pulak :P haha.

    ReplyDelete
  4. @♥ nana i am ♥

    bridesmaid? nice juga tu. kebetulan neswik nk pg belajar mekap dgn Nurul Shukor~ Eh, jd bridesmaid ek. bukan mekap artist. :P

    ReplyDelete
  5. Meriahnye! Hanis, mentang-mentang la subhan BAIAH, mcm-mcm sifat terpuji dia ko tulis. Tapi kat entry aku xde pun..ouhh..nmpk sgt aku xde sifat terpuji! Wahahaha

    nway, thanx for the link ;)

    ReplyDelete
  6. @safwa_khairul

    hahaha~ jgn la terasa hati...

    just how we can take the good with the bad of each other. Nothing can describe my babes, my bffs because u guys are the best..

    Ececece... amik ko.. terspeaking plak. ekekek~

    ReplyDelete
  7. tgh baca blog pasal makanan, rupanyer bdk shah pekan jugak. :) kecik dunia rupanya.
    regards, ahza lee

    ReplyDelete