Friday, 23 September 2011

Halal Supersized Burger in Kuala Lumpur : German Deli Imbiss, Ampang Jaya

Hari ini merupakan hari kolestrol sedunia bagi daku~

Dah lama sebenarnya daku usha restoran ini melalui fanpage Facebook, tapi baru dinner tadi berkesempatan makan di situ. Basically menu makanan di restoran ni berkonsepkan makanan barat terutama burger & sausage. Macam biasa je bunyinyakan? Kelainan burger & sausage di sini, selain saiznya yang luar biasa besar, ramuan daging burger & sausage di sini di buat sendiri oleh chef mereka. Kiranya tak boleh la didapati di mana2 pasar raya atau kedai runcit...

Kali ini daku date dengan Najibah. Kalau sebelum ni Najibah yang rekemen kedai makanan cina dekat Kampung Pandan, kali ni aku pulak yang suggest makan kat sini.



Kitorang makan kat bahagian luar sebab masa tu ramai sangat jejaki, segan pulak la anak2 dara nak melantak macam pak lahap. Padahal dah duduk kat luar lagi la ramai orang lalu lalang. huhuh~

Buat kunjungan yang pertama ni, kami nak try la menu paling special di sini iaitu Megaton 500 Wiggy. Ya, burger terbesar pernah aku lihat. Berat daging patty nya saje dah 500gram. Fuuu

Watak utama - MEGATON 500 WIGGY ftw - RM16.50


Daku add on fries & air coke - RM3
Fries dia macam McD punya kalau letak McShaker tu




Najibah dengan Megaton beliau

Daku beraksi bersama Megaton

Nat buat-buat beraksi
Rasa burger dia memang terbaik pernah aku rasa. Jus daging dia sangat manis & segar. Walaupun dagingnya teramatlah tebal, tapi ianya sedang elok je masak, tak terlebih atau terkurang masak. Sangat lembut & juicy. Tapi yg kureng sket, kengkadang rasa agak masin.
.
.
.
.
.
.

1 jam kemudian....


Cikgu Najibah mengaku kalah..

....sementara daku....

Naturally, makan megaton seperti 'sepotong kek' LOL

Well, apa lagi kawan-kawan, ada berani tak nak challenge 1/2kg supersized burger. :P

Tapi don't worry bagi yang diet atau tak makan seperti pak lamat macam daku, ada banyak je menu yang bersaiz normal. Usha-usha meja sebelah steak, hotdog & beef noodle pon macam besh jugak.


Bagi yang teringin challenge burger & hotdog kat sini boleh la ikut map kat bawah nih. Senang je nak cari tempat nih. Betul2 dalam Petronas Ampang Jaya. Belakang McDonalds. Pendek kata satu bangunan dengan Aeon Maxvalu~


Sementara tu silalah usha menu-menu lain kat FANPAGE GERMAN DELI IMBISS nih~

Kredit gambar kedai & map juga untuk fanpage GermanDeli Imbiss.

*kenyang perut, tak boleh tidur. zzzzz

My 2nd Visit - German Deli Imbiss : Another Attempt 






GERMAN DELI IMBISS : 2ND VISIT

Thursday, 15 September 2011

My 3rd Nuffnang Cheque~ Yeay!

Alhamdulillah dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur untuk merasai nikmat yang Allah beri. Untuk kali ke-3, aku cash-out Nuffnang. Walaupun tak seberapa tapi boleh la sedikit sebanyak nak menampung pergi ke... Haaa... Takleh gitau lagi. :P



 Aih, terasa segan pulak cash-out Nuffnang nih. Update blog dah la sendu-sendu jer.



 Walau bagaimana pun, terima kasih kepada yang sudi menjenguk blog nih. Ya, aku tahu yang selalu datang ialah orang yang search dekat google. Huhuh~







Di kesempatan ini daku nak ucap

*SELAMAT HARI RAYA* 





*SELAMAT HARI 1MALAYSIA* 



& *HAPPY HOLIDAY~*