Friday, 23 September 2011

Halal Supersized Burger in Kuala Lumpur : German Deli Imbiss, Ampang Jaya

Hari ini merupakan hari kolestrol sedunia bagi daku~

Dah lama sebenarnya daku usha restoran ini melalui fanpage Facebook, tapi baru dinner tadi berkesempatan makan di situ. Basically menu makanan di restoran ni berkonsepkan makanan barat terutama burger & sausage. Macam biasa je bunyinyakan? Kelainan burger & sausage di sini, selain saiznya yang luar biasa besar, ramuan daging burger & sausage di sini di buat sendiri oleh chef mereka. Kiranya tak boleh la didapati di mana2 pasar raya atau kedai runcit...

Kali ini daku date dengan Najibah. Kalau sebelum ni Najibah yang rekemen kedai makanan cina dekat Kampung Pandan, kali ni aku pulak yang suggest makan kat sini.



Kitorang makan kat bahagian luar sebab masa tu ramai sangat jejaki, segan pulak la anak2 dara nak melantak macam pak lahap. Padahal dah duduk kat luar lagi la ramai orang lalu lalang. huhuh~

Buat kunjungan yang pertama ni, kami nak try la menu paling special di sini iaitu Megaton 500 Wiggy. Ya, burger terbesar pernah aku lihat. Berat daging patty nya saje dah 500gram. Fuuu

Watak utama - MEGATON 500 WIGGY ftw - RM16.50


Daku add on fries & air coke - RM3
Fries dia macam McD punya kalau letak McShaker tu




Najibah dengan Megaton beliau

Daku beraksi bersama Megaton

Nat buat-buat beraksi
Rasa burger dia memang terbaik pernah aku rasa. Jus daging dia sangat manis & segar. Walaupun dagingnya teramatlah tebal, tapi ianya sedang elok je masak, tak terlebih atau terkurang masak. Sangat lembut & juicy. Tapi yg kureng sket, kengkadang rasa agak masin.
.
.
.
.
.
.

1 jam kemudian....


Cikgu Najibah mengaku kalah..

....sementara daku....

Naturally, makan megaton seperti 'sepotong kek' LOL

Well, apa lagi kawan-kawan, ada berani tak nak challenge 1/2kg supersized burger. :P

Tapi don't worry bagi yang diet atau tak makan seperti pak lamat macam daku, ada banyak je menu yang bersaiz normal. Usha-usha meja sebelah steak, hotdog & beef noodle pon macam besh jugak.


Bagi yang teringin challenge burger & hotdog kat sini boleh la ikut map kat bawah nih. Senang je nak cari tempat nih. Betul2 dalam Petronas Ampang Jaya. Belakang McDonalds. Pendek kata satu bangunan dengan Aeon Maxvalu~


Sementara tu silalah usha menu-menu lain kat FANPAGE GERMAN DELI IMBISS nih~

Kredit gambar kedai & map juga untuk fanpage GermanDeli Imbiss.

*kenyang perut, tak boleh tidur. zzzzz

My 2nd Visit - German Deli Imbiss : Another Attempt 






GERMAN DELI IMBISS : 2ND VISIT

12 comments:

  1. owhh kat petronas tu ker....dah byk kali lepak situ tp x perasan restoran burger tu....nnti nak try la ;)

    ReplyDelete
  2. @ELLY

    bertentangan dgn kayu nasi kandar~

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. burger lagi besar dari manusia ;)
    kira hebat betol laa hanis boleh habeskan burger supersized tu ^_^ * tepuk tangan

    ReplyDelete
  5. haha..dasyat la korang ni..hanis, aku rs burger tu lagi besar dr perut ko ;p

    ReplyDelete
  6. @♥ nana i am ♥

    lol..tu r.memula burger tu smpai, rasa cam tak caya leh abes kn. hehhee~

    ReplyDelete
  7. @safwa_khairul

    tak sangka gak perut ak boleh stretch sebesar burger tu. blom masuk fries ngn coke lg. hahaha~

    ReplyDelete
  8. try ni pulak
    http://kafepaprika.com.my/biggest_burger.php

    ReplyDelete
  9. klu dpt habiskn tu bru best...megaton tu 2 kali dh aku mkn..hehe..try menu lain plak...anon tu aku la..ekeke..http://kafepaprika.com.my/biggest_burger.php

    ReplyDelete
  10. @syafiq

    utp kn. alaa...paprika ni buka betul2 lepas ak grad.

    benda2 bes semuanye buka lepas ak blah. kfc la, secret recipe la, tesco la.... aih... T_T

    ReplyDelete