Okey, back to topic. Walaupun sudah lebih 2 bulan berlalu iftar tahunan ni, bukan kata raya puasa, dah nak raya haji dah pun. Well, at least bukan Ramadhan tahun depan. Hahahah... Okay, dah habis positif la tu kononnya. Penulis nak sampaikan sebenarnya, walaupun dah lebih 2 bulan berlalu aktiviti ini, tapi ianya masih segar dalam ingatan penulis. Ye lah, memori 10 tahun lepas pun kita tak dapat lupakan, ini pula baru 2 bulan berlalu. Walaupun ianya pertemuan singkat tapi manis.
Seperti biasa sebelum membuat keputusan apa, di mana, bila aktiviti Alumni ShahPekan 2000-2004 diadakan, kita akan bermusyawarah dahulu. Dan sebulat suara bersetuju mengadakan Iftar edisi 1432H pada
Jumaat, 12 Ogos 2011 bertempat di Saujana Impian Golf & Country Club, Kajang
Haaa... upgrade kot dari iftar tahun lepas. Well... kat mana-mana pun terbaik, asalkan matlamat tercapai.
Jadi, penulis seperti biasa bertindak sebagai teksi sapu. Mengikut perancangan awal, Alia & Masyitah bersetuju nak pergi sama-sama ke Kajang. Tapi kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Nak dijadikan cerita hujan rahmat tersangatlah lebat petang tu. Masyitah yang dah balik awal dari ofis di Sentul dah sebab nak join reunion, terpaksa juga batalkan rancangan sebab terperangkap dalam hujan. Tak boleh nak pergi train station, sbb kitorang janji nak meet-up kat lrt Sri Petaling. Nasib baik Alia berjaya meredah segala onak & duri untuk sampai ke LRT Sri Petaling. Maka dalam pukul 6 petang macam tu, kami pun bertolak la dalam CLK penulis. Nak dipanjangkan cerita, trafik sangat...sangat...sangat.... jammmmm.... Bilanya KL tak jam haaa????? Nasib baik puasa. Bolehlah bersabar. Ececece~ Cikgu Najibah yang dah sampai awal-awal, dah siap mengugut kitorang nih alamatnya akan berbuka dalam kereta & pukul 10 malam baru smpai Kajang sebab pukul 6.30pm masih lagi kat Mines. Tidaaaaak~
Tapi memang taklah sampai pukul 10 malam. Kitorang sampai tepat2 azan Maghrib. Alhamdulillah. So, jamahlah apa yang patut. Then, agak-agak 15 minit lepas tu Cik Sarini pun sampai. Woi, kitorang reu 4 orang je ke? Memanglah tak sebab 4 orang je perempuan yang datang. Budak2 laki memang dah lama dah sampai~
Next, tak yah cite panjang, kitorang memang melantak2 berkonsep buffet,
lepas maghrib, sempat lagi anak2 dara nih~
Lepas maghrib, harus hukumnya sambung makan balik
Well, Jalal memang boleh dapat anugerah ahli paling bersemangat 1ShahPekan~
Geng oksigen~
Geng Surau. zzzzzzzzzz
Nak cakap Alia tu. :P
Kapten wooo
Memang respect Cikgu Sunoy sebab still datang walaupun tangan berbedung.
Elee...buat-buat jakun
Reu 1 Jasa~
Reu 1 Jasa lagi~
Dan ini ahli yang hadir. Wajib bergambar di tangga kaedahnya;
Dari Kiri:
Sarini
Najibah
Zulfadli
Azhar
Safiee
Fadzil
Aizat Anuar
Hanis
Alia
Amizi
Syazwan
Farhan
Firdaus Yazid
Jalal
Firdaus Abd Rahman
Hanif
Lokman
Rahman Norahim
Kusyairi
Idham~
Oh, tak lupa tiada dalam gambar Arif Akmal yang pulang awal.
Sekali lagi penulis nak kabor ni, memang rugi r korang yang tak g.... Ada orang belanja weeeiiiii...... Sedaknye..... Alhamdulillah~ Semoga Allah panjangkan umur & murahkan rezeki. Terima kasih kepada hamba Allah identiti dirahsiakan yang pemurah itu.
Tahniah kepada muka-muka baru yang sudi hadir, juga syabas kepada muka lama yang istiqomah memeriahkan reunion kita kali ini.
Next aktiviti, telah pun diputuskan malah dah terlaksana pun iaitu Potluck Raya Gathering pada 25 September lepas. Malangnya penulis tidak dapat menghadirkan diri kerana komitmen dengan keluarga. Walau bagaimana pun dengar cerita, aktiviti tersebut seperti biasa berjaya & sangat meriah.
Rindu~
Alia~
Najibah~
Sarini~
Enjoy~
Post a Comment