As Salam~
Restoran Murni Discovery mungkin tidak asing bagi penghuni kotaraya Kuala Lumpur. Ececece... intro nak macam Majalah 3 je... Ya, 2 hari lepas telah buka 1 cawangan baru Murni di belakang rumahku di Bukit Jalil. Yeay~ Akhirnya ada pilihan makan malam selain nasi lemak Sri Petaling & Nasi Kukus Ayam rempah r&r Awan Besar. -_-"
Sebenarnya, sebelum ni restoran ni nama dia Jom Discovery. Aku pernah dah makan kat situ, & tanya owner dia. Owner dia cakap Jom Discovery tu memang cawangan ke-6 Murni. Menunya lebih kuranglah. Ada Napolian apa tu. Tapi tak sebanyak kat Murni menunya. Tapi, beberapa minggu selepas tu, dah tutup pulak Jom Discovery tu. Maybe sebab tak laku sangat kot. So, sebab tak berapa dapat sambutan dia buat je la cawangan baru Murni yang memang guna nama Murni. Boleh faham tak? Tak kisah la. Layan gambar je lah...
Hari Rabu lepas, tak plan nak pergi. Tapi dah terlalu kawasan tu, tengok dah buka pula Murni, so singgah lah. Tapi rasa macam lonely pulak makan sengsorang, roger lah aneki. Sekali aneki kata dia otw pergi gym. Takkan nak ajak dia ternak lemak pulak di kala dia berusaha nak bakar lemak. So, dia cakap esok je la makan kat situ. Tapi daku tak puas hati roger member yang duk berhampiran untuk sama-sama rasmi Murni. Hehehe~
Cukup-cukup bebel. Kali ni betul-betul layan gambar.
Menu tetap recycle yang cawangan lain. Lunyai habis.