Friday, 7 September 2012

Berbuka puasa di Restosan Makanan Arab Taj Hadramawt Taman Melati

Hisashiburi.

Aku kembali setelah beberapa bulan hiatus. Alasan hiatus yang panjang ialah tiada alasan. Mungkin tak datang mood . Keinginan itu adavdalam kepada. Tapi malangnya walaupun idea mencurah-curah dalam kepala (ececece) ianya tak option auto send dari otak ke blogger. Kena taip manually juga.

Jadi, ini update buka puasa bukan masa bulan Ramadhan. Tapi puasa 6 di hari ke 5 Syawal. Al kisah daku dah start bekerja di hari ke 4 Syawal dengan alasan nak jimat cuti sebab... haa takleh bagitau lagi. Ayah pun dah start kerja hari ke 4 Syawal. Abang pun kembali bekerja juga pada hari tersebut. Kakak dah balik ke rumah mertua di Kelantan. Jadi mak decide nak temanku 'beraya' di KL. Kesian adik tinggal sorang2 kat rumah. Hahaha...

Ini buka puasa hari Khamis 5 Syawal denagn mak & ayah. Ayah datang KL jemput mak sebab sekolah mak dah start kelas tambahan hari Jumaat tu.

Jadi kami makan di Taj Hadramawt Taman Melati sebab ni je restoran halal yang buka kat situ selain fast food. Huhuh

Mak konon-kononnya nak jaga makan jadi order telur nama arab & salad.

Sekali yang datang...


Roti macam roti Nan tapi agak nipis.



Macam scrambble egg tapi berempah.



Salad timun dan ada potongan roti. Rasanya sangat masam



Ayah order fish & chip



Aku order Chicken Kabsah. Banyak giler...
Rasanya sedap tapi aku pernah rasa yang lebih sedap lagi.. Nasinya agak kering. Tak berapa juicy.

Beberapa suap makan, aku nak rasa fish & chip ayah pulak. Kami pun bertukar pinggan. Last-last sampai last kami bertukar pinggan. Hahaha. Fish & chip sedap. Ada rasa masam-masam. Tapi lain dengan masam salad timun tu. Fish n chip tu rasa masam lemon, salad rasa masam cuka. Yoyo je Hanis.

Yang makan kat situ kebanyakannya puasa juga. So dia sediakan kurma madu as complimentary.

Lokasi restoran ni ialah dekat deretan kedai di tepi MRR2 sebelum masuk tol gombak kalau dari Ampang. Faham tak direction ku? B-)

Ps: 1st time update blog thru web dekat android akhirnya...