Monday, 3 February 2014

Muslim Travel Tips : Wudhu Atas Khuf

Assalamualaikum.

Dah lama tak menulis. Terasa kekok juga. Tapi dah berazam nak update blog dengan topik-topik yang bermanfaat. Insya Allah. Oleh kerana, trafik yang masuk ke blog norhanis.com ni kebanyakannya lebih kepada post travel, jadi kusangka ramai musafir yang masuk ke blog ini.

Apa itu Wudhu atas khuf?
Wudhu atas khuf ialah satu rukhsah/kemudahan wudhu yang dilakukan semasa memakai khuf/sarung kaki yang melepasi buku lali.


1st time aku ambil wudhu atas khuf ini ialah masa kat korea. Waktu tu baru nak buka kasut sebab basuh kaki ambil wudhu. Then Sarini & Dalila beritahu tak payah buka kasut, just sapu je atas boot. Sejak tu aku pun amalkanlah wudhu atas khuf masa travel pakai boot.


Pada tahun 2012, aku ada mengikuti kursus Haji anjuran Ash Har travel oleh Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman aka Abu Anas Madani di mana salah satu pengisiannya ialah termasuk solat jamak, solat qasar, solat dalam kapal terbang & wudhu atas khuf. Selain ibadah yang berkaitan haji & umrah la...
Dapat perkemaskan ilmu tentang musafir & baru tahu yang aku buat dulu tu ada yang kurang sempurna. Huhuhu T_T

Tentang bila nak wudhu atas khuf? Syarat-syarat wudhu atas khuf? Dan cara-cara wudhu atas khuf? Jom dengar penjelasan Dr MAZA.



  • Sebelum nak mengamalkan wudhu atas khuf, syaratnya mesti dalam keadaan wudhu sebelum pakai khuf.
  • Stokin ialah termasuk dalam kategori khuf. Kalau menurut ustaz Abdul Basit, stokin yang tebal. How tebal is tebal? Kalau sapu air atas stokin, tak terasa air tu. Means untuk perempuan tertutuplah aurat.
  • Sekiranya kita buka khuf/stokin/boot kita kena ambil wudhu sempurna seperti biasa. Tak boleh pakai semula khuf dalam keadaan tidak ada wudhu then ambil wudhu atas khuf.
  • Musafir, selagi tak buka khuf boleh wudhu atas khuf sehingga 15 waktu solat atau 3 hari. Selepas tu kena wudhu sempurna seperti biasa then boleh pakai semula khuf & wudhu atas khuf.
  • Tak musafir, selagi tak buka khuf boleh wudhu atas khuf sehingga 5 waktu solat atau 1 hari. Selepas tu kena wudhu sempurna seperti biasa then boleh pakai semula khuf & wudhu atas khuf.

Wudhu atas khuf ni sangatlah ideal
  • of course musafir di tempat yang sejuk. Nak basuh kaki beku kot.
  • Wudhu atas kapal terbang pun senang. Air memang limited & nak angkat kaki kat sink? Tak mampu nak akrobatik sbb lavatory nya sedia maklum setengah kangkang kera. No excuse untuk qada' solat or solat hormat waktu.
  • Kat Masjidil Haram pun senang nak ambil wudhu. Memang banyak air zam-zam tapi di masjidil Haram kan open untuk lelaki perempuan, nanti buka-buka stokin ternampak aurat tak pasal dapat dosa free. Padahal tadi baru je taubat kan.. Rugi sangat2... Kalau tangan boleh kita senseng lengan & sorok dalam tudung or telekung.
  • Di mana-mana sahaja untuk dapat sunnah pelihara wudhu.

Banyaknya hikmah pakai stokinkan? Selain hikmah elak daripada dosa mendedahkan aurat. Jom pakai stokin!

Sambil-sambil tu jom dengar ulangkaji solat Musafir by Ustaz Dr Abu Anas Madani. Ada penjelasan tentang wudhu atas khuf di minit 1:09:00, 1:21:00 & 1:33:00
Preparation paling penting sebelum travel. Insya Allah hati tenang...



Tidak ada orang yang menyusahkan agama ini kecuali dia akan tewas.

Sekiranya ada salah atau silap, sila tegur okay. :)