Saturday, 17 May 2014

Senarai Universiti & Kursus Kejuruteraan yang Diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia / BEM 2014

Assalamualaikum.



Sejak akhir-akhir ini, makteh banyak terima pertanyaan melalui emel & komen daripada adik-adik lepasan SPM yang berminat nak menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Makteh hanya boleh berikan nasihat setakat yang makteh tahu sebab makteh bukanlah pakar penasihat kerjaya mahupun kaunselor. Cuma dari pengalaman sendiri dan pengalaman rakan-rakan.

Selain daripada minat dalam bidang Sains & Matematik, kerjaya jurutera memerlukan seseorang yang kreatif, sukakan cabaran & sanggup bekerja di bawah tekanan. Sambil-sambil tu cuba tanya pakcik, makcik, abang, kakak, sepupu, senior yang sudah graduated atau sedang belajar bidang kejuruteraan tentang pendapat mereka. Bagaimana peluang pekerjaan selepas graduasi.

Yang paling penting sebelum daftar mana-mana program kejuruteraan, pastikan program tersebut diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia. Jika tidak anda tidak layak berkerja sebagai jurutera di Malaysia.

Berikut ialah senarai universiti yg diiktiraf. Klik nama universiti untuk mengetahui program yang diiktiraf.


Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Sumber dari website BEM

Kalau ada abang-abang & kakak-kakak yang lain ada nasihat boleh tinggalkan komen di bawah.

Semoga bermanfaat.