Setelah 4 tahun hiatus, kini aku kembali ke arena blogging. Ecececece. Harapnya kali ini comeback bukanlah suam-suam kuku. Insya Allah.
Idea kembali aktif (atau separa aktif) blogging timbul atas beberapa sebab antaranya; aku kini working-at-home-mom jadi mungkin ada masa terluang untuk menulis panjang (atau pendek); anakku juga telah menginjak usia 1 tahun, jadi ada banyak juga boleh curi-curi masa sambil si kecil main atau tidur; suami juga menggalakkan aku menulis since dia lihat aku suka menulis & berkongsi; ramai sahabat yang selalu tanya " Hanis apa cerita sekarang?" atau "Hanis, lama tak dengar cerita". Di situ aku assume ramai yang rindukan aku (rindu ke?).
Jadi apa yang aku akan kongsikan nanti untuk pos-pos seterusnya mungkin masih sama dengan sebelum ini. Tentang travel, product review, food review, resepi & informasi yang berguna (atau mesra SEO). Dan jika boleh kurang cerita-cerita peribadi (Well boleh rumuskan dari perenggan di atas, sedikit sebanyak perkembangan peribadiku dalam masa 4 tahun hiatus ni). Yang penting insya Allah lepas ini pos-pos yang bermanfaat & beradab sesuai dengan usiaku.
Jadi sampai di sini sahaja. Jumpa di pos seterusnya. Jika anda baca & nak berikan cadangan boleh komen di bawah.
Belanja satu gambar our small family. |